Tugasan 1
: GE 6543
Polisi, Akta Dan Dasar Negara Mengenai Teknologi Maklumat Di Malaysia
1.0
Pendahuluan
Alvin
Toffler, seorang pakar dalam bidang futuristik telah menyatakan dalam bukunya bernama
Power Shift bahawa zaman pertanian serta zaman perindustrian yang telah
berlanjutan selama beberapa kurun lalu akan tamat dan digantikan dengan zaman
maklumat menjelang alaf baru.
Menyedari hakikat ini, banyak negara kini mengalihkan perhatian mereka
ke bidang teknologi maklumat dengan mengambil peluang untuk menjadikan
industri teknologi maklumat sebagai enjin pertumbuhan eknonomi negara. Sebagai
contoh, Singapura telah menetapkan matlamat IT 2000 dengan menjadikan Singapura
sebagai sebuah Pulau Bistari atau "Intelligent Island" menjelang
tahun 2000. Kerajaan mengakui bahawa wujudnya satu faedah berhubung rangkaian
komunikasi global seperti perkembangan teknologi maklumat untuk meningkatkan
pembangunan seperti pendidikan, ekonomi, berita semasa dan lain-lain lagi.
Tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga cuba mencari jalan menghadkan
kebebasan awam mencapai aliran maklumat tanpa batasan. Tidak hairanlah jika
beberapa negara Asia telah atau dalam proses menimbang untuk mengetatkan
undang-undang dan peraturan mengawal agensi-agensi yang berkaitan dengan
teknologi maklumat (Ramlan Goddos,2000).
Di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri (KDN)
dilaporkan sedang mengkaji untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan Akta
Kediaman Terhad 1993 serta Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (Pindaan) 1987
bagi kesalahan menyebarkan bahan lucah (Ramlan Goddos, 2000). Isu yang relevan di sini ialah jika
kerajaan menggunakan akta penapisan media seperti filem, video, buku dan
majalah berhubung kandungan yang dianggap lucah atau pornografik, maka
penapisan bagi media elektronik termasuk Internet yang dapat menyebarkan
maklumat dengan lebih mudah dan pantas kepada orang ramai adalah sama
wajar. Ini adalah permulaan bagi
penggubalan undang-undang dan etika Internet di mana Malaysia boleh menjadi
negara contoh dalam menangani masalah pencemaran budaya. Memilih untuk menutup
atau mengecilkan pintu ke ruang siber pula menimbulkan kontroversi kerana
dianggap menafikan peluang untuk mempelajari dan mendapatkan maklumat yang bersifat
informatif dalam pelbagai bidang yang boleh dibayangkan.
Justeru
itu melalui Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah merangka dasar,
polisi dan akta-akta yang sesuai diguna pakai. Dalam laporan ini, penulis akan
cuba mengupas dasar-dasar kerajaan yang telah dibentuk, polisi-polisi yang
dilaksanakan dan akta-akta yang berkaitan berhubung dengan industri teknologi maklumat di
Malaysia. Oleh kerana skop perbincangan agak luas, penulis hanya akan menumpukan
tajuk perbincangan terhadap industri teknologi maklumat di Malaysia.
2. 0 Polisi
atau Dasar Teknologi Maklumat dan Multimedia Negara
Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan mentakrifkan polisi atau dasar sebagai
a) Apa yang
kerajaan lakukan dan kenapa
b) Sebagai
agen tindakan bagi menghasilkan dan merealisasikan sesuatu visi
c) Sebagai
kaedah dan mekanisme untuk meregulasikan aktiviti melalui peraturan ,subsidi
,insentif dan aturan
d) Sebagai
usaha mengenalpasti pembinaan respon positif kepada masalah dalaman
atau luaran organisasi
Keputusan
yang telah diambil oleh kerajaan untuk meliberasasi dan tanpa kawalseliaan
industri pada pertengahan tahun 1980an telah menyebabkan kepada peningkatan
pelaburan dan pertumbuhan di dalam industri ini. Ia merupakan satu perubahan
industri yang menjurus kepada kualiti perkhidmatan komunikasi dan multimedia
yang sangat-sangat diharapkan. Sesuai dengan polisi Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia iaitu “Memasikan pembangunan,
pembekalan dan perkhidmatan industri-industri terlibat berada di tahap yang
dikehendaki untuk kepentingan negara di samping untuk meregulasi dan
mempastikan kualiti perkhidmatan tenaga komunikasi dan multimedia berada
di tahap yang ditetapkan” (Kementerian
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, 2000)
Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor atau ringkasannya MSC)
telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan
Multimedia Asia pada 1hb Ogos 1996. Pengumuman ini secara tidak langsung
menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah dunia multimedia dan pada masa yang
sama menyediakan diri dalam menghadapi zaman maklumat ini. Teknologi
maklumat bermaksud penggunaan teknologi untuk mendapatkan maklumat. Teknologi
maklumat dan komunikasi pula ialah lanjutan dari teknologi maklumat di mana ia
menggabungkan penggunaan internet dalam pencapaian atau pengendalian maklumat.
Teknologi Maklumat mendapat tempat utama dalam pembangunan sosio ekonomi
negara dan merupakan teknologi strategic menyokong pertumbuhan eokonomi
Malaysia. Dalam Wawasan 2020 , salah satu matlamat ialah pembentukan
sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan ini
termasuklah mempunyai rakyat yang mempunyai pengetahuan Teknologi
maklumat yang tinggi. Dalam
Rancangan Malaysia ketujuh, usaha yang lebih bersepadu telah diambil
berteraskan pengetahuan.memandangkan peranan Teknologi maklumat yang starategik
untuk mencapai matlamat ini , beberapa langkah diambil oleh kerajaan
untuk memperluaskan rangkaian dan perkhidmatan infrastruktur maklumat yang
terdapat diseluruh negara.
Sebanyak
lapan polisi telah diwujudkan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh.
a) memastikan
penyebaran dan penggunaan Teknologi maklumat yang meluas dalam dan antara
sektor untuk merangsang produktiviti dan daya saing serta memperbaiki
kualiti hidup.
b) membentuk
satu pelan tindakan nasional untuk mempastikan pendekatan pengurusan
pembangunan IT yang lebih sistematik di negara ini.
c) Memperluaskan
pendidikan daan latihan Teknologi maklumat selaras dengan jangkaan pertambahan
permintaan untuk kepakaran,pengetahuan dan kemahiran berkaitan Teknologi
Maklumat.
d) Mengkali semula
undang-undang dan peraturan yang menghalang kemajuan Teknologi Maklumat
e) Menggalakkan
pembangunan industri Teknologi Maklumat tempatan dari segit rekabentuk dan
pengeluaran produk,system dan perkhidmatan yang inovatif untuk mewujudkan
peluang pertumbuhan baru dan juga kepakaran dan epekerjaan dalam bidang
berteknologi tinggi.
f) Memajukan
Malaysia sebagai satu hub Teknologi Maklumat serantau dengan syarikat
Teknologi maklumat antarabangsa beroperasi dari Malaysia.
g) Meningkatkan
kesedaran Teknologi Maklumat di kalangan penduduk
h) Penubuhan Majls
Teknologi Maklumat Kebangsaan.
2.1 Polisi-Polisi Penting Komunikasi dan Multimedia
TAHUN |
POLISI-POLISI PENTING |
1987 |
Tanpa
Kawalselian Industri Pensyarikatan
Telekom Malaysia Penyusunan
semula JTM sebagai Agensi kawalselia |
1989 |
Liberasasi
Peralatan Pelanggan dan Perkhidmatan Tambahan Nilai |
1990 |
Liberasasi
Pasaran Peningkatan jumlah peserta pasaran |
1994 |
Polisi
Kemajuan Industri Polisi
Telekomunikasi Kebangsaan diperkenalkan |
1995 |
Pengenalan
Persaingan Dalam PasaranSambungtara |
1996 |
Tarif
dan Kadar Fasa Pertama Penjajaran Semula Tarif |
1997 |
Rationalisasi
Industri Polisi Menggalakkan Pergabungan Peserta Pasaran diperkenalkan |
1998 |
Polisi
Pembangunan Yang Baru Rumusan
Komunikasi Dan Multimedia |
1999 |
Penambahan
Polisi Persaingan Akses sama rata (call by call) Model Interim untuk USO |
Dalam
konteks ini, penulis hanya akan menumpukan kepada polisi pembangunan yang baru
rumusan Komunikasi Dan Multimedia yang
diwartakan pada 1998. Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang diperkenalkan di
dalam tahun 1999. Sebagai menyokong objektif makro-ekonomi yang lebih luas sebagaimana yang terkandung di
dalam Wawasan 2020, Menerusi akta ini, kerajaan terhadap sepuluh
objektif-objektif polisi kebangsaan sebagaimana yang tercatat di dalam Akta tersebut iaitu :
a) Objektif polisi
indusri. http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/initiatives.html
b) Inisiatif Utama
Polisi. http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/initiative.html
c) Pengurusan
sumber Kerajaan. http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/nrm.html
d) Persaingan. http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/competition.html
e) USO . http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/USO.html
f) Merapatkan
jurang digital http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/bridging.html
g) Akses Sama Rata http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/equalaccess.html
h) Perkhidmatan
Suara http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/voice.html
i) Industri
Kanduangan http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/content.html
k) E-dagang. http://www.
ktkm.gov.my/bm/comm/ecommerce.html
Objekftif-objektif
ini menyediakan fokus untuk pelan-pelan pembangunan industri ini pada masa
hadapan. Oleh yang demikian, pencapaian objektif-objektif ini amat penting
untuk memenuhi objektif-objektif mikro-ekonomi sepertimana yang terkandung di
bawah ini:-
2.2
Perubahan-perubahan Institusi :
Tahun |
Perubahan-perubuhan Utama |
1908 |
Penubuhan
Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi diistiharkan |
1946 |
JTM
diperkenalkan |
1963 |
Jabatan
Pos dan Telekomunikasi Sabah dan Serawak diserapkan ke dalam JTM |
1968 |
Penubuhan
Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi diistiharkan |
1969 |
Penubuhan
Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi diistiharkan |
1976 |
Penubuhan
Kementerian Tenaga, Telekomunikasi Dan Pos diistiharkan |
1998 |
Penubuhan
Kementerian Tenaga, Komunikasi Dan Multimedia diistiharkan Suruhanjaya
Komunikasi Dan Multimedia menggantikan JTM sebagai agensi kawalselia untuk
industri |
2.3 Evolusi
Perundangan
Tahun |
Perubahan Utama Perundangan (Akta) |
1950 |
Akta
Telekomunikasi 1950 |
1985 |
Akta
1985 |
1986 |
Peraturan-Peraturan
ATUR 1986 |
1988 |
Akta
Penyiaran 1988 |
1996 |
Peraturan-Peraturan
Telefon 1996 Akta
Pos 1996 |
1997 |
Akta
Tandatangan Digital 1997 Akta
jenayah Komputer 1997 Akta
Hakcipta 1997 |
1998 |
Akta
Komunikasi Dan Multimedia 1998 Akta
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia 1998 |
Melihat
dalam jadual di bawah tajuk 2.1.3 Evolusi Perundangan, penulis akan menfokuskan
kepada Akta yang digubal pada tahun 1998 iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia
dan Akta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia.
3.0 Akta
Berhubung Komunikasi Dan Multimedia
Perkembangan
teknologi telah membawa kepada perubahan yang besar kepada komunikasi,
perdagangan, perindustrian, hiburan, rekreasi dengan memperkembangkan bidang telekomunikasi, penyiaran dan
industri Teknologi Maklumat. Kerajaan Malaysia, sesudah meneliti hal-hal
tersebut maka wujudlah akta-akta yang mengawal segala pergerakan perkembangan
teknologi maklumat ini. Akta-akta tersebut boleh dikategorikan seperti berikut:
(Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, 2000)
a) Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA 1998)
Suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan tentang dan mengawal selia industri komunikasi
dan multimedia yang menjurus ke arah percantuman dan perkara-perkara yang
bersampingan dengannya. Akta tersebut ini akan diberitahu melalui warta yang
dikeluarkan oleh kerajaan setelah diperbincangkan di Parlimen. Matlamat akta
ini ialah:
b) Akta
Suruhanjaya Multimedia 1998 (MCMCA 1998)
Dalam akta ini, kuasa atau tumpuan diberikan kepada
kerja-kerja menyelia dan menjaga aktiviti komunikasi dan multimedia disamping menguatkuasakan undang-undang komunikasi dan
multimedia Malaysia.
3.1 Akta
Dan Undang Teknologi Maklumat
Kewujudan satu objektif polisi yang nyata dengan mengambil kira percantuman
yang rumit memerlukan satu arah nyata untuk industri menyediakan satu
asas kejayaan ekonomi,social dan tujuan industri. Perubahan yang pesat di dalam
industri menuju percantuman dan mengambil kira kepentingan pengguna. Kerajaan
Malaysia telah meluluskan beberapa undang-undang saiber semenjak tahun 1997
untuk menyediakan rangka kerja komprehensif bagi membantu masyarakat dan
perdagangan yang merangkumi aspek-aspek berkaitan dengan keselamatan,kejituan
dan ekebolehpercayaan maklumat dan rangkaian. Semua Undang-Undang dan Akta dibentuk untuk mewujudkan
persekitaran yang tepat untuk pembangunan industri komunikasi dan
multimedia serta menjadikan Malaysia sebagai tumpuan utama untuk perkhidmatan
maklumat komunikasi dan multimedia.
Enam
undang-undang siber yang telah diluluskan di Malaysia adalah: http://ktkm.gov.my/bm/com/policy.html
1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perundangan terpenting yang
telah dikuatkuasakan pada 1 April 1999.
Perundangan ini menyediakan dasar dan rangka kerja
kawalselia untuk percantuman industri-industri telekomunikasi, penyiaran
dan komputer. Akta ini berasaskan prinsip-prinsip ketelusan, jelas,
kompetetif dan kurang kawalselia; lebih ke arah pemeraturan sendiri;
peninggalan kawalseliaan, penekanan lebih kepada proses berbanding
kandungan, ketelusan pentadbiran dan sektor dan industri pemeraturan sendiri.
Polisi objektif umum bagi industri komunikasi dan multimedia adalah
seperti berikut:
Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan
komunikasi dan perkhidmatan maklumat dan kandungan multimedia;
2) Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia 1998
Memberi kebenaran untuk penubuhan sebuah Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, ia itu badan tunggal kawalselia untuk kemunculan
percantuman industri komunikasi dan multimedia.
3) Akta
Tandatangan Digital 1997
Kawalseliaan
pengiktirafan undang-undang dan pengesahan kepada dokumen elektronik yang
asal..
4) Akta Jenayah
Komputer 1997
Mengenakan
penalti jenayah kepada aktiviti penipuan atau ketidak jujuran walupun
jika kesalahan dilakukan di luar negara.
5) Akta
Hakcipta (Pindaan) 1997
Memberikan perlindungan hakcipta
talian terus
6) Akta
Teleperubatan 1997
Kawalseliaan aplikasi Teleperubatan di dalam Malaysia
Disamping
itu, Kerajaan juga sedang merumuskan satu lagi perundangan dinamakan Akta
Perlindungan Data Peribadi (PDP)
4.0 Koridor Raya Multimedia (MSC)
Koridor
Raya Multimedia merangkumi kawasan seluas 750 km persegi yang melebar ke
selatan Kuala Lumpur, bermula dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (PBKL) di utara
hinggalah ke Lapangan Tebang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAB) di selatan.
Ia disempadani oleh Lebuh Raya Utara-Selatan di sebelah timur dan Lebuh Raya
Persisiran Pantai di sebelah barat (Ramlah, Abd. Wahab, Dewan Masyarakat-1996:
46). Di antara PBKL dan LTAB,
terdiri dua identiti mega di tengah-tengahnya, iaitu pusat pentadbiran baru
kerajaan, Putrajaya dan Bandar Raya Teknologi Maklumat ( IT City). Antara
kewujudan bangunan mega itu, terbangun pula industri multimedia dan syarikat
utama yang menerajui perkembangan infrastruktur dan teknologi maklumat. Selain
itu, keseluruhan MSC juga akan dilengkapi dengan rangkaian optik gentian
digital, 2.5 hingga 10 gigabit yang akan menghubungkannya secara langsung
dan interaktif dengan negara Asean, Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan
negara membangun yang lain
4. 1
Aplikasi Khusus Koridor Raya Multimedia
Di
bawah projek MSC ini, beberapa aplikasi khusus akan dimajukan dan dijangka siap
pada tahun 2000. Kelapan-lapan aplikasi adalah seperti berikut:
a) Kerajaan
Elektronik
Pentadbiran
kerjaan yang berhubung secara rangkaian komputer dengan mengutamakan
konsep kurang kertas (paperless). Semua jabatan kerajaan akan dihubungkan
dengan pangkalan data sepunya untuk memudahkan aliran maklumat. Dengan itu
kecairan maklumat (information solvency) akan meningkat.
b) Teleperubatan
Hospital
akan menggunakan teknologi maklumat yang canggih untuk berhubung antara
hospital di rantau ini serta di seluruh dunia. Dengan itu, kepakaran doktor di
seluruh dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan.
c) Kelompok
pembangunan dan penyelidikan
Penubuhan
kelompok institusi kajian serta institusi pendidikan di MSC untuk
meningkatkan kemahiran sumber manusia tempatan serta menjalankan kajian
teknologi maklumat yang canggih.
d) Pusat Pembuatan
Sedunia
Dengan
menyediakan kemudahan pembuatan kepada syarikat antarabangsa dengan menawarkan
sumber manusia yang berdaya saing dalam peringkat antarabangsa dan murah dari
segi bayarannya.
e) Pusat
Pemasaran Tanpa Batasan
Berdasarkan
hakikat bahawa keunikan budaya rakyatnya, Malaysia dapat membekalkan
perkhidmatan telemarketing kepada populasi 2.5 billion orang penduduk di rantau
Asia.
f) Pusat
Kewangan bercirikan Multimedia
Lokasi
MSC yang strategik dengan hubungan multimedia ke semua pusat kewangan sedunia
dapat menarik minat syarikat yang ingin menyokong MSC secara melabur di
syarikat-syarikat dalam MSC.
g) Kad Bistari
Kad
bistari yang serbaguna akan dikeluarkan dan akan berfungsi sebagai kad
pengenalan, dompet elektronik, kad kredit, kad telefon dan seumpamanya.
5.0 Penutup
Sekiranya
Projek MSC ini berjaya, maka dipercayai MSC akan muncul sebagai sebuah kawasan
pembangunan perdana yang termoden dan termaju serta serba lengkap dengan pusat
pentadbiran, pendidikan, pembangunan, taman kediaman yang ceria, kawasan
rekreasi dan hiburan yang kesemuanya akan menjadi kebanggaan Malaysia.
Tarikh 16-1-1997 merupakan hari bersejarah dalam arena teknologi maklumat
Malaysia apabila Panel Penasihat Antarabangsa bertemu di Stanford University,
California, USA untuk membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan
MSC. Antara ahli dalam Panel
Penasihat Antarabangsa ini ialah Bill Gates (CEO Microsoft), James Barksdale
(CEO Netscape), Stan Shih (CEO Acer), Louis Gerstner (CEO IBM). Kebanyakan
ahli-ahli panel merupakan ketua eksekutif bagi syarikat gergasi teknologi
maklumat serta orang perseorangan yang banyak menyumbang idea dalam pembangunan
era maklumat seperti Alvin Toffler serta Kehichi Ohmae. Persidangan tersebut merupakan
julung-julung kali dalam sejarah industri teknologi maklumat yang dapat
mengumpulkan begitu ramai "Kapten Industri". Semua ini atas tarikan
yang ditawarkan oleh MSC dan kerajaan Malaysia. Antara syarikat yang telah mula menjadi syarikat MSC ialah
Syarikat Sun Malaysia yang mendapat kelulusan dari MDC pada 4-11-96. Syarikat
Ernst & Young turut mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan mendirikan
pusat latihan di MSC. Menurut MDC, terdapat 12 syarikat yang akan dijangka
diluluskan menyertai MSC menjelang akhir tahun 1996 (Chan Lee Meng , The Star,
5-11-96). Sambutan terhadap penubuhan MSC nampaknya menggalakkan. Walau
bagaimanapun, ini hanyalah satu permulaan awal. Menanti di depan ialah pelbagai
rintangan yang bakal ditempuhi. Sekiranya MSC berjaya dilaksanakan , ia akan
membawa Malaysia ke era maklumat dan seterusnya merelisasikan impian wawasan
2020.
Koridor
Raya Multimedia.1999 Edisi Pertama
Zackeriya.1999.Koridor Raya Multimedia.majalah PC.Jilid 10.Vol.1
Rujukan Internet
Kementerian
Tenaga,Komunikasi dan Multimedia.2000
Sumber Internet :http://ktkm.gov.my
Kementerian
Tenaga,Komunikasi dan Multimedia.2000
Sumber Internet :http://ktkm.gov.my/bm/comm./policy .html
Kementerian
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, 2000
Sumber Internet: http://www.cmc.gov.my/
Kementerian
Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. 2000
Sumber Internet: http://
ktkm.gov.my/bm/comm/policy.html
Ramlan
Goddos. 2000. Internet dan sekolah: Isu dan permasalahan. Sumber Internet: http://www.ids.org.my/homepage/publications/ResearchPaper