GE 6663 : TUGASAN 2 PEMBANGUNAN
PERISIAN KURSUS PPBK
1. PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat
membangun. Ini bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin
menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada
tahun 2020. Untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju,keperluan untuk
meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya
lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dan cemerlang
dalam bidang pendidikan
Teknologi
maklumat semakin berkembang pesat di Malaysia. Sektor-sektor kritikal seperti
perindustrian,perbankan , komunikasi serta pendidikan turut menggunakan
Teknologi Maklumat dalam pengurusan dan
pentadbiran organisasinya. Kehadiran era ledakan maklumat serta anjakan yang di
bawa olehnya telah membawa perubahan dalam persekitaran sektor pendidikan di
negara kita.
Namun
begitu, negara kita
agak terkebelakang dari
segi penggunaan komputer,
berbanding dengan negara-negara barat dan negara-negara maju yang lain.
Kerana itu masih
terdapat segolongan ahli
masyarakat kita yang
ragu-ragu tentang penggunaan
komputer, dan masih
banyak juga tidak
tahu langsung menggunakannya.
Oleh kerana penggunaan teknologi maklumat agak meluas
maka para pengeluar perisian komputer telah mengambil kesempatan mencipta
perisian canggih untuk memudahkan
kerja-kerja dalam pelbagai sektor.
Antara jenis perisian yang popular di Malaysia dalam
bidang pendidikan ialah ‘educational
software’ ataupun di namakan perisian kursus pendidikan.Perisian kursus
adalah pakej perisian yang disediakan menggunakan teknologi komputer. Ia
mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota, soalan ulangkaji
dan sebagainya.
Namun ada
guru-guru yang tidak
mengetahui kemampuan serta
kebolehan komputer untuk
membantu mereka dalam
menguruskan dan menyampaikan pengajaran. Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer
( PPBK ) yang telah
lama dimulakan di
negara barat, tetapi
masih belum dilaksanakan sepenuhnya di negara
ini.
2. SEJARAH
PENGAJARAN PEMBELAJARAN
BANTUAN KOMPUTER
Komputer
juga boleh menjadi
‘tutor’ yang berkesan. Keadaan
ini dinamai Pembelajaran Berbantukan
Komputer ( PBK ). PBK
telah mula diperkenalkan kira-kira 40 tahun
yang lalu. Pakar
sains di Massachusetts Institute of Technology,
Amerika Syarikat, telah
menggunakan simulasi penerbangan
pesawat untuk melatih
juruterbang.
Pada
tahun 1959, IBM
telah memperkenalkan penggunaan
PBK di kalangan pelajar sekolah
di New York. Kemudian, University
of Illinois telah
memperkenalkan projek PLATO
( Programmed Logic
for Automatic Teaching
Operation ) di kalangan
institusi pengajian tinggi.
Ada beberapa projek
PBK lain yang
terkenal seperti WICAT,
CONDUTT, NDPCAL, TICCIT
dan lain-lain yang
telah dijalankan. Projek
ini telah membuktikan
keupayaan PBK dan
kejayaan yang boleh
dicapai dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran. Kini, dengan terciptanya
mikrokomputer, lebih banyak
projek PBK boleh
didapati di seluruh
dunia.
3.
PENGAJARAN PEMBELAJARAN
BERBANTUKAN KOMPUTER
Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan
Komputer merujuk kepada penggunaan
komputer dalam membantu
proses pengajaran dan
pembelajaran. Di Amerika
ini dikenali sebagai
Computer Assisted Instuction ( CAI )
manakala di United
Kingdom pula dikenali
sebagai Computer Aided Learning ( CAL ). Walau apa
pun namanya PBK
merupakan satu sistem
yang melibatkan interaksi
di antara komputer
dengan pelajar dengan
guru dengan perisian
komputer.
Menurut Jerry W. Willis dan
rakan-rakannya, PBK ialah
keadaan di mana
komputer itu sendiri
mengambil alih sebahagian
daripada tanggung jawab
untuk mengajar murid-murid, dan PBK juga
merupakan satu kategori
umum yang mengandungi
tiga bentuk pengajaran
iaitu latih tubi,
tutorial dan simulasi,
dan setiapnya mempunyai
ciri-ciri dan format
yang unik.
Banyak lagi
definisi yang telah
diberikan oleh pakar-pakar
tentang PBK yang asasnya
ialah penggunaan komputer dengan satu atur
cara atau program
yang sistematik dan
teratur oleh pelajar
den guru untuk
sesuatu proses pengajaran
dan pembelajaran. Cara
ini memerlukan satu
interaksi yang aktif
di antara pelajar
dengan komputer. Ini
dapat memastikan bahawa
proses pembelajaran berlaku.
4. MATLAMAT PERISIAN
KURSUS PPBK
Di antara matlamat utama pembinaan perisian Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer
ialah
Komputer
mampu menyampaikan isi
pelajaran seperti seorang
guru, malah dalam
beberapa keadaan tertentu
boleh mengatasi guru
dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
5. OBJEKTIF
PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS PPBK
Ojektif utama membangunkan perisian kursus PPBK ialah
untuk
6.
KUMPULAN SASARAN PERISIAN KURSUS
Kumpulan sasaran
utama adalah pelajar sekolah
dan guru pelatih di maktab perguruan yang mengambil mata pelajaran Asas
Komputer . Di samping itu juga ianya
boleh digunakan untuk rujukan oleh pelbagai
pihak, khususnya mengenai tajuk yang
berkaitan dengan Asas Perkakasan Komputer.
7.
KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF
Tujuan
KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan
pelajar:
Dalam perisian kursus ini unsur unsur utama KBKK yang
diterapkan ialah:
Penerapan nilai-nilai murni sepertimana yang
terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah . Di antaranya ialah
menerapkan sifat yang positif terhadap ilmu pengetahuan, sentiasa berfikir,
berusaha ,mempunyai kesabaran yang tinggi, tabah menghadapi masalah serta
sentiasa ada perasaan ingin mencuba tanpa putus asa.
9. KANDUNGAN
PERISIAN KURSUS PPBK
Kandungan perisian kursus PPBK adalah sesuai dengan
kurikulum dan bertepatan dengan sukatan pelajaran teknologi maklumat.,
antaranya cirri-cirinya ialah
Dalam membangunkan perisian kursus ini beberapa perkara perlu ditentukan untuk
mempastikan keberkesanan penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran
Terdapat empat fasa penting yang perlu
ada :
1..Menyampaikan
maklumat (Presenting the information)
2.
Membantu pelajar (Guiding the students)
3.Latihan
oleh pelajar
4.
Mengukur pencapaian pelajar
Proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh diaplikasikan kepada Pembelajaran Berbantukan
Komputer bukanlah untuk semua fasa “Computers are but one element in an
instructional environment, along with teachers and other media ( Alessi &
Trollip, 1991 ) The computer may serve one or a combination of the four phases. It may present initial
information after which the student receives guidance from an instructor and
practises using a workbook. The student
may learn initial information from a lecturer, after which the computer is used
to practice some parts of the material to
fluency.
The computer may be used for the first three phases,
with testing being done in the
traditional way. In all cases, the
four phases of instruction should be present, possibly using a combination of media.
Terdapat
beberapa jenis perisian PPBK , antara yang popular ialah :
1.
Tutorial
2.
Latih-tubi
3.
Permainan
4. Ujian
5.
Simulasi
Walaupun kita cuba
membezakan jenis PPBK ini ,
kadangkala ia tidak
dapat dibezakan dengan
jelas kerana ada
ciri yang serupa
antara satu sama
lain.
10.1 Pendekatan PPBK
Tutorial
Pengajaran dan
Pembelajaran Bantuan Komputer yang menggunakan jenis tuturial ini menekankan kepada aspek berikut;
§
isi kandungan pembelajaran
disampaikan dari peringkat mudah ke
peringkat kompleks
§
digunakan untuk
memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan
PPBK tutorial
digunakan untuk mengajar
sesuatu atau menjelaskan
sesuatu konsep. Ia membolehkan memberi contoh yang
berlainan tetapi sesuai.
Ini kemudian diikuti
dengan soalan yang
sesuai. Pelajar akan
memberi jawapan dan
sejauh mana pelajar
telah belajar atau
memahami konsep tersebut
akan dinilai.
Dalam tutorial
yang baik, komputer
akan menganalisis tahap
pencapaian pelajar. Ini
diikuti dengan beberapa
pilihan. Jika pelajar
mencapai tahap yang
dikehendaki, pelajar boleh
meneruskan pembelajarannya kepada
bahan yang lebih
susah. Sebaliknya, komputer
mengesyorkan supaya pelajar
mengulangi bahan tutorial
dan soalan sehinggalah
ia mencapai tahap
yang diperlukan.
10.2 Ciri-Ciri PPBK Tutorial
i.
Ia menjalinkan persembahan
maklumat dan kemahiran memaparkan persembahan fakta maklumat, arahan dan
panduan pembelajaran serta penyelesaian masalah .
ii.
Segmen pembelajaran
mengandungi objektif tersendiri yang mudah dicapai dan dinilai.
iii.
Maklum balas segera.
iv.
Aktiviti pemulihan
disediakan.
v.
Boleh digunakan dalam
jangkasmasa yang lama
vi.
Suasana pembelajaran yang
selamat dan berkesan.
10.3 Pertimbangan Membangunkan Perisian PPBK Tutorial
·
Tajuk muka yang ringkas
·
objektif jelas dan tepat
·
arahan dan panduan secara
ringkas dan mudah
·
menghubungkan pengetahuan
sedia ada dengan yang baru
ii. Kawalan Pelajar
·
Membenarkan pelajar mengendali
sepenuhnya proses yang melibatkan arahan, haluan dan sebagainya
·
membenarkan penggunaan
arahan dibawah kawalan pelajar
·
Membenarkan penggunaan arahan
“ EXIT /TAMAT “ di bawah kawalan pelajar
·
Menggalakkan penggunaan “
MOUSE /TETIKUS”.
iii. Motivasi
·
penghargaan bercirikan
motivasi perlu diberikan sekerap mungkin
·
Istilah-istilah motivasi
berdasarkan tahap kesukaran
·
menggalakkan perkembangan idea dan imaginatif
·
hubungkait pelajar dan isi
kandungan hendaklah jelas .
·
Motivasi bercirikan pendidikan, keharmonian dan
mempunyai nilai moral
iv. Persembahan Maklumat
·
Sebaiknya ringkas dan jelas
·
“Layout”; perlulah menarik dan teratur
·
menggunakan grafik yang
menarik bagi maklumat penting
·
menggunakan warna yang
menarik bagi maklumat penting dan tajuk
·
penggunaan ayat hendaklah
ringkas, tepat, jelas dan mempunyai “FONT’
yang menarik
·
pengasingan di antara tajuk
ke tajuk dibezakan bagi mengelakkan kekeliruan
·
menggunakan kaedah yang
berbeza bagi maklumat konsep dan kemahiran
·
mengujudkan menu “HELP” atau
bantuan bagi membantu sebarang
kesukaran
v. Soalan Dan Jawapan/Maklum
Balas (Responses)
·
mengunakan soalan yang
membina dan berulang-ulang bagi memantapkan
pengetahuan pelajar
·
membanyakkan soalan berbentuk
kefahaman
·
membanyakkan soalan
melibatkan maklumat penting
·
butang jawapan terletak di
bawah soalan dan di sudut kiri paparan
·
menggunakan tetikus dan papan
kekunci bagi memberi tindak
balas
·
benarkan pelajar menjawab
lebih dari sekali bagi setiap soalan
·
tidak memberi tekanan kepada
pelajar bagi memberikan jawapan yang betul
tanpa sebarang bantuan
·
format soalan memudahkan
pelajar membuat tekaan dan memberi
keputusan
·
soalan berbentuk Isi Tempat Kosong, petak jawapan terletak di
penghujung soalan
·
bentuk-bentuk soalan
kefahaman dipelbagaikan
·
tahap kesukaran pembelajaran
berdasarkan pelajar
·
paparan soalan perlu jelas di
dalam skrin
vi. Penilaian Terhadap Jawapan/Maklum Balas
(Responses)
·
bentuk penilaian dan keputusan
dibuat secara bijak dan meliputi arahan
perkataan, sinonim, ejaan dan tambahan perkataan
·
membenarkan masa yang panjang
diambil oleh pelajar untuk menjawab
·
membenarkan pelajar mendapat
bantuan HELP dan EXIT.
vii. Maklumbalas terhadap Jawapan
·
sekiranya jawapan yang
diberikan betul, berikan pengesahan
·
sekiranya salah berikan peluang menjawab
viii. Pemulihan
§
memberikan aktiviti pemulihan
bagi pelajar yang lemah
·
memberikan aktiviti pengayaan
bagi pelajar yang berprestasi
memberangsangkan
ix. Urutan Pembelajaran
·
Hiraki urutan berdasarkan
tahap kesukaran
·
Rangkaian tutorial
berdasarkan prestasi
·
Setiap perkembangan dikawal
oleh pelajar
·
Pemilihan epembelajaran
dibuat oleh pelajar
·
Penamatan berdasarkan
prestasi pelajar
io.
Penutup
§
Semua data disimpan bagi
memudahkan sebarang bentuk permulaan
§
Skrin dipastikan terang dan
jelas
§
Situasi pelajar akan
dikembalikan ke peringkat sebelum tutorial bagi mendapatkan perbezaannya
§
Bahagian penamat akan
dimasukkan pesanan-pesanan yang ringkas dan baik.
11. TAJUK
PERISIAN KURSUS PPBK
Tajuk perisian hendaklah menarik ,ringkas dan
menggambarkan kandungan perisian yang
dibangunkan. Dalam kes ini untuk membangunkan perisian yang berkaitan dengan
Asas Perkaksan Komputer. Tajuk yang dipilih
ialah “ Pengenalan Asas Perkakasan Komputer “
12. STRATEGI
PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PPBK
i. Pengajaran diindividukan
,melalui kaedah ini pelajar akan
belajar secara individu menggunakan perisian yang diberikan. Melalui
pendekatan ini pelajar dapat mengawal
kecepatan pelajaran . Jika dibandingkan dengan dahulu , gurulah
yang mengawal kecepatan pelajaran dan pelajar - pelajar yang lambat terpaksa
mengejar pelajar - pelajar yang cepat atau terus berhenti sahaja . Tetapi
dengan cara ini , pelajar tersebut tidak perlulah tergesa-gesa untuk
mempercepatkan pelajarannya selagi dia tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran
ii.
Pelajar akan diberikan
kebebasan sepenuhnya dan akan berinteraksi dengan komputer . Keadaan ini mewujudkan
keselesaan dan pelajar merasa tidak terancam dan merasai puas di atas tumpuan
yang diberikan oleh komputer . Pada masa kini , seorang guru mungkin perlu
melayan 40 hingga 50 orang murid dalam waktu pengajarannya , maka tidak
hairanlah jika guru tersebut tidak dapat menumpukan perhatian serta memenuhi
keperluan setiap pelajar .
iii.
Pelajar menerima peneguhan
melalui maklum balas yang serta - merta . Pelajar tidak mungkin dapat peneguhan
seperti itu jika dia bergantung kepada guru yang berkemampuan terhad .
iv.
Aktiviti dan latihan yang
disediakan dapat membantu mengingati sesesuatu pelajaran . Pelajar cepat berasa jemu kalau hanya
menggunakan kaedah dengar dan menyalin nota sahaja .
v. Nota dan juga maklumat yang disediakan
dalam perisian ini juga membantu pelajar mengingati fakta - fakta
dengan mudah .Disamping itu memudahkan
pelajar yang kurang berpengalaman mengikuti sesuatu pembelajaran dengan
senang serta membantu pelajar
mengulangi pembelajaran konsep dan proses yang kompleks.
vi. Maklumat prestasi latihan dan aktiviti yang
diikuti pelajar akan disimpan dalam komputer . Diakhir pembelajaran ,
pelajar dapat menganalis kepintaran dan
kelemahan masing-masing . Komputer dapat menilai pencapaian pelajar
secara spontan .Memaparkan kemajuan pelajar pada akhir sesi . Ini dapat membantu guru yang mungkin tidak dapat berbuat demikian
kerana beban guru yang semakin berat serta proses ini memerlukan masa yang
panjang dan lama .
vii. Maklum balas serta - merta akan diberikan berdasarkan respon pelajar .
vii.
Guru agak bebas dari membuat pengajaran secara
rutin atau berulangkali
bagi sesuatu kelas . Dengan ini guru dapat meluangkan masa untuk
membuat tugas - tugas yang lebih kreatif untuk meningkatkan motivasi dan
pencapaian pelajar . Guru tidak akan
sebebas ini jika mereka
menggunakan cara lain .
13 ANTARA MUKA PENGGUNA
Rupa bentuk antara muka atau paparan pada skrin
memainkan peranan yang penting . Skrin yang menarik akan membuat seseorang ingin
menggunakan perisian atau bahan kursus tersebut. Ciri-ciri paparan skrin
ini termasuklah susunan
teks,grafik,penggunaan warna, animasi,video dan sebagainya. Skrin yang cantik,menarik, sesuai dan senang
difahami dapat menarik minat pengguna dan dapat meningkatkan keberkesanan
penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran.
Di antara cirri-ciri skrin paparan yang akan
dibangunkan dalam perisian kursus ini ialah.
i. Interaktif
Perisian ini mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak
atau maklumbalas bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan pengguna
dan komputer saling berhubungan antara satu sama lain.
Interaktif yang disediakan sesuai dengan objektif
pengajaran. Terdapat tiga jenis maklumbalas yang boleh digunakan
·
Maklumbalas bermaklumat
·
Maklumbalas motivasi
·
Maklumbalas pengesahan
Ciri-ciri interaktif ini akan dapat
dilihat melalui
§ Respon kepada jawapan yang diberikan
oleh pelajar
§ Memberikan pujian dan galakkan
ii. Unsur-unsur teks , arahan dan naratif
yang jelas ,padat dan teratur juga akan dipaparkan pada skrin.
iii. Penggunaan visual dan animasi yang
berkeupayaan untuk membantu pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang
isi kandungan perisian komputer.
§ Latarbelakang yang sesuai penting dalam
menghasilkan perisian multimedia. PemilIhan corak latarbelakang mengambilkira perkara berikut.
§
Kapastiti paparan warna pada
monitor
§
Jumlah teks yang digunakan
pada latarbelakang tidak terlalu banyak
sehingga menyukarkan pembacaan pelajar.
§
Penggunaan gambar imbasan
yang berkualiti dan menarik.
§
Teks yang berkaitan dan jelas
.Warna ,saiz font kontras dengan
latarbelakang disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan
jelas.
§
Penggunaan video yang relevan dengan tema perisian
§
Format layout skrin adalah
consistent dalam keseluruhan perisian kursus.
14. KOMPONEN
PENGKOMPUTERAN PERISIAN PPBK
14.1 Pelantar (
platform)
Pelantar atau platform yang akan digunakan oleh
perisian yang akan dibangunkan ini ialah Microsoft Window 98 . namun begitu ianya boleh diaplikasikan secara
bersendirian ( standalone), networking ataupun intranet.
14.2 Keperluan
Perkakasan
Untuk membolehkan perisian ini diaplikasikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran , spesifikasi perkakasan komputer yang diperlukan
adalah seperti berikut,
Intel Pentium III
500 Mhz
32 MB AGP NVDIA
Card
3D PCI Sound card
64 MB SDRAM
250 MB Hard Disk ( sekurang-kurangnya)
52 x CD ROM
600 watt speaker
Mouse/Pad
Keyboard
15 “ SVGA Monitor
14.3 Perisian Pembangunan
Perisian Kursus
Perisian yang digunakan untuk membangunkan perisian
kursus ini ialah
15.0. PENUTUP
Di
Malaysia, walaupun PPBK
sedang berkembang dengan
meluas, Ianya perlulah diberi
perhatian yang mendalam
dan dikawal. Walaupun
komputer mempunyai potensi
untuk memberkesankan pembelajaran, kita perlu sediakan
perisian kursus PPBK
yang bermutu untuk
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan.
Perisian
kursus yang baik perlu memenuhi parameter-parameter yang ditetapkan.
Pembinaan perisian kursus yang hanya
mementingkan persembahan semata-mata tidak menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Penglibatan pihak-pihak tertentu amat diperlukan untuk
menentukan criteria dan garis panduan kepada pengeluar-pengeluar perisian
kursus. Sejajar dengan pembangunan pesat teknologi maklumat, nilai-nilai murni
dan budaya juga perlulah diambil kira dalam pembinaan perisian kursus PPBK ini.
Menurut kajian,
PPBK memafaatkan pelajar
kerana pelajar dapat
mempelajari sesuatu dengan
cepat, mempunyai daya
ingatan yang lebih
baik, memperolehi sikap
positif terhadap komputer,
berinteraksi dengan komputer
secara aktif, dan
dapat menentukan cara
mereka belajar dengan
perisian kursus Pengajaran
Berbantukan Komputer.
Goh Kek Seng
(1990). 1001 Aktiviti
Mengenal Komputer. Kuala
Lumpur : Federal Publication.
Mohd.
Ridzwan bin Haji
Hashim . Wawasan September
1992 - Pengajaran Berbantukan
Komputer.
Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin ( Jun
1993) Pengujian dan Penilaian Perisian . Media ComiL.
Shaharudin
Salleh (1986). Pengenalan
Kepada Komputer. Petaling
Jaya : Federal Publications.
Yong Soe Han
(1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Zoraini
Wati Abas (1992).
Komputer Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.