Modul 1 : Pengajaran Dan Pembelajaran  Komputer Dan Teknologi Maklumat

 

Tajuk Modul  : Asas Sistem  Komputer

 

1.0       Pengenalan

 

Kurikulum teknologi maklumat di maktab perguruan memerlukan satu pendekatan baru yang lebih inoivatif  bagi menampung pelbagai kehendak dan cabaran kemahiran  teknologi maklumat masa kini. Pendekatan  yang lebih sistematik dalam melaksanakan kurikulum teknologi maklumat ini disamping tidak mengongkong  pelajar dengan kekangan waktu sebaliknya juga akan memberikan ruang belajar dengan selesa kepada tenaga pengajar dan juga pelajar.

            Modul ini   merangkumi tajuk asas perkakasan sistem komputer yang  terdapat dalam sukatan pelajaran teknologi maklumat  di maktab perguruan  Pendekatan dalam menyampaikan tajuk perkakasan komputer memerlukan satu perubahan pendekatan pengajaran dan pembelajaran . Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan bahawa pelajar dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan kemajuan teknologi komputer dan berkebolehan menggunakan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dan juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan negara masa depan yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat.

 

 

2.0       Matlamat Subjek

 

Secara umumnya matlamat pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran  asas perkakasan komputer  berasaskan kepada perkara berikut.

 

1.                  menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai perkakasan komputer  yang mudah serta dapat mengoptimumkan masa guru dan pelajar.

2.                  memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka  ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-masing

3.                  Memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas,konsep,prinsip dan fakta mengenai komponen perkakasan koomputer berdasarkan kandungan modul

4.                  membolehkan pelajar berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk memenuhi aktiviti modul

5.                  Mencetuskan perbincangan dikalangan pelajar dan guru

 

3.0       Objektif Modul

 

Penggunaan modul ini diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut.

·        Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran  kepentingan pengetahuan dan komponen sistem komputer  dalam teknologi maklumat.

·        Dapat menjana kefahaman  mengenai jenis dan fungsi komponen perkakasan komputer dan yang berkaitan dengannya dalam     menjayakan matlamat pengajaran dan pembelajaran matapelajaran teknologi maklumat

·        Dapat memberi pendedahan  dan pengalaman kepada pelajar  tentang  kepentingan menjaga  dan baikpulih sistem komputer masing-masing


  4.0                 Modul  Pengenalan Kepada Asas Perkakasan Komputer


Modul ini akan memberikan fokus terhadap  beberapa  tajuk  yang terdapat dalam komponen asas sistem komputer.

  Kandungan tajuk modul ini dibahagikan kepada  beberapa topik ,antaranya ialah

i.                    Sejarah dan perkembangan komputer bermula daripada tiub vakum , penjelasan tentang makna perkakasan  serta  memperihalkan tentang perkembangan perkakasan komputer dan idea/keadaan yang mencetuskan penciptaannya dan mencadangkan tentang idea-idea baru bagi memajukan perkakasan yang sedia ada .

ii.                  Jenis-jenis perkakasan yang terdapat di dalam komputer . Selain dari itu membangkitkan minat untuk mengetahui dan berani untuk melakukan sesuatu serta memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman dari aktiviti yang dilakukan.

iii.                memfokuskan kepada beberapa aktiviti pelajar  yang melibatkan interaksi pelajar dengan  komponen-komponen pada papan induk disamping   melakar dan melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk.  Pelajar juga akan melakukan beberapa aktiviti  menanggalkan sistem komputer dan komponen-komonen pada papan induk ,memasang semula sistem komputer dan komponen-komponen pada papan induk  serta dapat menjelaskan fungsi perkakasan yang dipasang.

 

4.1       Objektif  Pengajaran dan Pembelajaran Modul 1


Objektif   pengajaran dan pembelajaran modul ini  adalah seperti berikut .

2.1       Memperihalkan sejarah dan perkembangan komputer bermula daripada tiub vakum
2.2       Menjelaskan makna perkakasan  dan komponen papan induk dan fungsinya

2. 3      Memperihalkan perkembangan  perkakasan komputer , jenis fungsi penciptaannya

2.4       Dapat melakar/melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk.
4.2       Dapat menjelaskan fungsi komponen-komponen pada papan induk.
4.3       Dapat menanggal dan memasang semula sistem komputer dan komponen-
            komponen pada papan induk .
4.4       Dapat menjelaskan ciri-ciri RAM, ROM dan EPROM.
4.5       Dapat menjelaskan fungsi-fungsi RAM, ROM dan EPROM.
4.6.      Dapat menyatakan keupayaan sesuatu storan primer di dalam sesebuah PC.
4.7       Dapat membandingkan sesuatu keupayaan storan primer.

 

4.2       Kandungan Tajuk

1.      Definisi dan Sejarah Perkembangan Komputer

2.      Makna Perkakasan dan komponen papan induk

3.      Perkembangan  perkakasan dan fungsinya

4.      Mengenalpasti  komponen-komponen pada papan induk berikut: mikropemproses, RAM, BIOS, expansion slot, kad, jumper.

5.      Memasang peralatan komputer dan komponen-komponen seperti  kad dan RAM pada papan induk.

6.      Ciri-Ciri RAM, ROM dan EPROM serta fungsi masing-masing dalam suatu sistem komputer.

7.      Ciri –Ciri Storan Primer Dan Sekunder

 

4.3       Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kreatis:

 

 

4.4       Penyerapan Nilai Murni

Kerjasama

Menghargai pendapat rakan

Amanah

·           Sederhana
Berusaha

           Berbangga

 

4.5             Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

·        Kaedah kuliah.

·        Kaedah inkuiri.

·        Kaedah tinjauan semula.

·        Kaedah latih tubi.

·        Kaedah penyelesaian masalah.

·        Kaedah tutoran sebaya.

·        Kaedah Memberi Arahan.

·        Kaedah Demonstrasi.

·        Kaedah Simulasi.

·        Kaedah perbincangan. 

 

4.7       Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Kandungan/Tajuk

Kemahiran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar

 

1. Definisi dan Sejarah Perkembangan  Komputer

·        menjelaskan dengan betul makna komputer

·        mengetahui sejarah perkembangan komputer bermula dari tahun sebelum 1940 dan selepas 1940 an hingga kini.

·        Penerangan oleh guru  mengenai sejarah perkembangan komputer

·        Pelajar mengadakan perbincangan dan bertukar pendapat secara kumpulan mengenai perkembangan komputer.

·        Pembentangan pelajar mengenai tajuk yang dibincangkan mengikut kumpulan

 

 

Nota kuliah

 

LCD Panel

 

 

2.  Perkakasan dan komponen papan induk

·        Mengetahui makna perkakasan komputer.

·        mengetahui aliran sistem kerja terdiri daripada input, proses,output dan storan

·        Mengetahui dan memahami komponen perkakasan sistem komputer

·        Mengetahui dan memahami fungsi papan induk dan komponen yang terdapat padanya

 

·        Penerangan secara kelas dan kuliah mengenai aliran sistem kerja unit sistem

·        Tunjuk cara atau demonstrasi contoh beberapa komponen yang terdapat  sesebuah komputer peribadi

·        Penerangan  mengenai papan induk dan komponen-komponon yang terdapat pada sesebuah papan induk

·        Pelajar akan melakarkan rajah aliran sistem kerja unit sistem secara berkumpulan

·        Menghuraikan dan membentangkan
mengenai papan induk dan komponen yang dipasang pada sesebuah papan induk

 

CR ROM

 

LCD Panel

 

Kertas Mahjung

M

 11. Mengenalpasti  komponen-komponen mikropemproses, RAM, BIOS, expansion slot, kad, jumper.

K  

K2.  Komponen-komponen sokongan dan fufungsinya.

 

 

 

·        Mengetahui komponen lain yang terdapat pada papan induk dan memahami fungsi masing-masing

·        Mengetahui beberapa perkakasan sokongan dan memahami fungsi masing-masing

·        Demonstrasi,kuliah dan perbincangan mengenai komponen-komponen lain dalam sesebuah sistem komputer

·        Penggunaan CD ROM  yang menerangkan tentang perkakasan komputer dan beberapa perkakasan sokongan lain.

·        Perbincangan pelajar  dalam kumpulan mengenai jenis perkakasan yang diterangkan oleh guru.

·        Pembentangan hasil perbincangan mengikut kumpulan.

 

 

Pita Video

LCD panel

 

 


1. Memasang peralatan komputer dan mengenalpasti komponen-komponen seperti  kad dan RAM, pada papan induk.

 

 

·        Melakar/melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk.

·       
Menjelaskan fungsi komponen-komponen pada papan induk.

·        Menanggal dan memasang semula sistem komputer dan komponen- komponen pada papan induk (RAM, kad, dll).

 

 

·        Melihat komponen-komponen pada papan induk melalui beberapa komponen contoh yang disediakan

·        Melakar dan melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk.

·        Tunjukcara  menanggalkan sistem komputer dan komponen-komonen pada papan induk (RAM, Kad, jumper,  dll).

·        Tunjukcara memasang semula sistem komputer dan komponen-komponen pada papan induk (RAM, Kad,  jumper, dll).

·        Pelajar melakukan aktiviti membuka dan memasang komponen perkakasan
sepertimana yang ditunjukkan

·        Pelajar menjelaskan fungsi perkakasan yang telah siap dipasang.

 

 

Komponen komputer

 

CD ROM

LCD Panel

 

Nota Panduan

 

1. Ciri-Ciri RAM, ROM dan EPROM serta fungsi masing-masing dalam suatu sistem komputer.

 

 

·        Mengetahui ciri-ciri RAM ,ROM dan EPROM serta memahami fungsi masing-masing dalam sistem komputer

 

 

·        Kuliah dan penjelasan ciri-ciri RAM, ROM dan EPROM.

·        Perbincangan dalam kumpulan bagi  menjelaskan fungsi-fungsi RAM, ROM dan EPROM.

·        Pelajar dapat mempersembahkan jadual perbandingan yang menunjukkan fungsi dan ciri-ciri RAM,ROM dan EPROM

 

Nota Kuliah

 

LCD panel

 

1. Ciri –Ciri Storan Primer Dan Sekunder

2. Memperihalkan perkakasan terkini yang terdapat di pasaran

 

 

·        Mengetahui storan  primer

·        Mengetahui storan sekunder

 

 

·        Penerangan beberapa contoh storan primer dan sekunder ditunjukkan kepada pelajar melalui demonstrasi oleh guru.

·        Pelajar menyatakan secara lisan mengenai perkakasan sokongan dan menerangkan fungsinya

·        Perbincangan dan penerangan secara kumpulan mengenai storan primer

 

 

Nota Kuliah

 

LCD panel

 

 

1.   Penyediaan Disket Sistem atau Start   Disk Dan Fail Utama

2.   Proses membina pembahagian pada  cakera keras

3.   Memformat Cakera Keras

4.   Melakukan Instalasi Sistem Operasi  Windows

 

·        Dapat menghasilkan satu disket sistem atau startup disk

·        Mengenalpasrti fail-fail utama dalam disket sistem dan dapat menggunakannya

·        Menggunakan disket sistem untuk melakukan pembahagian (partition hard disk)

·        Dapat membuat format pada cakera keras.Memasukkan sistem operasi  dalam sistem komputer

 

·        Aktiviti amali menghasilkan disket sistem.

·        Membuat pembahagian  dan format pada pada cakera keras serta memasukkan perisian sistem dan memformat

 

 

 


Rujukan:
.
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat, Bahagian Pendidikan Guru
2. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib.1988. Pengajaran Dalam Bilik Darjah : Kaedah dan Strategi, Masa Enterprise Kajang.
3. Abdul Razak Hamdan . 1996.  Nota Teknologi Maklumat, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat , UKM.
4. Simken Dependahi. 1988. Microcomputer:Principles & Applications, C Brown Publications, Wisconsins.
5. Jack B. Rochester. 1996.Using Computer & Information, Macmillan Computer Publications Indianapolis