Make your own free website on Tripod.com

TUGASAN 4:  GE 6663 PPBK

 

STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN PERISIAN KURSUS PPBK.

 

4.0       KONSEP DAN TEORI  PEMBELAJARAN

 

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia .  Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar  supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

            Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.

            Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar  untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.  Menurut pandangan  ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.  Manakala aliran behavioris pula  berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu  cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

Terdapat  beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori  mempunyai  konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran  tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .

 

a)         Teori Tingkahlaku

           

Teori ini diperkenalkan oleh aliran pandangan mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan Di antara pandangan atau pun definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. 

            Perubahan pembelajaran berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.  Melalui  teori ini guru boleh malaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada beberapa elemen yang telah digariskan untuk sesuatu pengajaran tertentu,

 

b)        Teori Kognitif

 

Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman  yang sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran.

            Alessi & Trollip (1991) mempercayai bahawa beberapa bidang dalam teori kognitif sangat penting dalam mereka bentuk bahan pengajaran terancang berasaskan komputer.Bidang-bidang tersebut ialah pengamatan dan penanggapan (perception and attention), ingatan (memory), kefahaman (Comprehension) pembelajaran secara aktif (active learning), motivasi, lokus kawalan (locus of control), pemindahan pembelajaran (transfer of learning), dan perbezaan individu (individual differences) .

 

  c)       Teori  Konstruktivisime

 

 Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran  dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak   ditekankan.

                  Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan  itu mengikut  pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak   boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan  ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.  Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran  mereka.

Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur  kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

                  Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar.  Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir  semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah konsep ini  diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh    guru.

                  John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap  harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

                  Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.  Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara  melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan  oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina  skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep   daripada kaca mata pelajar.

 

d)        Teori Andragogi

 

Teori Andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan  dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya    menampung aspek asas ini.

 

*   Teori andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran:

*   Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu

*   Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen,

*   Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian  masalah.

*   Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.

               

             Secara praktiknya, andragogi bermakna pembelajaran untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada  proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi,   dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator .Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam program latihan organisasi (pembangunan pengurusan).

 

4.1       KONSEP PENGAJARAN

 

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi  perkara-perkara seperti aktiviti perancangan ,pengelolaan ,penyampaian ,bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara yang berkesan. Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah.

 

Untuk keberkesanan pengajaran, 4 fasa berikut perlu ada :

1..Menyampaikan maklumat (Presenting the information)

2. Membantu pelajar (Guiding the students)

3.Latihan oleh pelajar

4. Mengukur pencapaian pelajar

 

 Mengikut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengatahuan atau kepercayaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukarkan tingkah laku pelajar,manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.

 

4.2       STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN 

 

a)                 Pemusatan Murid

 

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

 

Strategi pembelajaran berpusatkan murid dapat

 

*   Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

*   Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

*   Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

*   Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

*   Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

*   Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

*   Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif.

 

b)         Pembelajaran Akses Kendiri

 

Pembelajaran Bersifat Individu ini mengambilkira keperluan , minat dan kebolehan pelajar secara individu.Oleh itu isi kandungan, pendekatan, dan kadar kemampuan pelajar mesti diserasikan dengan keupayaan serta sifat-sifat keperibadian umum pelajar.

 

Pendekatan Pembelajaran Bersifat Individu adalah seperti berikut:

*   Pembelajaran Masteri

*   Pembelajaran Kadar Kendiri

*   Pembelajaran Terarah Kendiri

*   Pembelajaran Akses Kendiri

 

c)         Pembelajaran Masteri

 

            Pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

 

d)         Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)

 

Pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran berperingkat . Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain.

 

e)         Pembelajaran Terarah Kendiri(PTK)

 

Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi intrinsik. Objektif utama ialah untuk mempertingkatkan pembelajaran kendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. PTK adalah satu strategi yang mendidik pelajar menjadi pelajar yang berdikari.

 

f)          Pembelajaran Akses Kendiri

 

Pembelajaran yang menggunakan kemudahan akses kendiri dan bahan-bahan yang mudah dikendalikan serta tanpa pengawasan secara langsung oleh guru.

 

g)         Pelbagai Kecerdasan

 

Mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu, Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial, Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic, Ethical/Spiritual.

 

Model Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

 

*   Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan yang berlainan.

*   Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai

*   Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

*   Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk

 

Jenis-Jenis Kecerdasan

 

i.                    Musical/Rhythmic

Dapat menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.

 

II.          Logical-Mathematical

Berupaya menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif. Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.

 

            III.         Interpersonal

Boleh memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi, matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri.

 

            iv)        Naturalistic

Peka tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta           mampu menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara terperinci.

           

v)         Ethical/Spiritual

Sedar terhadap nilai-nilai moral kerohanian.  Dapat mengenal pasti masalah berkaitan serta merancang penyelesaiannya

 

vi)        Bodily-Kinesthetic

Berkemampuan mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.

 

            vii)       Visual/Spatial

Boleh mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang digubah secara mental.

 

            viii)      Verbal/Linguistic

          Boleh menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.

 

xi)        Intrapersonal

          Boleh memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri

 

h)         Pembelajaran Berdaya Fikir

 

Pembelajaran Berdaya Fikir merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi penekanan mewujudkan iklim bilik darjah yang menggalakkan pelajar berfikir secara aktif pada tahap yang kompleks. Untuk tujuan ini, guru hendaklah melaksanakan pelbagai strategi yang dapat mencabar pelajar serta memberi peluang kepada mereka berfikir secara aktif. 

Penyebatian Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif dalam proses pengajaran & pembelajaran.

*   menfokuskan pelajar terhadap tugasan yang dijalankan.

*   mengemukakan soalan terbuka

*   mengemukakan soalan lanjutan

*   mengambil masa menunggu respon daripada pelajar.

*   menerima pelbagai respon daripada pelajar.

*   menggalakan interaksi di kalangan pelajar.

*   mengelakkan daripada memberi pandangan atau tanggapan nilai terhadap respon pelajar.

*   mengelakkan daripada mengulangi respon pelajar.

*   Pelajar membuat refleksi terhadap cara dan proses mereka berfikir

 

Pelajar  akan

*   melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran

*   mengambil masa yang cukup untuk berfikir tentang tugasan yang diberi.

*   terus berusaha menyelesaikan tugasan meski pun sukar.

*   memberi justifikasi kepada jawapan yang diberi

*   memberi pelbagai respon kepada satu soalan.

*   mengemukakan soalan yang memerlukan pemikiran pada tahap complex tentang apa dipelajari

*   menggunakan perbendaharaan kata yang tepat dan spesifik dalam respon mereka.

*   mendengar dengan terliti apa yang direspon oleh pelajar lain.

*   memikirkan apa yang difikir.

 

 

4.3       KAEDAH DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PERISIAN KURSUS .

           

Terdapat beberapa strategi dan pendekatan yang boleh digunakan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perisian kursus, antaranya ialah,

*   latih tubi

*   tutorial

*   simulasi

*   permainan

*   penemuan

*   demontrasi

*   ensaiklopedia

*   penceritaan

*   pengembaraan

*   pembelajaran kolaboratif

*   penyelesaian masalah

 

 

a)      Tutorial

 

Kaedah ini sesuai digunakan kerana  pelajar mempelajari maklumat atau kamahiran baru. Antara perkara yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah mempelajari sesuatu konsep, prinsip, peraturan, atau prosedur baru. Sesebuah perisian kursus menggunakan kaedah tutorial yang berkesan, tiga perkara utama perlu diberi perhatian adalah objektif, pengajaran, dan penilaian, (Futrell & Geisert, 1984). Ketiga-tiga aspek ini saling berkaitan.

 

1.         Objektif yang hendak dicapai harus jelas. Oleh itu objektif perlu dinyatakan dengan jelas dalam perisian dan disertakan juga dalam buku panduan guru.

2.         Perisian kursus yang dibina mestilah mengarah kepada mencapai objektif tersebut.

3.         Pelajar perlu tahu objektif yang hendak dicapai ketika menggunakan perisian. Ini membolehkan pelajar  sedar tujuan pembelajaran.

 

    Penilaian Pencapaian Objektif

 

*   Ada alat menilai pencapaian objektif pada setiap tahap pembentukan konsep atau tingkah laku yang diingini. Ini bererti penilaian formatif perlu dilakukan secara berterusan sehinga objektif dapat dicapai.

*   Sekiranya penilaian formatif mendapati berlaku tingkah laku yang tidak diingini, bantuan semerta secara    analisis adalah diperlukan.

*   Pelajar sentiasa mengetahui kedudukan pencapaiannya, samada menghampiri objektif, jauh dari mencapai objektif, atau telah dapat mencapai objektif sepenuhnya. Pelajar bukan sahaja perlu mengetahui setiap tindakan yang dilakukan adalah betul atau salah, tetapi juga mengetahui mengapa salah atau betul.

 

     Keberkesanan pembelajaran ditentukan oleh rekabentuk pengajaran (Instructional Design) yang digunakan dalam perisian kursus. Secara umum, perisian kursus yang berkesan  mempunyai ciri-ciri berikut;

 

*   Mampu menarik perhatian pelajar terhadap pelajaran yang dikemukakan dalam perisian kursus.

*   Membantu ingatan pelajar terhadap maklumat (termasuk setiap segmen yang membentuk maklumat) bagi  mencapai objektif pelajaran.

*   Disampaikan dalam pelbagai bentuk termasuk bentuk naratif, penerangan, simulasi, teks, grafik, animasi, dan bunyi (multimedia) ketika melaksanakan strategi pengajaran.

*   Ada menyertakan penilaian (formatif dan sumatif). Penilaian hendaklah bermatlamatkan mencapai objektif  pelajaran

*   Menyediakan maklum balas untuk setiap penilaian. Bagi jawapan yang betul, diberikan peneguhan dan huraian mengapa jawapan yang dipilih/diberi adalah betul. Jika jawapan salah, diberikan hukuman dan diterangkan sebab mengapa jawapan yang diberi salah. Pelajar akan diberikan panduan untuk  menemui jawapan yang betul.

*   Penggunaan "transfer and retention strategies". Bertujuan untuk menyedarkan pelajar tentang bagaimana menggunakan maklumat yang diperolehi dalam situasi lain atau dalam pelajaran seterusnya.

*   Perisian bersifat mesra pengguna (user friendly)

*   Luwes. Boleh disesuaikan mengikut kehendak pengguna.

 

 

b)         Latih Tubi

 

Latih tubi merupakan salah satu bentuk pengajaran dan pembelajaran perisian kursus yang popular.Ia menyampaikan masalah dan latihan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran dari sumber lain seperti kuliah,buku teks,video dan sebagainya.  Kerana itu Paul dan David (1994)menegaskan, latih tubi bertujuan untuk mengadun "consolidate", memperjelas "clarify" dan memberi penekanan kepada perkara yang telah dipelajari.

Menurut Paul dan David (1994), sesi latih tubi  lebih bermakna jika:

 

*   dijalankan secara berterusan "spread out over time" (bukan sehari selepas dipelajari);

*   dikendalikan dalam konteks; semua bahagian pelajaran dimasukkan (whole issue are examined rather    then parts), dan    

*   digunakan dalam aktiviti yang berbeza-beza.

 

Latih tubi melibatkan proses mengulang maklumat tertentu sehingga maklumat tersebut mantap dalam minda pelajar. Ia menjadikan sesuatu yang dipelajari itu menjadi kebiasaan atau mampu dikekalkan dalam masa yang lama. Oleh itu matlamat latih tubi adalah untuk menentukan pelajar dapat bertindak balas terhadap masalah dengan memberi jawapan yang betul dan cepat. Pelajar dapat membentuk asosiasi tanpa melalui proses berfikir apabila asosiasi itu diperlukan (Grambs &Carr, 1991). Paul & Mynga (1990) memberi beberapa alasan yang boleh menggunakan latih tubi; 

 

   1.      Untuk mengekalkan kemahiran yang telah dipelajari

   2.      Untuk mengotomatiskan kemahiran yang telah dipelajari

   3.      Untuk mengingatkan pelajar tentang maklumat atau kemahiran yang   

            diperlukan bagi mempelajari kemahiran baru.

c)         Simulasi

 

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu      atau tugasan semula.

Pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.  Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan    masalah.   Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan    membaca dan menulis.   Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses  pengajaran dan pembelajaran.

 

4.4       Penutup.

 

Walaupun  PPBK  belum  berkembang  dengan  meluas,  perkembangannya  perlulah  diberi  perhatian  yang  mendalam  dan  dikawal.  Walaupun  komputer  mempunyai  potensi  untuk  memberkesankan  pembelajaran,  kita  perlu  sediakan  perisian  kursus  PPBK  yang  bermutu  untuk  mencapai  objektif  pembelajaran  yang  ditetapkan.

            Melalui PPBK  pelajar  dapat  mempelajari  sesuatu  dengan  cepat,  mempunyai  daya  ingatan  yang  lebih  baik,  memperolehi  sikap  positif  terhadap  komputer,  berinteraksi  dengan  komputer  secara  aktif,  dan  dapat  menentukan  cara  mereka  belajar  dengan  perisian  kursus  Pengajaran  Berbantukan  Komputer.

 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

RUJUKAN

 

AhMeng,Ee.1994.Psikologi dalam bilikdarjah. KualaLumpur:FajarBakti.

Alessi S.M. & Trollip R. S .199 1. Computer Based Instruction. Methods and development. (2nd.Ed.).New Jersey:Prentice Hall.

Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar. 1997. Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf Depan. Komputer, Berita Harian , Ogos.

Yong  Soe  Han  .1993.  Literasi  Komputer. Kuala  Lumpur.  Penerbit  Fajar  Bakti  Sdn.  Bhd.

Zoraini  Wati  Abas . 1992.  Komputer  Dalam  Pendidikan.  Kuala  Lumpur .Penerbit  Fajar  Bakti  Sdn. Bhd.