Tugasan 2: GE 6353 :
Teori , Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer.
1.0 Pendahuluan
Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland(1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. K-Ekonomi merupakan isu utama yang disarankan oleh Perdana Menteri kita, maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Winston Churcil menyatakan “ empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan ,mengunpul maklumat , menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
2.0 Kandungan Komponen Komputer
Dalam Pendidikan
Struktur kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu komputer
adalah seperti berikut
a) Asas
Dinamika Guru
a) Pengajaran dan pembelajaran
Bestari
i. Kemahiran
Teknologi Maklumat
ii. Kemahiran Secara Kritis dan
Kreatif
iii. Kemahiran Belajar
iv. Kemahiran Mentaksir dan Menilai
v. Pengurusan Pembelajaran Bestari
b) Komputer Dalam Pendidikan
a) Pengenalan Kepada Sistem Dan Rangkaian Komputer
i.
Perkembangan Komputer Dan Teknologi Maklumat
ii. Komputer Dalam Pendidikan
iii. Perkakasan dan Perisian
b) Rangkaian Komputer
i. Pengenalan
Kepada Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer
ii. Rangkaian Setempat (LAN)
c) Penyenggaraan Sistem Komputer dan Pengurusan
Teknologi Maklumat di Sekolah
i. Penyenggaraan Sistem komputer
ii. Pengenalan kepada komponen dan fungsinya
iii Menanggal dan memasang semula komponen komputer
iv. Mengesan kerosakan dan penggunaan perisian ultiliti
v. Konfigurasi sistem komputer
vi. Penyediaan perisian
vii. Pengurusan fail
vii. Penyediaan Sistem rangkaian
ix Pengurusan dan penyenggaraan perkakasan
d) Pengurusan Teknologi Maklumat
a) Merancang,
melaksana dan menyelaras aktiviti TM di sekolah
b) Penyediaan makmal komputer
c). Aspek keselamatan
e)
Internet Dalam Pendidikan
a) Pengenalan Internet
i. Kegunaan
internet
ii. Keperluan Perkakasan dan
Perisian
iii. Penggunaan Internet Dalam
Pendidikan
iv. Kemahiran Mencari Dan Menyimpan
Maklumat Dari Internet
v. Isu-isu Semasa Berkaitan Internet
b) Pembinaan Laman Web
i. Mengenal
contoh-contoh Laman Web
ii. Mengenalpasti contoh-contoh
perisian yang berkaitan
iii. Pemilihan grafik dan muzik
3.0 Teori Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Pembelajaran
ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan
tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku
sepanjang hayat seseorang manusia .
Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa.
Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai
isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan
pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan
seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap
sebagai pembelajaran. Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses
belajar untuk memperoleh ilmu
pengetahuan dan menjalani latihan.
Menurut pandangan ahli
kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang
menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula
berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku
,iaitu cara seseorang bertindak dalam
suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat
membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu. Teori-Teori
pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan kepada para guru .
Menurut Arif Sukardi (1987), terdapat beberapa sebab teori-teori
pembelajaran ini perlu dikuasai oleh guru, antaranya ialah seperti berikut:
a) teori
pembelajaran membantu guru memahami proses pembelajaran yang berlaku di dalam
diri pelajar itu sendiri.
b) guru dapat memahami keadaan dan
faktor yang mempengaruhi, mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran seseorang.
c) guru dapat membuat ramalan yang
tepat tentang hasil yang diharapkan dari proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa teori yang
dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori mempunyai konsep atau
prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang
ini maka teori pembelajaran tersebut
dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .
a) Teori
Tingkahlaku
Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran komputer ialah
a) Proses
belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif didalamnya .
Keadaan ini dapat diwujudkan
dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti perbincangan dalam
kumpulan, aktiviti amali,
contohnya amali membuka dan memasang
komponen perkakasan komputer.
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu. Contohnya dalam menyampaikan tajuk komponen perkakasan komputer bahan-bahan bantu mengajar seperti kertas edaran atau hand out disediakan terlebih dahulu di samping penggunanaan slaid powerpoint dapat menjelaskan sesuatu konsep atau fungsi dengan jelas.Ini memudahkan pelajar memahami tajuk yang diajar.
c) Tiap-tiap
respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat
mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan
dan perhatian pelajar dapat
dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau
rangsangan dengan tujuan untuk
memotivasikan mereka bagi mengikuti
pembelajaran seterusnya.
Setiap respon pelajar perlu diberikan
maklumbalas yang positif .
d) Setiap kali pelajar memberikan
respon yang benar maka ia perlu diberi
motivasi. Setiap kali pelakar
berjaya melakukan sesuatu aktiviti
ataupun
memberikan respon yang betul
atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran untuk mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya.
Contohnya dalam aktiviti
kumpulan pemasangan komponen perkakasan komputer dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran seperti jumlah
markah yang tinggi,
kakat-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yang boleh memotivasikan
pelajar.
Menurut
(Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behavioral) , terdapat sembilan elemen yang
baik untuk sesuatu pengajaran .
Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik
Konsep Asas Sistem Komputer beberapa
kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam
pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang
guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu
mengajar yang boleh menarik perhatian seperti
persembahan powerpoint yang menarik
terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer
ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat
menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan
asas mengenai perkakasan sistem
komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif
pelajaran dan apa yang diharapkan
satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu
menjelaskan mengapa tajuk ini amat
penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula
isi kandungan yang telah di pelajari
sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga
menggunakan pelbagai media yang
relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga
harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan
mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru
haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat
mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .
Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk
mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu .
b) Teori
Kognitif
Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa
pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap
sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan
perubahan dalaman yang sukar untuk
diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran. Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu tidak
perlu menunggu sehingga kanak-kanak mancapai tahap perkembangan tertentu. Aspek
pentingnya ialah bahan pengajaran harus disediakan dengan baik. Dengan lain
perkataan perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan cara
mengatur bahan yang akan dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan tingkat
perkembangannya. Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan
adalah kurikulum spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai
dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat
perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner ini
adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan
seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan.
Menurut Hartley & Davies
(1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di atas banyak diterapkan
dalam dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan perancangan
pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut
a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.
b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana.
c) Pembelajaran
dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa pemahaman. Sesuatu yang
baru harus sesuai dengan apa yang telah
diketahui
pelajar sebelumnya.
d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya.
e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.
Kognitif berkaitan dengan mental,dan ianya berkait rapat dengan ingatan jangka panjang dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui teori Pemprosesan Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat oleh pelajar . Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks. Langkah langkah pengajaran mengikut teori pemprosesan maklumat disampaikan seperti berikut.
a) Perhatian pelajar :
Permulaan pengajaran dengan
memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian pelajar kepada guru
dan pengajaran. Contohnya dalam
pengajaran
tajuk perkakasan komputer
guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa contoh
perkakasan kompouter ke dalam kelas .
b) Membawa ingatan pelajar pada
tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan
dengan topik yang kan diajar.
c) Penekanan terhadap isi pelajaran
yang penting ( utama). Pengajaran pembelajaran sesuatu tajuk disampaikan
dengan penggunaan bahan bantu mengajar
yang bertepatan dengan tajuk yang akan disampaikan.
Contohnya dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer beberapa handout
mengenainya diedarkan kepada
pelajar sebagai banah panduan dan rujukan untuk mengikuti pengajaran guru. Di samping
penyediaan slaid powerpoint
yang baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran
yang disampaikan.
d) Persembahkan maklumat dengan
teratur dengan menggunakan bahan bantu
mengajar yang bersesuaian . Contohnya seperti perisian kursus yang
berkaitan dengan tajuk perkakasan komputer .
e) Tunjukkan pelajar bagaimana
mengkategorikan maklumat yang diterima. Guru membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar untuk
melaksanakan
memahami dan pembelajaran .
f) Beri peluang kepada pelajar untuk
mengembangkan maklumat yang baru diterima
g) Pengulangan Contoh ialah
mengingatkan pelajar beberapa
isi penting yang dipelajari (ingatan janga pendek) dan menyediakan
beberapa
aktiviti atau latihan yang berkaitan
dengan pelajaran lepas ( ingatan jangka panjang)
c) Teori Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. .
Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia
ada pelajar. Rutherford dan Ahlgren
berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri hampir
dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan salah konsep ini
diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan
asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin
memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey
menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik
yang cekap harus melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman
secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif
epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan
berubah. Perubahan akan berlaku dalam
teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara
melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan
tepat apa saja yang disampaikan oleh
guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
pelajar membina skema pengkonsepan
berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.
Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar
daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif
membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti
tersebut. Ini adalah sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran
berasaskan komputeri. Dalam melaksanakan pengajaran perkakasan komputer
pelajar aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina
oleh pelajar dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick
(1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana
persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan
pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan
pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja amali.
Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan,
menganalisis dan mempersembahkan maklumat .
d) Teori
Andragogi
Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan
untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa.
Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan dijangka bertanggungjawab atas keputusannya.
Program pembelajaran orang dewasa seharusnya menampung aspek asas ini. Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang
corak pembelajaran:
a)
Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu
b) Orang dewasa perlu belajar
secara eksperimen.
c) Orang dewasa menganggap pembelajaran
sebagai penyelesaian masalah.
d Pembelajaran orang dewasa paling
berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.
Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu
berfokuskan lebih kepada proses
daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main
peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan
peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai pensyarah
atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang
dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam mencorak lahan organisasi .
Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam desain
latihan komputer peribadi:
a) Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi, operasi .
b) Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan -aktiviti pembelajaran harus dalam konteks di mana tugas- tugas dilakukan.
c)
Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan
dan aktiviti pembelajaran hendaklah disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman
penggunaan komputer yang berbeza.
Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar dewasa melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan berlaku. Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam (Deep Processing) yang menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat komponen dibangkitkan.
Prinsip-prinsip Andragogi adalah seperti beikut.
a) Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.
b) Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.
c) Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang segera dengan pekerjaan atau kehidupan peribadinya.
d) Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi kandungan
4.0 Konsep
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai kaitan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai beberapa ciri tertentu. Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi perkara berikut:
· konkrit kepada abstrak
· mudah kepada kompleks
· keseluruhan kepada bahagian
· umum kepada spesifik
· spesifik kepada umum
· dekat kepada jauh
· diketahui kepada belum diketahui
Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward
M.Anthony(1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki
dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan
yang dipilih. Teknik mengajar merupakan
kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa
digunakan ialah teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi,
latih tubi,penyoalan,sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan
pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat
pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar
supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar
perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar. Strategi bermakna kebijaksanaan
dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru
memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam satu-satu
pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan.
Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu
dipertimbangkan,antaranya ialah;
· Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran
· Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.
· Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran
· Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.
· Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.
· Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.
5.0 Kaedah
Dan Strategi Pengajaran Komputer Dalam
Pendidikan
Menurut Tg. Zawawi , terdapat beberapa amalan profesional yang
perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik ,antaranya ialah
a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna;
b) Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran;
c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik;
d) Membantu
pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi
pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian
menyediakan ruang untuk
pelajar belajar mengikut kadar kendiri;
e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.
f) Sumbangan
kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran bestari
yang boleh membantu proses pembelajaran
pelajar ke arah
akses kendiri.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan diamalkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran komputer . Antaranya strategi inovatif
yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh,
pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses
maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar
dari courseware eletronik dan komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan
kepada aspek konteks di dalam meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu,
aplikasi multimedia membolehkan pembelajaran dalam konteks digunakan untuk
mengajar pengetahuan dan kemahiran yang relevan. Ciri-ciri ini penting untuk
mewujudkan pembelajaran akses kendiri.
Dalam konteks pengajaran pembelajaran teknologi maklumat beberapa kaedah
dan strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diaplikasikan ,antaranya ialah,
a) Perbincangan
Perbincangan ialah kaedah dan strategi yang melibatkan aktiviti perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen asas komputer dan teknologi maklumat . Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas komputer dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan , ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan mengenai topik yang akan dibincangkan. Pelajar memainkan peranan dengan aktif memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan dan pada peringkat akhir rumusan dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru . Perbincangan dijalankan secara keseluruhan kelas. Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah dapat dimanafaatkan oleh guru dan pelajar,antaranya ialah
· Menggalakkan perkembangan mental pelajar di mana pelajar dapat
· memberikan idea mengenai tajuk asas komputer dan teknologi
· maklumat secara luas dan bebas,sistematik dan tepat.
· Pelajar dapat melatih diri berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan mereka mengenai tajuk dengan jelas.
· Pelajar dapat menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Kemahiran lisan dapat dapat diperkukuhkan.
d) Sumbangsaran
Sumbangsaran atau percambahan fikiran juga digunakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui aktiviti ini satu sesi perbincangan dilaksanakan yang membolehkan setiap pelajar mengemukakan pendapat dan idea terhadap satu tajuk . Melalui sumbangsaran ini ,pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi di antara empat hingga lima orang setiap kumpulan . bagi setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan dan ahli kumpulan akan menyumbangkan idea dan pandangan yang dicatat oleh seorang pelapor setiap kumpulan yang dibentuk.Topik-topik yang dipilih adalah yang terkandung dalam sukatan iaitu asas komputer dan teknologi maklumat da ianya sesuai dengan kebolehan pelajar . Sebelum menjalani sesi ini pelajar terlebih dahulu diberikan panduan oleh guru. Pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. Di samping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan masalah penting sesama mereka.
e) Tunjukcara
Tunjukcara merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Teknik ini juga dikenali sebagai demonstrasi. Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang disampaikan .Contohnya teknik tunjukcara ini dilaksanakan dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer dimana guru terlebih dahulu menentukan tajuk,objektif dan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. Alatan turut disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah tertentu . Guru melakukan tunjukcara membuka dan memasang komponen perkakasan komputer Semasa melakukan demonstrasi beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar untuk menarik perhatian mereka terhadap isi pelajaran dan menguji kefahaman mereka terhadap penyampaian guru . Beberapa bahagian utama dan penting akan dibincangkan dengan pelajar selepas tunjukcara, ini adalah untuk memastikan pelajar mengikuti setiap langkah yang diterangkan semasa demonstrasi tadi. Pelajar juga diberikan peluang untuk melakukan aktiviti demonstrasi seperti mana yang ditunjukkan oleh guru sebelum itu.
Teknik demonstrasi atau tunjukcara ini telah memberikan beberapa kebaikan dan kesan kepada pelajar,antaranya.
· Pelajar telah dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan tepat.
· Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya.
· Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar.
· Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar.
f) Projek
Tujuan kaedah ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain. Guru menyediakan tajuk projek dan pelajar akan memilihnya mengikut kesesuaian. Garis panduan disediakan dan merangkumi maklumat tentang :
· Tujuan projek
· Hasil yang akan diperolehi
· Prosedur-prosedur khusus yang mesti dipatuhi.
· Tarikh akhir menyiapkan projek.
Ativiti ini dijalankan selepas pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu secara berpasangan. Pelajar menjalankan beberapa kaji selidik mengenai penggunaan komputer oleh guru sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,pengetahuan guru-guru sekolah tentang jenis-jenis komputer dan perbandingan harga setiap komponen-komponen utama sistem komputer . Melalui projek ini pelajar telah membuat pemerhatian,mengumpul maklumat,menganalisis data serta membuat rumusan. Sebelum dilaksanakan projek ini, topik kajian telah ditentukan terlebih oleh guru. Tujuan dan langkah menjalankan kaji selidik telah ditentukan terlebih dahulu untuk memudahkan mereka membuat kajian. Bimbingan diberikan oleh guru dan hasil kaji selidik dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian selesai dijalankan.
Kaedah projek yang dilaksanakan ini telah memberikan kelebihan kepada pelajar,antaranya:
· Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri.
· Pelajar dapat menggunakan deria mereka untuk memerhati,menganalisis,mentafsir serta membuat rumusan.
· Pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di kelas dapat digunakan dalam situasi sebenar.
g) Pembelajaran koperatif
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
· saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
· saling berinteraksi secara bersemuka,
· akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
· kemahiran koperatif, dan
· pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Pengajaran rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting. Dalam kaedah ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan pelajar dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap pelajar diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, pelajar akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan pelajar. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
h) Pembelajaran Kolaboratif
Semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan
bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar.
Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti
bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang
didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran
secara kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih
bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan
menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak
langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan
dipelajari oleh pelajar.
i) Pembelajaran Anjal
Pengajaran dan pembelajaran modul
tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal
melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya
disamping mewujudkan jadual waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik guru
harus diambil kira perbezaan pelajar itu sendiri. Maka pembelajaran anjal
harus dilaksanakan diluar waktu pembelajaran kelas biasa.
j) Kaedah Menyoal
Kaedah menyoal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui kaedah ini pemikiran pelajar dirangsangkan dengan beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar. Melalui penyoalan ini pelajar perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :
· Mengingat semula fakta, prinsip atau generalisasi yang spesifik.
· Menunjukkan kefahaman dengan cara menyatakan atau menerangkan sesuatu .
· Menganalisis maklumat dengan cara mendapatkan hubungan baru antara idea,prinsip prinsip yang terlibat dan implikasi yang timbul.
· Mengsintesis maklumat dengan cara mencantumkannya dalam pelbagai cara
· Menilai maklumat dengan menggunakan kriteria tertentu sebagai alasan atau hujah.
Dalam penyoalan , aras penyoalan adalah mengikut tahap apa yang telah diletakkan dalam Taksonomi Bloom iaitu dari peringkat pengetahuan sehinggalah ke peringkat sintesis atau penilaian bergantung kepada kecerdasan pelajar. Bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif pelajar. Pelajar yang lemah akan diberi lebih banyak soalan berbentuk pengetahuan dan kefahaman. Pelajar cerdas, penumpuannya lebih kepada soalan aplikasi dan dan analisi. Sebagai contoh dalam tajuk Perkakasan Komputer, guru mengemukakan soalan aras pengetahuan di mana pelajar perlu mengetahui nama-nama komponen yang diperkenalkan dan kemudian memberi maklum balas apabila ianya disoal
k) Pembelajaran Kendiri
Melalui kaedah pembelajaran ini pelajar akan lebih berdikari di dalam
mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat khususnya dalam
memahami sesuatu tajuk yang . Menurut Rogers (1994)
pembelajaran kendiri adalah sama dengan perubahan dan pembesaran seseorang,
secara semulajadi semua manusia mempunyai keinginan untuk belajar. Malalui
pembelajaran kendiri ini, pensyarah hanyalah
bertindak sebagai fasalitator melaksanakan tugas-tugas seperti di bawah ,
· Membina suasana pembelajaran yang positif.
· Menjelaskan maksud pelajar.Menyusun dan membina sumber maklumat.
· Menyeimbangkan di antara komponen kecerdasan dan emosi.
· Berkongsi perasaan dan pandangan dengan pelajar dan bukan cuba untuk menguasainya.
Pembelajaran kendiri dapat dipraktikkan oleh
pelajar dalam pembelajaran asas perkakasan komputer. Contohnya pelajar
mendapatkan maklumat mengenai pelbagai jenis perkakasan komputer dan fungsinya
dari pelbagai sumber maklumat.
l) Penerapan Nilai-Nilai Murni
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa
kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Dalam pengajaran subjek Komputer Dalam
Pendidikan ini telah diterapkan dengan beberapa nilai murni agar
pelajar-pelajar dapat dibentuk ke arah yang positif. Nilai-nilai murni yang
akan diterapkan adalah seperti:
a) Berdikari
b) Bekerjasama
c) Tepati masa
d) Sabar
Penerapan
nilai murni di atas dapat diterapkan secara tidak langsung dalam beberapa
aktiviti pengajaran pembelajaran.Contohnya dalam aktiviti kumpulan melakukan proses membuka dan memasang
komponen komputer serta mengenali fungsi perkakasan komputer , pelajar akan
bekerjasama dan melakukan aktiviti yang ditetapkan dengan penuh minat dan
sabar, disamping mengikut jangkamasa yang ditetapkan untuk menyiapkan sesuatu
aktiviti.
m) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kritis ialah
proses menggunakan minda untuk menilai, meneliti dan membuat pertimbangan
mengenai sesuatu idea, isu, masalah atau fenomena berdasarkan bukti-bukti yang
ada. Pengajar hendaklah memasukkan aspek-aspek kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran . Ia akan menyebabkan pelajar-pelajar terangsang
dengan pengajaran dan pembelajaran agar objektif perisian boleh dicapai. Dalam
kemahiran berfikir, antara perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti
membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, menyusul periksa
andaian dan membuat ramalan.
n) Pembelajaran Aktif
Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar
bukan sahaja belajar dari dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat
menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapatkan maklumat
yang diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses kendiri. Pelajar digalak
untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap
pencapaian yang cemerlang.
RUJUKAN
Arbak Othman .1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Arif Sukardi. 1987. Prinsip-Prinsip(Teori) Pembelajaran. Www.Ut.Ac.Id/Ol-Supp/Fkip/Pgsm3803/ . (20 Dis 2000).
Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin .1988.Pedagogi Bahasa. Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington .1970. Participation In Learning. London.
Kementerian Pendidikan Malaysia.1998. Buku
Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari.
Kuala Lumpur:
Kemp, Jennold E .1987. Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk
menggubal Unit Dan Kursus.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Knowles, M. 1975. Self-Directed Learning. Chicago: Follet.
Knowles.1984. Andragogy in Action. San Francisco.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .1995. Pengajaran Dalam Bilik Darjah. Kaedah Dan Strategi. Masa Enterprise,Kajang.
Tang, Chee Yee .1988.Panduan Latihan Mengajar . Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Tengku Zawawi B Tengku Zainal. ( Tanpa Tarikh). Kuirkulum
Matematik Sekolah Bestari.
www.mpkt.edu.my/kurimath_bestari.html
Thompson, Brenda .1974. Learning To Teach. London.