GE 6353 :Tugasan 1   Asas Pendidikan Komputer


Tinjauan  Perlaksanaan Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP 14 Minggu)  Komputer 
Dalam Pendidikan Di Maktab Perguruan

 

1. 0  Pendahuluan


Perkembangan Teknologi Maklumat mempunyai impak yang menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan manusia termasuk bidang pendidikan. Selaras dengan wawasan 2020 dan projek msc untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat maklumat terkemuka,maka bidang pendidikan tidak ketinggalan turut sama menjayakan wawasan ini melalui peningkatan penerapan budaya Teknologi Maklumat  untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan pelbagai usaha telah dilakukan supaya pelajar dan pendidik celik teknologi maklumat  serta mahir menggunakan komputer. di antara usaha ini ialah melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran berbantukan komputer di peringkat sekolah . kejayaan dan keberkesanan aktiviti – aktiviti ini  bergantung kepada kemampuan guru pelatih menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Langkah Malaysia untuk mengamalkan pendemokrasian pendidikan dibuat melalui dasar " pendidikan untuk semua" . dasar ini dilaksanakan di sekolah dalam negara ini dengan menyediakan satu kurikulum yang sama untuk semua pelajar. dengan kemajuan dalam bidang teknologi, pelaksanaan dasar pendidikan untuk semua dapat diperkemaskan lagi dengan mengambil kira keupayaan pelajar yang pelbagai. penggunaan teknologi dapat mengoptimumkan pengajaran pembelajaran. Pembangunan negara yang pesat memasuki era teknologi maklumat membawa bersama cabaran kepada usaha untuk membentuk masyarakat madani. selain perlunya perkembangan minda yang sihat dan pemikiran global, penekanan yang sama harus diberikan kepada perkembangan sahsiah, akhlaq dan budaya supaya tercapai hasrat untuk menjadi sebuah negara maju secara menyeluruh.

                Bahagian Pendidikan Guru telah diberi tanggungjawab  melatih guru-guru sekolah supaya mereka berkebolehan mengendalikan aktiviti-aktiviti PPBK di sekolah dalam  usaha  memberi sumbangan ke arah peningkatan kualiti pendidikan negara . Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ,Kementerian Pendidikan Malaysia  telah melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan Komputer Dalam Pendidikan selama 14 minggu menerusi Institut dan Maktab Perguruan Di Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar pendidikan komputer di sekolah-sekolah di Malaysia. Guru-guru berkenaan diberikan latihan intensif dalam penguasaan dan kemahiran komputer disamping meningkatkan kemahiran kreativiti dan penggunaan teknologi maklumat . Kurikulum KDP 14 minggu Komputer Dalam Pendidikan hasil daripada usahasama pegawai-pegawai kurikulum BPG ,pensyarah-pensyarah maktab perguruan dan agensi-agensi lain.

 

2.0       Matlamat Dan Objektif Kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan

Mengikut draf kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)14 minggu  Perkomputeran (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan  Malaysia, 2000), kursus ini bertujuan untuk :

a)         menyediakan guru yang celik Teknologi Maklumat
b)         memberi kemahiran penggunaan komputer kepada pendidik
c)         melatih guru-guru sekolah supaya mereka berkebolehan melaksanakan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran Berbantukan Komputer di sekolah.

Objektif matapelajaran ini  diperkenalkan adalah bagi membolehkan pelajar
a)         mengkaji, mengguna dan memahami sistem dan persekitaran yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
b)         membina pengetahuan tentang prinsip dan proses teknologi maklumat.
c)         mengenalpasti serta meneroka keperluan dan peluang yang boleh ditangani melalui teknologi maklumat.
d)         menjana idea bagi memajukan teknologi berkaitan dengan keperluan yang dikenal pasti.
e)         menggunakan  teknologi maklumat dengan berkesan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
f)          menyedari implikasi penggunaan teknologi maklumat terhadap masyarakat dan kehidupan harian.
g)         menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam memajukan masyarakat.


3.0    Kandungan Kurikulum (KDP) 14 minggu Komputer Dalam Pendidikan .

Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut    Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan  pelajar  yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Dalam pendidikan komputer , prinsip pembelajaran  adalah  melalui  pembelajaran dilaksanakan melalui penggunaan komputer. Alat elektronik seperti komputer boleh digunakan dalam bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional. Komputer adalah satu alat elektronik yang boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan arahan dalam susunan yang lojik. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah  sebagai alat  untuk mencapai objektif yang ditentukan. Bila kita merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran di Malaysia ketika ini. Internet adalah satu fenomena yang membentuk sejarah baru penggunaan komputer dalam pendidikan. Kalau dulu, komputer hanya digunakan untuk pemprosesan data, kini dengan adanya Internet, komputer menjelma sebagai satu alat serbaguna untuk kegunaan multimedia, komunikasi, hiburan, penyelidikan, storan maklumat dan alat pengajaran dan pembelajaran yang canggih. Komputer sebagai satu teknologi, perlu dilihat kepada aktiviti spesifik yang menggunakan teknologi itu dan apa yang dapat disumbangkan oleh teknologi kepada pengguna.

       Struktur dan kandungan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu komputer  dalam pendidikan memfokuskan topik pengajaran dan pembelajaran  seperti berikut :

 a)  Asas  Komputer

Kandungan bahagian ini  menekankan penguasaan  pelajar  terhadap

            a.    Kemahiran Teknologi Maklumat
            b.    Kemahiran secara kritis dan kreatif
            c.    Kemahiran Belajar
            d.    Kemahiran Mentaksir dan Menilai
            e.    Pengurusan Pembelajaran Bestari
 

b)   Komputer Dalam Pendidikan

Kandungan bahagian ini menekankan kepada penguasaan terhadap   pengetahuan   asas  dan kemahiran  mengenai  sistem komputer secara umum dan asas rangkaian   komputer.  Bahagian ini mengandungi tajuk seperti berikut.

a.     Perkembangan  Komputer Dan   Teknologi Maklumat
b.     Komputer Dalam Pendidikan
c.     Pekakasan Dan Perisian Komputer

   
Melalui Tajuk Perkakasan Dan Perisian Komputer  pelajar akan mempelajari  kandungan matapelajaran yang   meliputi ,

a.     Pengenalan kepada komponen komputer dan  fungsinya .
b.     Menanggal dan memasang semula komponen komputer .
c.     Mengesan kerosakan dan pengunaan   perisian ultiliti. kongfigurasi sistem komputer.
d.     Penyediaan perisian
e.     Penyediaan sistem rangkaian.
 f.     Pengurusan dan penyenggaraan  perkakasan.

       
Penulis berpendapat pembelajaran dan pembelajaran  kandungan bahagian ini  memberikan  kesempatan kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran menguruskan komputer di sekolah , mendedahkan para pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan komputer di sekolah yang merangkumi perkara berikut,
         i.   merancang,menyelaras dan melaksana aktiviti Teknologi Maklumat  di sekolah.
        ii.  menyediakan makmal komputer.
       iii.  aspek keselamatan makmal komputer.
             Penulis  berpendapat melalui tajuk Perkakasan Dan Perisian Komputer , pelajar akan berikan  pengetahuan dan kemahiran mengenai  komponen dan keperluan perkakasan dan perisian  untuk menghasilkan sistem komputer  dan rangkaian komputer di sekolah.Disamping itu pelajar juga akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran  asas penyenggaraan sistem komputer .  Melalui matapelajaran ini pelajar dapat mengenalpasti komponen-komponen utama sistem komputer dan fungsinya. Aktiviti amali menyenggara sistem komputer dan rangkaian komputer juga akan memberikan pengalaman secara langsung kepada pelajar.    Kurikulum Komputer Dalam Pendidikan juga menekankan penggunaan Internet dalam pendidikan yang juga merupakan salah satu daripada amalan  yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer Oleh sebab itulah matapelajaran   Internet dalam pendidikan diperkenalkan dalam kurikulum ini. Melalui matapelajaran ini diharapkan para pelajar  dapat pengetahuan tentang  

    a.     Kegunaan Internet.
    b.     Keperluan perkakasan dan perisian dalam Internet
    c.    Penggunaan Internet dalam pendidikan
    d.     Kemahiran mencari dan menyimpan  maklumat dalam Internet.
    e.     Isu-isu semasa berkaiatan dengan Internet.
             Pendedahan mengenai pengetahuan dan kemahiran tentang laman web dan pembinaan laman web peribadi secara professional juga memberikan satu impak yang bermakna kepada pelajar yang mengikuti kursus ini .Ini dapat dilihat melalui kandungan topik ini yang menekankan penguasaan pelajar terhadap beberapa aspek,antaranya ialah pelajar dapat

    a.     mengenal contoh-contoh laman web
    b.     mengenalpasti contoh-contoh perisian yang  berkaitan.
    c.     membuat pemilihan  grafik dan muzik bersesuaian

   
4.0       Perlaksanaan  Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu   Komputer Dalam Pendidikan.

Prinsip pembelajaran berasaskan komputer  akan memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dalam persekitaran pendidikan seperti berikut (Yusup & Razmah, 1999). ·
a)         menggalakkan pelajar mencari, mengakses, mengguna dan menilai maklumat menggunakan teknologi multimedia.
b)         menggalakkan pelajar menggunakan jaringan maklumat seperti Internet
c)         membekalkan pembelajaran maya
d)         menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif
e)         memupuk perkembangan pelajar ke arah pemikiran analitik dan kreatif, berkebolehan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
f)          menggalakkan pembelajaran arah kendiri
g)         mewujudkan amalan belajar mengikut kadar kebolehan masing-masing.
           Pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer  merujuk kepada penggunaan komputer  sebagai bahan atau alat pengajaran dan pembelajaran. Tujuan penggunaan komputer di dalam bilik darjah adalah untuk membantu guru mengajar dengan lebih berkesan. Aplikasi komputer untuk tujuan ini dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran yang disepadukan komputer. Pengajaran dan pembelajaran diuruskan komputer menggunakan sistem komputer dan multimedia untuk mendapatkan dan menguruskan maklumat mengenai pelajar dan sumber-sumber pembelajaran bagi menyediakan pengajaran individu yang lebih baik (Faridah, 1998). Program-program ini berfungsi membolehkan pengguna menyelesaikan tugas-tugas tertentu seperti program-program pengurusan pengkalan data dan lembaran elektronik. Dalam erti kata yang lain, guru boleh menggunakan program-program komputer dalam membantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Pengajaran pembelajaran KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan menekankan pembelajaran  kendiri yang bersifat kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri. Contohnya  daalam penyampaian pengajaran pembelajaran , para fasilitator menggunakan pelbagai strategi antaranya syarahan, tunjuk cara, pembelajaran koperatif, perbincangan, sumbang saran, projek, pembelajaran  berbantukan teknologi dan lain-lain. Strategi yang dipilih oleh fasilitator bergantung kepada jenis pengetahuan atau kemahiran yang ingin disampaikan. Topik –topik yang melibatkan pembelajaran isi kandungan biasanya disampaikan secara syarahan,  perbincangan kumpulan, pembentangan kumpulan dan laina-lain. Topik yang menekankan pembelajaran kemahiran contohnya kemahiran penggunaan komputer  , penyenggaraan perkakasan biasanya disampaikan secara tunjuk cara, sesi praktik, penerangan atau pembelajaran  modul. Penulis berpendapat , pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa bimbingan guru. 
           Menurut Tengku Zawawi ,dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa amalan profesional yang perlu dikuasai dan dihayati antaranya ialah :

a)         Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran yang bermakna

b)         Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses
            pengajaran pembelajaran.

c)         Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan kemahiran generik.

d)         Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan  
            kemudian menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri.

e)         Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.

f)          Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej pembelajaran  yang boleh membantu proses pembelajaran
           pelajar ke arah akses kendiri.

             Aspek kemudahan ,beberapa prasarana telah  disediakan untuk melaksanakan  pengajaran dan pembelajaran  KDP  ini yang meliputi  bilik sumber teknologi maklumat,makmal komputer ,pusat sumber  serta kemudahan Internet  dan intranet. Penulis beranggapan kemudahan-kemudahan ini  adalah baik dan mencukupi untuk  melaksanakan  proses pengajaran dan pembelajaran .Tiga buah makmal komputer dibuka untuk penggunaan peserta kursus. Makmal pertama mempunyai 25 buah komputer,  sebuah skrin dan  projektor. Makmal kedua menyediakan kemudahan Internet dan makmal ketiga dilengkapkan dengan kemudahan intranet. Selain dari itu, modul pembelajaran kemahiran generik termasuk kemahiran teknologi  maklumat, silabus KDP dan buku panduan pelaksanaan kursus juga disediakan. Peserta kursus juga boleh mendapatkan  bahan rujukan daripada Pusat Sumber Institut dan Internet.

                 Sesi interaksi bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 1.30 tengah hari setiap hari. Setiap pagi, 10 minit diperuntukkan untuk peserta membuat refleksi bersama-sama dengan pensyarah   mereka. Dalam sesi tersebut, peserta diberi peluang untuk menimbulkan pelbagai masalah yang dihadapi serta komen tentang pengendalian kursus. Sesi petang pula bermula pada 2.30  petang dan berakhir pada 3.30 ptg atau  4.30 petang bergantung pada ketetapan jadual.  Bagaimanapun, hanya minggu dan hari tertentu sahaja sesi interaksi petang diadakan  .Berdasarkan jadual waktu KDP tersebut, aktiviti pembinaan pakej pembelajaran bermula pada minggu kedua hingga minggu kelapan.  Penulis berpendapat dengan menggunakan  bahan  multimediaseperti CD-ROM  dalam pengajaran pembelajaran Komputer Dalam Pendidikan ini telah dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar . Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih banyak data dan maklumat , malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu.

              Salah  satu aspek  penting dalam kurikulum KDP 14 minggu Komputer Dalam Pendidikan ini ialh aspek penilaian kemajuan pelajar .Penilaian merupakan satu elemen penting untuk menentukan tahap penguasaan, kemahiran dan penghayatan. Maklumat tentang tahap penguasaan pelajar menjadi petunjuk untuk membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran seterusnya.  Alat-alat dan perkaedahan penilaian yang digunakan  dapat mengukur dengan tepat kebolehan dan keupayaan pelajar. Kriteria penilaian  Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan dibuat berdasarkan perkara  berikut.

a)   Penilaian Berterusan

Penilaian berterusan dijalankan untuk mempastikan pelajar benar-benar sudah menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dikehendaki (mastery learning). Penilaian berterusan dapat mengenal pasti tahap penguasaan pelajar supaya kelemahan pelajar diatasi dan tidak terhimpun sehingga akhir pembelajaran.  Penilaian  berterusan penguasaan kemahiran dan pengetahui mengenai perkakasan komputer dilakukan melalui beberapa aktiviti teori dan amali disepanjang  tempoh kursus. Di antaranya ialah melalui soalan-soalan kuiz, ujian objektif mengikut  topik yang dipelajari, hasil tugasan pelajar dan aktiviti-aktiviti latihan amali yang dijalankan secara berterusan.

(c) Penilaian Berasaskan Elemen Subjek

Setiap subjek (mata pelajaran) mengandungi pelbagai elemen, selain daripada pengetahuan dan kemahiran. Elemen-elemensesuatu subjek diberi penekanan untuk menilai sama ada pelajar benar-benar mengetahui dan menguasai subjeknya.Misalnya  dalam subjek perkakasan komputer  elemen-elemen seperti  jenis dan fungsi komponen komputer,  komponen yang terdapat pada papan induk, membuka dan memasang komponen komputer, pengurusan cakera keras,   mengetahui dan membuat jangkaan untuk membaiki kerosakan komputer. 

(d) Penilaian Proses Di Samping Penilaian Hasil

Proses yang diambil untuk menghasilkan sesuatu projek  juga  dinilai. Penilaian  dibuat  dengan  mengambilkira prosesnya. Sebagai contoh  seseorang pelajar dikehendaki membuat  tinjauan mengenai jenis perkakasan  sistem komputer tekini yang berada di pasaran serta mencari senarai perbandingan harga di tiga buah negeri . Pengajar bertindak sebagai penyelia, penilaian  akan dibuat dari mula melaksanakan perancangan hinggalah tamat tempoh praktikalnya.

 
5.0       Masalah Dan Cadangan  Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu  Komputer Dalam Pendidikan.

a)    Kandungan Kurikulum  
Dari aspek kandungan kurikulum, penulis berpendapat  kandungan kurikulum KDP 14 minggu Komputer Dalam Pendidikan ini telah  merangkumi aspek-aspek  pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan melayakkan guru-guru berkenaan menjadi  tenaga pengajar komputer di sekolah. Ianya juga menepati kehendak matlamat dan objektif kurikulum ini diperkenalkan. Ini boleh diperhatikan daripada  kandungan kurikulum yang mengandungi aspek aspek berikut. .

i.          kandungan kursus
ii.          strategi pengajaran pembelajaran
iii.         bimbingan dan penilaian
iv.         prasarana kursus
v.         perlaksanaan amali


b)         Tempoh  masa perlaksanaan kursus

Penulis berpendapat tempoh perlaksanaan kursus selama 14 minggu juga perlu diberikan perhatian memandangkan jangkamasanya agak singkat  berbanding dengan jumlah input dan tugasan yang banyak dan perlu diselesaikan dalam  tempoh 10 minggu . Kebanyakan peserta akan mengalami kesuntukan masa dan tertekan  kerana banyak masa diperlukan untuk mempelajari kemahiran asas dalam komputer.  Kebanyakan peserta KDP ini juga mengalami masalah  menguasai kemahiran teknologi maklumat yang rendah.Ini disebabkan latarbelakang pengetahuan dan kemahiran komputer yang lemah menyebabkan mereka sukar untuk menguasai sesuatu kemahiran dalam jangkamasa yang cepat.


b). Tenaga Pengajar
 Salah satu kekangan yang begitu ketara dalam melaksanakan kurikulum ini ialah masalah kekurangan kepakaran dan kemahiran di kalangan pensyarah/fasilitator yang terlibat mengendalikan kelas ini.  Pada asasnya, untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran komputer dalam pendidikan , seseorang pengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang  baik. Tambahan pula jumlah atau bilangan  tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkebolehan  dalam bidang ini sangatlah tidak mencukupi tidak  mencukupi. Sebahagian besar tenaga pengajarnya adalah bukan dalam bidang komputer atau teknologi maklumat. Kebanyakan adalah daripada bidang lain yang tidak ada kena mengena dengan bidang komputer seperti matematik,fizik, sejarah dan sebagainya  Akibatnya perlaksanaan kurikulum menghadapi masalah di mana pelajar tidak dapat menerima input yang luas dan berkesan , penyampaian pengajaran tidak mencapai  standard yang ditentukan, penguasaan kaedah penagajaran yang lemah  dan yang  mebimbangkan ialah  proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disempurnakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta ketelusan dalam aspek penilaian terhadap pelajar .  Untuk mengatasinya , penulis berpendapat amat perlu kepada tenaga pengajar atau guru yang mempunyai kelayakan ikhtisas dalam bidang komputer disamping pengalaman dan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi.


c). Peralatan Komputer Untuk Aktiviti Amali
Kekurangan komputer untuk aktiviti amali , contohnya dalam melaksanakan aktiviti  membuka dan memasang komponen komputer.  Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tajuk ini pelajar tidak dibenarkan untuk membuka atau menggunakan  komputer yang terdapat dalam makmal komputer.  Untuk mengatasinya , digunakan tunjuk cara atau demonstrasi proses memasang dan menanggalkan komponen komputer kepada pelajar.  Ini sudah tentu kurang berkesan kerana pelajar tidak mendapat pengalaman melakukan secara sendiri. Disamping itu juga bilangan atau jumlah komputer yang mencukupi amatlah diperlukan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar. Sehubungan dengan itu perlu kepada penambahan jumlah komputer teknologi terkini di setiap makmal komputer yang ada.


d).  Tempoh Masa Amali
Kekangan masa juga antara yang menjadi faktor utama yang menghalang penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuka dan memasang komponen komputer ini. Jumlah masa  dalam satu sesi pengajaran  hanyalah 2 jam. Ini sudah pasti tidak memberikan ruang yang cukup kepada pelajar untuk mencuba kerana aktiviti amali ini memerlukan masa yang  panjang. Adakalanya sesuatu topik terpaksa diulang beberapa kali bagi mempastikan setiap pelajar dapat menguasainya dengan sebaik mungkin. Keadaan ini memberikan kesan terhadap penguasaan kemahiran  terhadap beberapa aspek yang perlu dikuasai oleh pelajar. Tempoh kursus yang pendek iaitu selama 14 minggu juga perlu dilihat semula. Tempoh yang singkat ini  menyebabkan pelajar mengalami kekangan masa untuk menerima input dan menyiapkan tugasan serta latihan praktikum yang perlu dilaksanakan . Pelajar yang kurang mahir menggunakan komputer juga terpaksa mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru.


e). Bahan-Bahan Rujukan 
Terdapat juga kekurangan dan kesukaran mendapatkan buku-buku dan bahan bahan rujukan lain bagi Teknologi Maklumat dalam Bahasa Malaysia. Bukan itu sahaja , bahan-bahan bantu mengajar lain dalam bentuk CD ROM juga amat berkurangan ,kalau adapun dalam versi bahasa Inggeris dan perisian tersebut tidak sesuai untuk tujuan pengajaran  Keadaan ini sedikit sebanyak membataskan pembacaan dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran Teknologi Maklumat di kalangan pelajar. Oleh sebab itulah perlu diperbanyakkan buku-buku atau jurnal serta majalah dalam bahasa Malaysia dengan mewujudkan Pusat Sumber di peringkat unit atau jabatan yang mengendalikan kursus komputer dalam pendidikan. Penguasaan Bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan lagi dikalangan pelajar .Oleh  kerana buku rujukan teknologi maklumat dalam Bahasa Inggeris mempunyai perbendaharaan kata yang teknikal, maka pelajar seharusnya diwajibkan menggunakan sumber rujukan yang bersesuaian dalam Bahasa Inggeris khususnya melayari  laman-laman web tertentu yang menyediakan sumber maklumat berkaitan dengan penggunaan komputer dalam pendidikan. Disamping itu juga membuat beberapa rujukan dalam Bahasa Inggeris.

 

f)  Kerosakan Komputer   
Penggunaan komputer yang aktif dan berterusan di kalangan pelajar  dan tidak adanya satu sistem penyenggaraan yang baik  terhadap komputer  telah menyebabkan berlaku kerosakan pada  perkakasan dan perisian  komputer di beberapa makmal utama  yang sering digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran komputer. Masa yang agak  lama diambil untuk membaiki kerosakan yang berlaku pada sistem komputer. Ini disebabkan beberapa prosedur tertentu perlu diikuti sebelum pihak vendor atau syarikat tertentu datang untuk membaikinya. Tambahan pula kebanyakan sistem komputer yang selalu mengalami kerosakan  adalah komputer yang  telah  usang  dan perlu diganti . Melihat pada keadaan ini , amatlah penting para  guru dibekalkan dengan kemahiran yang tinggi dalam bidang penyenggaraan komputer khususnya dalam aspek baikpulih, mengesan kerosakan dan membaiki serta menggantikan komponen perkakasan dan perisian komputer yang bermasalah dan mengalami kerosakan.  Ini  adalah penting kerana setiap komputer yang ada dalam makmal komputer perlu dipastikan dalam keadaan sihat dan boleh digunakan pada bila-bila masa untuk mempastikan proses pembelajaran dapat dilakukan dengan lancar tanpa sebarang gangguan kerosakan pada sistem komputer

Untuk memastikan perlaksanaan kursus KDP 14 minggu ini dilaksanakan dengan baik dan lancar penulis  beberapa saranan perlu diberikan perhatian,antaranya ialah

a)         Pemilihan peserta untuk mengikuti kursus ini perlu disyaratkan hanya kepada guru yang telah mempunyai asas komputer terutamanya yang telah mempunyai kemahiran menggunakan beberapa perisian aplikasi seperti  Microsoft Office , Microsoft Excel  dan  Microsoft Powerpoint . Ini adalah untuk mengelakkan masalah peserta banyak menghabiskan masa untuk  belajar dan menguasai  kemahiran asas menggunakan perisian perisian  tersebut.

b)         Tempoh perlaksanaan kurikulum KDP 14 minggu komputer dalam pendidikan ini haruslah dilanjutkan kepada satu semester pengajian. Ini adalah penting untuk memberikan masa yang sesuai kepada peserta untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran disamping dapat menyempurnakan tugasan dan projek yang dilaksanakan dalam kursus ini.

c)         Bahan-bahan rujukan terkini beserta dengan bahan bantu mengajar lain seperti perisian pendidikan dalam bentuk CD ROM, makmal komputer tekini dan  beberapa contoh modul pembelajaran perlu disediakan dengan secukupnya untuk membolehkan fasilitator dan peserta menggunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


d)         Tenaga pelajar terlatih dan berkelayakan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang komputer dan teknologi maklumat ini perlu disediakan secukupnya. Ini amat penting untuk memastikan perlaksanaan kurikulum ini memenuhi kehendak  kurikulum itu sendiri dan juga  menepati  objektif dan matlamat  asal KDP 14 minggu.


e)         Masa yang lebih perlu diperuntukan kepada aktiviti amali penyenggaraan perkakasan dan perisian komputer khususnya aktiviti menanggal dan memasang komponen komputer,baikpulih dan mengenalpasti masalah komputer  .  Bahagian ini penting untuk menyediakan guru dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran  membaikpulih komputer terutamanya apabila mereka berkhidmat semula di sekolah nanti  Di samping itu, seorang pembantu makmal yang mahir dalam penyelenggaraan  perlu disediakan bagi membantu kerja-kerja penyenggaraan komputer di makmal komputer.


6.0  Penutup

Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan ini telah disediakan dengan mengambilkira keperluan dan juga persediaan guru di sekolah untuk  melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran  menggunakan  berbantukan komputer. Penguasaan ilmu pengetahuan dan ketrampilan Teknologi Maklumat  yang baik  menyebabkan  proses pengajaran dan pembelajaran akan berubah dan dapat dilaksanakan dalam satu suasana yang lebih baik dan menarik  serta memberikan kesan terhadap pelajar. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan juga sebenarnya akan mengubah cara manusia bekerja.
 
 



RUJUKAN
 

Ab. Rahim Selamat .1989. Teknologi Sistem Pengajaran.Petaling Jaya. Fajar Bakti
 

Kamariah Abu Bakar, Sabihah Elias. 1997. Perlaksanaan Pengajaran. Longman.Kuala Lumpur

 

Kementerian Pendidikan Malaysia.1998. Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur:
 

Kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan  Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru.


Marsh,C.& Wills,G. 1993. Curriculum Alternative Approaches,Ongoing Issue.London.Prentice Hall International.

 

Musa b. Daia, 1992. Kaedah dan Teknik Pengajaran. Badan Bookstore Sdn. Bhd.Johor Bahru.

 

Sallehuddin Salim. 1997. Pendidikan Dalam Era Teknologi Maklumat. Dewan Masyarakat, April: 44 - 45.

 

Suradi Salim.1989 . Meninggikan Keberkesanan Kuliah dalam Jurnal Masalah Pendidikan.Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.Kuala Lumpur.

 

Zoraini Wati Abas .1999. Smart Schools Without Computers. New Straits  Times Life & Times, (8)
 

Laman Web

Kementerian Pendidikan Malaysia .Pusat Perkembangan Kurikulum.Kuala Lumpur.
http://kdp.ppk.kpm.my/
https://members.tripod.com/Bobezani/teknik.htm