Tugasan 5

Reka Bentuk PPBK

1.0       Pendahuluan

 

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer berlaku apabila pembelajaran dilaksanakan melalui penggunaan komputer atau sistem multimedia . Alat seperti komputer dapat digunakan dalam bilik darjah untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran konvensional. Komputer adalah satu alat elektronik yang boleh menyimpan arahan dan data dalam memorinya dan melaksanakan arahan dalam susunan yang logik. Istilah multimedia pula merujuk kepada penggunaan komputer berkombinasi dengan pelbagai sistem media lain termasuk teks, grafik, animasi, bunyi dan video (Halimah et al.,1996). Multimedia merupakan satu cara bagaimana komputer dijadikan lebih bersesuaian dengan proses kognitif manusia di mana pelbagai maklumat disampaikan dalam pelbagai format.

 

2.0       Struktur   Pedagogi  Perisian Kursus PPBK

 

Dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ada lima  komponen penting yang menjadi pendekatan kepada penggunaan perisian iaitu latih tubi, permainan pendidikan, menyelesai masalah, tutorial dan simulasi. Menurut Zoraini (1993) pula terdapat 6 jenis komponen yang menjadi pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer iaitu latih tubi, permainan pendidikan, menyelesai masalah, tutorial, simulasi dan ujian. Walau bagaimanapun tumpuan hanya diberikan kepada 4 jenis pendekatan iaitu tutorial, simulasi, latih tubi dan permainan pendidikan.

Dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran PPBK bertajuk Perkakasan Komputer ini pengkaji  pendekatan tutorial .


2.1       Struktur Pedagogi Tutorial


Perisian kursus tutorial merupakan satu platform kepada persekitaran pembelajaran yang lebih canggih dengan menggunakan unsur-unsur multimedia Di samping itu mampu menyediakan situasi pembelajaran yang interaktif bersesuaian dengan tahap kemampuan pelajar. Ia juga berupaya menyimpan rekod pencapaian setiap pelajar. Pendekatan tutorial direkacipta untuk menyampaikan bahan pengajaran baru dalam langkah-langkah kecil yang tersusun. Program ini juga bertujuan mengambil alih peranan pengajar atau guru dan mengajar pelajar secara langsung.  Program tutorial yang efektif mempunyai ciri-ciri berikut:
a)  Menghadkan jumlah maklumat yang disampaikan pada masa tertentu.
b)  Mengulangkaji maklumat baru yang dipelajari.
c)  Memberi maklumbalas pembetulan.
d)  Mempunyai komponen pengurusan yang mengawas kemajuan pelajar di  
     setiap tahap pembelajaran.

 

Pedagogi jenis tutorial akan digunakan dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran perisian PPBK bertajuk  Asas Perkakasan Komputer .Pedagogi tutorial berfungsi sebagai pengajaran individu untuk membolehkan pelajar memahami konsep-konsep mengenai komponen utama perkakasan komputer. Pelajar akan melibatkan diri secara aktif untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih bermakna.  Melalui pendekatan ini,pelajar  akan belajar mengikut kemampuan sendiri, ini menjadikan proses pembelajaran lebih anjal dan pelajar dapat belajar secara aktif. Maklumbalas  akan diberikan bergantung kepada respon pelajar, program tutorial bergerak ke tahap lebih tinggi dengan bahan yang lebih sukar dan ke tahap yang lebih rendah dengan bahan yang senang. Respon yang salah akan dibetulkan dengan segera melalui maklumbalas.  Dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan ini , pelajar akan didedahkan dengan maklumat dan isi pembelajaran. Pengajaran isi-isi kandungan akan disokong dengan soalan-soalan dan latihan. Pelajar akan dibimbing semasa menggunakan perisian ini. Oleh itu, pendekatan jenis tutorial dirasakan amat sesuai digunakan  dalam perisian PPBK.

 

 

 

 


Text Box: Penutup                                                                                                                       

 

 



Rajah 1:  Struktur Pedagogi Tutorial

 

Berdasarkan rajah 1 di atas, struktur pedagogi tutorial yang akan digunakan bagi perisian kursus ini berasaskan kepada perkara berikut.

i)          Permulaan perisian ini dimulakan dengan sesi pengenalan yang akan memaklumkan kepada pengguna tentang tujuan dan cara sesuatu bahan itu akan dipersembahkan. Bahagian ini juga turut akan menjelaskan tajuk kandungan perisian dan  objektif pengajaran dan pembelajaran hendak dicapai. Pelajar dapat mengetahui dan memahami  akan tujuan serta isi kandungan yang akan dipelajari .

ii) .       Pada bahagian persembahan maklumat , semua maklumat akan dipersembahkan dan diberikan penjelasan.Bahagian ini  akan memuatkan kandungan  tajuk yang akan diikuti oleh pelajar  untuk memperoleh pengetahuan serta kemahiran-kemahiran tertentu.

iii)         Soalan-soalan akan dikemukakan untuk menyediakan satu aktiviti dan latihan kepada pelajar dan pelajar akan memberikan respon atau tindakbalas . Proses ini boleh diulang seberapa banyak kali yang dikehehdaki bergantung kepada tahap kecerdasan pelajar dan tujuan penggunaannya.

 

iv. .       Perisian  ini akan menilai  langkah penyelesaian pelajar  dan akan memberikan maklumbalas begi meningkatkan kefahaman pelajar. Maklumbalas diberikan dengan positif dalam bentuk  teks dan audio. Pelajar akan menilai samada apa yang telah dipelajari dapat benar-benar dikuasai atau sebaliknya.

e.         Maklumbalas

Proses maklumbalas akan dilakukan oleh pelajar secara kendiri. Pelajar juga mempunyai peluang untuk mengulangi semula  latihan.
 

e.         Penutup

Bahagian akhir  proses pengajaran dan pembelajaran akan memaparkan pencapaian pelajar untuk tindakan seterusnya.

 

Struktur  Pedagogi Tutorial  dilaksanakan  dengan menampakkan ciri-ciri berikut dalam merekarekabentuk  perisian PPBK ini.


a)         Penggunaan unsur-unsur multimedia yang lebih efektif untuk menarik minat pelajar menggunakan perisian ini. Dalam perisian PPBK ini penggunaan unsur multimedia dapat dikesan melalui penggunaan

i.          Penggunaan grafik seperi imej dan gamba perkakasan komputer seperti komponen papan induk , cakera keras dan Unit pemprosesan Pusat akan  dapat menerangkan konsep-konsep tertentu serta memboloehkan pelajar cepat mengenali ,memahami dan membuat perkaitan antara  satu komponen dengan komponen yang lain.

ii.          Animasi merupakan salah satu unsur yang menarik digunakan dalam pendekatan ini dan ianya bersesuaian dengan pendekatan yang digunakan.

iii.         Audio akan digunakan bagi membantu memberikan penerangan beberapa maklumat penting , contohnya tentang panduan untuk membaikpulih komputer,fungsi beberapa komponen utama sistem komputer dan sebagainya dalam perisian ini. Penggunaan audio atau kesan bunyi ini dapat membantu pengguna cepat memahami sesuatu tanpa bergantung terus kepada penggunaan teks.

iv.         Teks merupakan unsur yang paling banyak digunakan dalam perisian ini. Penggunaan teks dapat menerangkan sesuatu topik  yang dipaparkan pada skrin. Penggunaan hyperteks dapat membantu pengguna mempelajari sesuatu topik dengan lebih berkesan.

v.         Keinteraktifan merupakan unsur multimedia yang paling penting dalam pendekatan tutorial ini. Pengguna boleh mendapatkan maklumbalas dengan perisian dan sebaliknya.

b)         Maklumbalas dengan pengguna akan diberikan di mana  pelajar yang menjawab soalan akan mendapat maklumat daripada perisian dalam bentuk teks ataupun audio. Sekiranya pengguna  memberikan respon yang baik maka maklumbalas yang positif akan dipaparkan pada skrin  yang diberikan oleh sistem.

c)         Penggunaan bantuan  disediakan kepada pengguna yang belum mahir dan kurang pengalaman menggunakan komputer ataupun perisian. Bentuk bantuan melibatkan penerangan tentang menu yang digunakan,fungsi sesuatu ikon ataupun perwakilan simbol-simbol yang digunakan dalam perisian ini. Ini membolehkan pelajar merasa lebih selesa menggunakan perisian tutoran ini.

d)         Bahasa

Bahasa adalah penting dalam menyampaikan dan menyebarkan maklumat. Oleh kerana penggunaan bahasa Malaysia adalah meluas digunakan di negara ini, maka penggunaan perisian ini menggunakan bahasa Malaysia yang standard dan baku , ini disebabkan penggunaan bahasa Inggeris mungkin akan memberi sedikit masalah kepada pengguna. Bagi yang menghadapi masalah bahasa kerana tidak faham bahasa Inggeris, aspek seperti ini akan menyebabkan perkembangan pembelajaran terbantut dan boleh menghilangkan minat dan konsentrasi. Segala arahan dan bantuan adalah dalam bahasa Inggeris dan kesilapan mencari makna akan merumitkan pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, adakalanya pengguna tidak memahami maklumat yang diperlukan kerana bahasa yang digunakan terlalu teknikal. Penggunaan bahasa Malaysia yang mudah  dalam perisian ini  adalah penting dalam penyampaian maklumat  terutama sekali penyampaian itu adalah dalam bentuk grafik dan paparan skrin. Menurut Mohd Zulhelmi (1997), penggunaan bahasa dalam rekabentuk perisian yang sukar difahami akan menyebabkan pengguna merasa hampa dan akan menyebabkan pengguna tidak meneruskan penggunaan perisian tersebut. Penggunaan bahasa  adalah sesuai dengan sasaran. Oleh kerana kebanyakkan tutorial atas talian tidak diletakkan sasaran, maka menjadi masalah untuk menentukan tahap penggunaan bahasa yang sesuai.

e)         Antaramuka
Antaramuka atau interface perisian ini  melibatkan aspek-aspek seperti ramah pengguna (friendly user), penggunaan scrolling, konsep warna dan konsep penghurufan.

i.      Mesra Pengguna
Elemen mesra pengguna akan dimasukkan dalam perisian ini. Contohnya seperti ‘Welcome’ atau ‘Selamat Datang’ dan seumpamanya. Selain itu, terdapat grafik-grafik yang  sesuai diletakkan yang boleh menarik dan menumpukan perhatian penguna.

ii.    Konsep Warna
P
erisian kursus PPBK   ini meletakkan warna untuk menentukan kepentingan  
sesuatu topik. Sebagai contoh, tajuk utama diwarnakan dengan lebih terang 
berbanding dengan warna tajuk ke dua. Penggunaan warna yang gelap
dikontraskan dengan latar untuk membolehkan  pengguna  mudah  membaca dan  
meneliti maklumat.

ii.      Konsep Penghurufan
Penggunaan ketebalan huruf  akan digunakan sepenuhnya. Kepentingan sesuatu isi boleh digambarkan dengan menebalkan huruf begitu juga sebaliknya jika isi kurang penting.

   f)      Nilai-Nilai Murni

 Sebagai pendidik, nilai-nilai murni adalah sebahagian aspek yang perlu diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam perisian PPBK ini  nilai-nilai murni dan pembudayaan tempatan  diterapkan dan ini  selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kesannya, pelajar didedahkan situasi pembelajaran yang menerapkan nilai-nilai murni dan budaya tempatan.

g)         Perisian ini juga  menggunakan ayat-ayat yang  sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran sepertimana yang telah diterangkan dalam tajuk penggunaan bahasa. Ayat-ayat atau perkataan yang digunakan  adalah positif dan tidak menyakiti hati orang lain atau menyinggung perasaan pengguna.

3.0       Rekabentuk  Kandungan  Perisian Kursus

Reka bentuk kandungan perisian adalah merupakan pendekatan yang akan digunakan bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Pendekatan yang disusun bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai adalah seperti di bawah

a)         Bahagian pengenalan akan dibuat dengan baik dan  sesuai dengan tajuk perisian.  Bahagian ini akan memuatkan beberapa maklumat yang boleh membantu pengguna  terus menggunakan perisian ini, antaranya ialah mengenai matlamat dan objektif perisian serta apa yang diharapkan daripada pengguna satelah mempelajari perisian ini.


b)         Persembahan pengajaran akan dibuat dengan pendekatan yang menarik  .Ini boleh dilakukan dengan memilih ruang yang betul pada paparan skrin dan unsur-unsur yang dipaparkan lebih jelas dan menarik pelajar menggunakan perisian.  Tajuk dan kandungan maklumat mengenai perkakasan komputer akan diletak dan disusun dengan teratur  supaya nampak lebih menarik perhatian pengguna.  Warna teks dan latar yang sesuai akan dipilih untuk menarik perhatian pengguna .

c)         Perisian ini menyediakan suasana yang mudah serta memberikan kesenangan kepada pelajar untuk bergerak  dari satu skrin ke skrinyang lain atau topik ke topik yang berikutnya. Ini dapat menampung keupayaan dan kemahiran pelajar yang berbeza tahap penguasaan komputer.

 

d)         Bantuan dan sokongan akan disediakan dalam perisian ini bagi memudahkan pengguna mendapatkan bantuan  apabila mengalami masalah dan dapat kembali semula ke bahagian yang sepatutnya ia berada.


e)         Aktiviti dan latihan disediakan dengan beberapa soalan berbentuk soalan objektif dan subjektif serta kuiz. Ini akan menggalakkan pengguna menggunakan pengetahuan yang dikuasai untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Maklumbalas setiap jawapan akan diberikan  samaada salah atau betul. Pengguna juga kan melihat prestasi melalui maklumbalas tahap penguasaan pada akhir  penggunaan .

 

4.0       Kandungan Perisian Kursus

4.1       Struktur Organisasi Dan Kandungan

Struktur organisasi kandungan menjelaskan  penyusunan maklumat  dalam perisian kursus ini. Struktur organisasi akan membentuk laluan pembelajaran pengguna  apabila menggunakan perisian kursusTerdapat beberapa struktur yang boleh digunakan dalam menyususn organisasi kandungan, iaitu:

 

Struktur organisasi dan kandungan yang akan digunakan bagi perisian kursus ini ialah struktur hiraki dan sawang.

 

a)  Struktur Hiraki

Pengenalan

 
 

 

 

 

 

 


       Latihan

 



 

 


            

 

 

 

Rajah 2:  Struktur organisasi berbentuk hiraki

 

 

 

a)         Gabungan struktur hiraki  dan sawang  membenarkan pengguna menjelajah melalui struktur cabang yang ditakrifkan sebagai aliran logik kandungan aplikasi.(Villamil Casanova&Molina.1997). Setiap objek menyediakan kepada pengguna satu menu pilihan dan kemudiannya terdapat sub menu dengan lebih banyak pilihan .

b)         Pengguna boleh menjelajah ke seluruh perisian aplikasi ini secara jujukan. Contohnya apabila pengguna klik tetikus pada satu butang menu utama ,aplikasi akan memaparkan maklumat atau bahan yang dikehendaki  yang terdapat pada paparan menu utama di skrin.

c)         Pada menu utama akan terdapat lagi beberapa sub menu yang mewakili  kandungan tertentu. Setiap maklumat yang dipaparkan adalah gabungan beberapa unsur multimedia seperti teks,grafik, audio dan video. Pengguna boleh meneruskan lagi penjelajahan dengan klik pada butang menu yang diapaparkan untuk mendapatkan maklumat baru .

d)         Di samping itu juga pengguna boleh kembali semula ke belakang atau meneruskan dengan klik pada butang menu yang disediakan.


e)         Ciri-Ciri navigasi dalam struktur ini menyediakan antaramuka yang mudah digunakan oleh pengguna untuk mengemudi perisian ini. Penggunan hyperlink,butang dan menu akan membantu pengguna bergerak dari satu halaman ke halaman yang lain.

f)          Hiperlink akan memudahkan pengguna  menjelajah dengan hanya klik pada perkataan yang diterangkan(bold) dengan menggunakan warna terang untuk menerjah masuk ke laman yang menyediakan maklumat berkaitan. Ikon atau imej digunakan untuk memuat turun sumber yang diperlukan. Misalnya maklumat mengenai  beberapa fungsi komponen utama unit sistem. 


g)         Penggunaan butang pada bahagian menu dan sub menu akan memudahkan pengguna menjelajah maklumat yang terdapat dalam perisian  dengan lebih cepat dan pantas.

 


4.3       Perincian Kandungan Perisian  Kursus

Perisian Kursus PPBK bertajuk asas perkakasan komputer ini mengandungi   enam tajuk utama,iaitu
.          

Tajuk  1          :      Pengenalan
Bahagian ini memuatkan maklumat tentan kandungan kursus yang meliputi                 

a)         Objektif dan matlamat perisian

b)         Kumpulan sasaran

c)         Panduan penggunaan perisian

Tajuk   2         :     Komponen Perkakasan Komputer


Bahagian ini mengandungi beberapa sub menu yang mewakili tajuk-tajuk tertentu dalam perisian.,antaranya ialh

a)              Komponen Komponen Utama Sistem Komputer

b)              Alat Output

c)              Alat Input

d)              Storan Sekunder

e)              Storan Primer

 

Tajuk 3 :         Panduan Baik pulih komputer

Bahagian ini mengandungi penerangan tentang kepentingan baik pulih komputer serta sub menu mengenai panduan membaikpulih sistem komputer yang meliputi
a)         Panduan pemasangan perkakasan komputer
b)         Panduan memasang cakera keras dan CD ROM
c)         Panduan menghasilkan disket sistem
e)         Panduan  membuat pembahagian dan formatt cakera Keras
f)          Panduan memasukkan sistem operasi dalam sistem

Tajuk 4  :    Panduan Menjaga Perkakasan Komputer.
Bahagian ini akan memuatkan beberapa sub menu mengenai penjagaan sistem komputer yang meliputi
a)         Unit sistem
b)         Alat output
c)         Alat input


Tajuk  5 :        Latihan dan Soalan

Bahagian ini akan mengandungi sub menu soalan-soalan
a)         Soalan Objektif
b)         Soalan Subjektif

Tajuk 6: Penilaian


Pada bahagian ini akan disediakan butang yang akan memaparkan tahap pencapaian pengguna satelah menggunakan perisian ini.

4.3              Langkah  Langkah Pengajaran  Perisian

 

a)         Pengenalan

Dalam bahagian pengenalan, set induksi ini yang menggunakan  imej atau gambar mengenai salah satu komponen utama komputer akan ditunjukkan kepada pelajar untuk membolehkan memahami kandungan pelajaran yang akan dipelajari.

Perisian bertajuk asas perkakasan komputer  diperkenalkan kepada pelajar sebagai bahan bantu mengajar untuk  pelajar memahami  komponen-komponen utama perkakasan komputer.  Guru memberikan penerangan ringkas mengenai  isi kandungan  mengenai perkakasan komputer yang terdapat dalam perisian yang akan digunakan.

 

b)         Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran


Tajuk 1 ialah mengenai komponen komponen komputer dan fungsinya . Pelajar diminta menglikkan pada butang menu bertajuk komponen perkakasan komputer . Pelajar diminta membaca dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang disediakan dalam perisian . Guru kemudiannya akan mengemukakan beberapa  beberapa soalan  mengenai komponen utama komputer dan fungsi setiap komponen kepada pelajar  dan pelajar diminta  berbincang secara berkumpulan untuk mencari jawapan.

Tajuk 2:    Kandungan Mengenai panduan baikpulih komputer


Guru akan bersoaljawab dengan pelajar mengenai beberapa maslah yang sering berlaku kepada komputer serta  meminta pelajar menyenaraikannya. Guru juga memberikan penerangan tentang kepentingan kemahiran untuk baikpulih komputer. Pelajar  kemudiannya diminta klik pada butang menu panduan baikpulih komputer untuk melihat  panduan-panduan yang disediakan dalam perisian. Panduan baikpulih komputer meliputi proses pemasangan komponen,membuat pembahagian dan format cakera keras serta memasukkan sistem operasi ke dalam cakera. Pelajar meneroka perisian dengan klik butang berkenaan yang menyediakan maklumat secara teks,audio dan video. Di samping itu juga butang bantuan disediakan dalam bentuk hyperteks.  Guru kemudiannya  meminta pelajar menyebut  beberapa masalah yang berlaku dalam komputer dan juga proses bagaimana memasang komponen komputer, membuat pembahagian pada cakera keras dan membuat format  serta memasukkan sistem operasi pada cakera.
Guru bersoaljawab dengan pelajar mengenai tajuk  yang baru dipelajarinya.

 

Tajuk 3:          Panduan  Menjaga Perkakasan Komputer.
 

Pelajar diminta menjelajah perisian ini dan mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai tips atau panduan untuk menjaga komputer peribadi yang melibatkan perkakasan dan perisian yang terdapat dalam sesebuah komputer. Pelajar akan menjelajah dengan menggunakan tetikus untuk klik pada sub- menu yang disediakan dalam menu panduan penjagaan perkakasan komputer.

 

Tajuk 4:          Latihan dan Aktiviti

Pada bahagian ini pelajar diminta untuk menjalani ujian atau latihan satelah meneroka keseluruhan bahagian untuk mendapatkan maklumat. Pelajar diminta untuk menjawab soalan yang disediakan dengan klik pada menu soalan dan kemudiannya memilih menjawab soalan objektif dan subjektif yang disediakan. Setiap jawapan pelajar akan diberikan maklumbalas  . Pelajar boleh mengulangi semula menjawab soalan sekiranya jawapan yang diberikan iaitu salah. Walaubagaimanapun hanya dua kali sahaja cubaan dibenarkan. Pada peringkat akhir  penilaian prestasi  pelajar akan dipaparkan dan pelajar akan mengetahui tahap dan kemampuan masing-masing.

Tajuk 5:  Penutup
Pengguna akan menamatkan pembelajaran dan mengetahui pencapaian

 

 

 

Rujukan


El-Hindi, A.E. & Leu Jr., D.J. 1998. Beyond classroom boundaries: Constructivist teaching with the internet. Reading Teacher.

Faridah Serajul Haq. 1999. Bagaimana “Membestarikan” Pelajar Bermasalah Pembelajaran. Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-12. N. Sembilan.8-10 Okt.


Halimah Badioze Zaman, Indera Renganathan dan Mohd Jan Nordin. 1996. Pembangunan pakej multimedia berpandukan komputer: Pengenalan kepada Sudut dan Garis Lurus. Pembentangan Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Kebangsaan Malaysia. 20-21 Nov.


Kementerian Pendidikan Malaysia.1997. The Malaysian smart school:a Msc flagship applications:a conceptual blueprint.
http://www.ppk.ukm.my/ssBIPrnt.pdf


Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan dan strategi pelaksanaan latihan guru-guru sekolah bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia. 26-27 Nov.

 

Norhashimah Abu Samah,Mazenah Youp,Rose Alinda Alias. 1996. Pengajaran Bantuan Komputer. DBP.Kuala Lumpur.

 

 

Norhayati Abdul Mukti.2000. Perisian Pengarangan. Prentice Hall(M) Sdn.Bhd. Petaling Jaya.

 

Rozinah Jamaluddin. 2000. Asas-Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri pengajian Dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications.Sdn.Bhd.

 

Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran.Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam.