PENILAIAN  PERISIAN PPBK

1.0     Pendahuluan

 Strategi menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran banyak digunakan dalam institusi pendidikan . Pengajaran berasaskan komputer meninggalkan beberapa kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi dan menyeronokkan, di samping dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Oleh kerana  penggunaan komputer dalam pengajaran semakin diperluaskan , penilaian perisian pembelajaran berbantukan komputer perlu dilaksanakan dengan sebaiknya agar ianya benar-benar dapat memberikan kesan yang mendalam dalam proses pengajaran pembelajaran. Penilaian bertujuan untuk mengukur sama ada tercapainya objektif pembinaan perisian PPBK. Penilaian perisian PPBK  ini memerlukan satu perancangan yang teliti seperti apa yang hendak dinilai, bagaimana menilainya serta siapa yang akan menjalankan penilaian ini serta sasaran penilai. Penilaian perisian pembelajaran PPBK ini dijalankan agar bahan yang dihasilkan benar-benar dapat menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu bagi pereka perisian atau pembinanya ,proses penilaian ini akan menjamin mutu penghasilan bahan untuk mendapatkan pengiktirafan dari pihak tertentu. Penilaian perisian PPBK  ini merangkumi kandungan pelajaran, rekabentuk pengajaran ,grafik ,cirri-ciri teknikal dan instrumen penilaian yang disediakan untuk kegunaan penilai.

 

2.0          Rancangan Penilaian

Menurut Alessi and Trolip (1991)  proses penilaian melibatkan beberapa langkah iaitu,
a)      melihat dokumentasi sekali imbas dan meneliti maklumat penting

b)             mendapatkan maklumat penting tentang perisian kursus dari dokumentasi yang dilampirkan untuk disalin ke borang penilaian.

c)             Menggunkan perisian kursus pada komputer dari awal hingga akhir sambil meneliti ciri yang sedia ada .

d)             Memberikan penilaian berdasarkan penggunaan.

Menurut Norhashimah  (1996) tumpuan penilai apabila menilai sesebuah perisian kursus ialah

a.     )   senang untuk diedarkan kepada pelajar.

b.     )   mempunyai dokumentasi yang lengkap.

c.     )   mempunyai panduan pengguna yang jelas.

d.     )   skrin yang ramah pengguna.

e.     )   menggunakan ruang ingatan yang optima.

f.       )   dapat dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.

 

Proses penilaian perisian kursus PPBK bertajuk asas perkakasan komputer ini  mengambil kira isi kandungan perisian yang dibina. Aspek-aspek seperti kesesuaian isi kandungan kepada pelajar, mencapai objektif topik dengan jelas secara eksplisit atau implisit,aspek nilai-nilai murni dan ketepatan isi kandungan. Aspek pedagogi juga  dipertimbangkan seperti maklumbalas perisian terhadap pelajar semasa berinteraksi dengan komputer. Perisian yang baik juga mudah digunakan dan cukup menarik kepada pengguna. Penilaian perisian kursus ini akan dilaksanakan  melalui penilaian sumatif dan penilaian formatif. 

                Menurut Flagg(1990) penilaian  formatif ialah koleksi maklumat yang sistematik untuk tujuan membuat keputusan bagi merekabentuk dan memperbaiki sesuatu perisian atau bahan.Penulaian terhadap perisian ini  dijalankan semasa pembangunan dan juga semasa proses  pembaikan perisian  melalui kaedah temubual,pemerhatian dan analisa rekod. Pengunpulan data akan dilakukan secara tidak formal dan ianya dilakukan secara berterusan bagi setiap langkah pembangunan perisian.  Penilaian formatif dilakukan  untuk menilai bahan-bahan interaktif seperti hiperteks/hypermedia dan ianya menekankan kepentingan maklumbalas dan interaksi dikalangan pengguna.  Penilaian sumatif pula akan digunakan untuk mengumpul maklumat  dan menggunakannya untuk membuat keputusan tentang penggunaan . Penilaian ini akan dijalankan selepas tamat  penghasilan dan penggunaan sesuatu perisian.   Dalam penilaian sumatif kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan untuk penilaian ini ialah item-item soal selidik yang berdasarkan jawapan ya atau tidak dengan ruangan komen akan disediakan untuk diisi oleh sasaran penilaian.      Penilai sasaran terdiri daripada

a)             Pelajar ( peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan

b)             Guru / Pengajar / pensyarah

c)             Pengkali / penulis

d)             Pakar pengaturcaraan

 

a)       Satu senarai semak akan digunakan bagi menilainya dan diedarkan kepada penilai sasaran iaitu 40 orang peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan ,pensyarah dan pakar pengaturcaraan perisian PPBK  di salah sebuah maktab  perguruan. Satelah selesai menggunakan perisian PPBK  bertajuk Asas Perkakasan Komputer ini, borang penilaian akan diedarkan dan penilai sasaran ini akan mengisi borang  menjawab  menjawab beberapa soalan dan item yang dikemukakan dalam senarai semak yang terdapat dalam borang penilaian ini.

b)       Penulis akan membuat pemerhatian dan mendapatkan beberapa maklumat atau maklumbalas melalui temubual yang dilakukan  terhadap beberapa  lima  pelajar yang menggunakan perisian ini, dua orang pensyarah yang mengajar subjek dan dua orang  pakar pengaturcaraan perisian PPBK yang dikenalpasti di kalanagan tenaga pengajar yang ada.

c)       Guru atau tenaga pengajar yang terlibat secara langsung  dalam proses pengajaran matapelajaran perkakasan Komputer juga akan memberikan maklumbalas mengenai perisian ini dengan mengisi borang senarai semaka yang disediakan. Satu sesi temubual akan dilakukan oleh penulis dengan guru berkenaan untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai mutu perisian, kesesuaian kandungan ,grafik,audio , kesesuaian perisian .

d)      Beberapa orang pakar pengaturcaraan perisian PPBK dan matapelajaran akan membuat penilaian terhadap perisian ini. Penilai akan memberikan maklumbalas dari segi mutu,kualiti kandungan perisian,persembahan,rekabentuk pengajaran dan teknikal. Satu instrumen penilaian akan digunakan oleh jawatankuasa ini.

 

3.0     Kaedah Pengumpulan Maklumat

 a)      Temubual
Pada peringkat awalnya penulis akan membuat temubual secara terancang dengan beberapa orang peserta kursus dan juga pensyarah atau guru yang terlibat  dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek asas perkakasan komputer . Tujuan temubual ini dilakukan ialah untuk  mendapatkan maklumbalas dan juga sebarapa banyak maklumat yang tepat  dan berkaitan dengan masalah yang wujud dalam proses pembelajaran sekarang. Maklumat yang diperolehi itu akan dikumpulkan dan  direkodkan .Soalan- soalan yang akan dikemukakan itu berdasarkan kepada satu senarai semak yang mengandungi item-item berikut.
i.          Kandungan tajuk yang sedang dipelajari
ii.       Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
ii.         Aktiviti dan latihan yang  dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
iii.       Bahan bantu mengajar yang digunakan.
iv.        Proses penilaian yang dilakukan .    

v.       Bahan sokongan lain yang digunakan untuk proses pengajaran pembelajaran
 

b)      Pemerhatian
Preose pemerhatian akan dibuat oleh penulis  terhadap perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran subjek  asas perkakasan komputer . Satu senarai  semak  akan digunakan oleh penulis semasa proses pemerhatian ini . Melalui senarai semak ini pemerhati hanya perlu merekodkannya pemerhatiannya. Pemerhatian dibuat ke atas proses pembelajaran  asas perkakasan komputer  bagi mendapatkan gambaran yang tepat tentang proses pembelajaran di dalam kelas ini. Pemerhatian berpandukan senarai semak yang telah dibina oleh penulis yang merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah :
i.        Tindakbalas pelajar semasa proses pembelajaran.    
ii.       Cara pensyarah merangsangkan pelajar.
iii.      Ciri -ciri pengajaran yang menyukarkan pelajar untuk memahami proses kerja.
iv.      Reaksi pelajar terhadap perisian ini yang menggunakan bahasa Inggeris.
v.       Cara pensyarah mengendalikan alat bantuan mengajar.
vi.      Cara pensyarah menilai kefahaman pelajar.
vii.     Respon pelajar terhadap contoh kerja yang diberikan kepada mereka.
viii.    Sifat kerjasama antara pelajar semasa membuat latihan.
xi.      Strategi yang digunakan semasa proses pembelajaran.
x.       Kesan strategi pengajaran yang digunakan.

c)       Senarai semak
Dalam  penilaian perisian kursus ini senarai semak akan digunakan oleh pengkaji semasa fasa reka bentuk .Senarai semak akan bertindak sebagai panduan kepada pengkaji semasa proses reka bentuk. Panduan ini akan  membantu pengkaji untuk membina perisian kursus berdasarkan matlamat dan objektif yang telah dirangka. Ianya akan digunakan oleh pengkaji sebagai proses refleksi semasa proses reka bentuk dijalankan. Senarai semak yang akan digunakan semasa proses reka bentuk adalah seperti di bawah :

 
i.   Matlamat  Dan Objektif kajian

P
embinaan perisian kursus PPBK  ini dapat membantu pelajar memahami  tajuk perkakasan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat.

1.             Penggunaan perisian PPBK  dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengenai perkakasan komputer lebih menjimatkan masa dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar berbanding dengan kaedah tradisional .

2.             Penggunaan perisian kursus PPBK mengenai perkakasan komputer ini dapat membantu meringankan tugas guru dalam membantu pelajar memahami  tajuk yang disampaikan

3.             Perisian ini dapat menyediakan suasana pembelajaran akses kendiri mengikut tahap dan penguasaan pelajar.

  ii.     Kelebihan Menggunakan Komputer (teknikal) dan  Perlaksanaan Perisian PPBK

a)  Penggunaan unsur-unsur multimedia  yang interaktif  seperti grafik,audio,animasi
b)  Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya  penggunaan hyperteks.
c)  Menjimatkan masa dan kos  dan sumber dapat disimpan   dan direkodkan


iii.      Strategi Penggunaan Perisian

a)     Perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar  untuk matapelajaran asas perkakasan komputer

b)          Pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar akan menggunakan perisian ini  untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai perkakasan komputer.

c)          Strategi pengajaran  pembelajaran akses kendiri, terarah kendiri dilaksanakan di mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer dan perisian mengikut keupayaan masing-masing

 

iv.      Sumber Sokongan Perisian

a)           Perisian ini menyediakan panduan penggunaan  dan maklumat tentang  spesifikasi keperluan perkakasan komputer yang diperlukan untuk  membolehkan nya digunakan

b)           Perisian ini bersifat executable( exe)  iaitu boleh dilaksanakan tanpa bergantung kepada perisian asal atau mana-mana perisian lain.


v.      Aspek Pendidikan  Dalam  Perisian

a)      Matlamat pengajaran

·       Kandungan perisian tersebut  sesuai dengan  matlamat pengajaran dan pembelajaran dan mencapai objektif.

·       Keseluruhan kandungan sukatan dalam perisian menepati kehendak kurikulum pendidikan.

b)      Objektif pembelajaran

 

·       Perisian ini sesuai atau boleh membantu mencapai objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran

·       Mempunyai maklumat yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang boleh membantu pelajar memahami tajuk

·       Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran pembelajaran

·       Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan adanya integrasi elemen-elemen multimedia seperti animasi,audio.

·       Proses pembelajaran dijalankan mengikut keupayaan pelajar

·       Menyediakan  latihan dan aktiviti susulan yang sesuai

.

c)           Penerapan Nilai Murni
Terdapat penerapan unsur-unsur nilai murni  dalam perisian seperti  :

·       menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam menyelesaikan sesuatu tugas

·       Melakukan sesuatu tugas mengikut prosedur yang betul

·       Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja kumpulan

·       Berkeupayaan untuk berkomunikasi secara verbal dan non verbal untuk mendapat dan menyampaikan maklumat

·       Memandang tinggi sumbangan multimedia

 

d)           Pensebatian Unsur-Unsur KBKK
 

·       Kebolehan menyusun dan menyenggara sistem komputer serta menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah

·       Kebolehan  mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut perancangan yang dibuat dengan bantuan perisian

·       Kebolehan membuat  bandinganbeza.

 

e)           Kesesuaian Kandungan

·       Perisian menggalakkan interaksi pelajar melalui latihan atau ujian untuk menggalakkan maklumbalas oleh pelajar.

·       Perisian menggalakkan pembinaan pengetahuan pelajar dengan bantuan guru atau sesama pelajar melalui pendekatan konstruktivisme supaya pelajar lebih efektif.

·       Perisian yang dibina menyediakan ruang perbincangan dan aktiviti susulan yang boleh memperkembangkan kognitif pelajar.

f)             Pedagogi

a)      Perisian  ini   sesuai dengan peristiwa atau langkah pengajaran sepertimana yang telah digariskan oleh  Gagne (1985) di mana terdapat sembilan peristiwa pengajaran semasa mengajar seperti

·       mendapatkan perhatian

·       menyampaikan objektif pelajaran

·       mengingatkan semula pelajaran lepas

·       menyampaikan objektif pelajaran

·       memberikan contoh yang baik dan sesuai

·       memberikan latihan

·       mendapatkan maklumbalas

·       Memberikan ujian untuk mengukur prestasi

·       Menyediakan aktiviti pengayaan

 

b)    Perisian yang dibina ini boleh difahami oleh kumpulan sasaran

c)    Maklumat yang terdapat dalam perisian adalah tepat dan relevan dengan objektif pengajaran serta boleh meningkatkan motivasi pelajar.

d)    Perisian juga  mudah dikendalikan oleh pelajar dengan bantuan minimum daripada guru.

e)    Perisian dapat menarik perhatian pelajar seperti penggunaan warna yang sesuai,animasi,grafik,audio dan sebagainya untuk meningkatkan motivasi pelajar.

f)      Perisian  ini juga perlu mempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan.

g)    Kesuaian maklumbalas  adalah  sesuai dengan objektif pengajaran. Jenis maklumbalas terdapat dalam perisian ialah  bermaklumat,maklum balas motivasi dan maklumbalas pengesahan.

h)    perisian ini  mempunyai simpanan rekod prestasi pelajar.

i)      panduan pengguna disediakan bagi menerangkan cara-cara menggunakan perisian .

j)      Perisian mudah dikawal oleh pelajar untuk bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain dan boleh berhenti bila-bila masa dan boleh meneruskan semula pelajaran.

k)    Arahan atau panduan disediakan jelas,ringkas teratur ,konsisten .

l)      Ujian atau latihan yang disediakan adalah bersesuaian dengan objektif pengajaran.

m)  Terdapat unsur-unsur  kreativiti dan Inovarif dalam perisian

n)  Mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan   pengguna dan komputer saling berhubungan antara satu sama lain. Interaktif yang disediakan sesuai dengan objektif pengajaran.
o)  Elemen navigasi  menggunakan pendekatan metafora dinamik , perpetual unique navigation ,misalnya menu utama menggunakan   topik  sebenar dalam sub menu, subtopik.

 

g)           Reka Letak ( Gaya persenbahan)

 

a)    Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan dipaparkan pada skrin.

b)    Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu banyak  sehingga menyukarkan pembacaan pelajar.

c)    Teks yang berkaitan dan jelas . warna ,saiz font  kontras dengan latarbelakang disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan jelas.

d)  Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep  tentang isi kandungan perisian komputer. Imej statik digunakan  untuk memberikan gambaran tentang sesuatu objek,fakta atau konsep.

e)  Pemilihan corak latarbelakang  yang  mengambilkira perkara berikut.

·       Kapasiti paparan warna pada monitor

·       Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.

·       Penggunaan video  yang relevan dengan tema perisian

·       Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian kursus.


f)   Warna jelas,selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik antara latar belakang dengan imej. Jumlah warna yang digunakan  tidak lebih daripada empat warna dalam satu skrin.

 

4.0         Semakan  Proses Penilaian PPBK


Penilaian

Penilai

Kaedah

Instrumen

Proses Mentadbir Maklumat Penilaian

Penilaian Formatif

Peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer

Temubual

Set senarai semak

 Lima orang peserta kursus yang  dipilih untuk ditemubual terdiri daripada tiga peserta lelaki dannm dua peserta perempuan yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran komputer yang baik

 

 

Pensyarah / tenaga pengajar

 

Temubual

Set  senarai semak

Sesi temubual dengan seorang pensyarah yang mengajar  asas perkakasan komputer . Soalan yang dikemukakan adalah berdasarkan senarai semak yang telah dibina

 

 

Pakar Pengaturcaraan 

 

Temubual

Set senarai semak

.Salah seorang daripada pensyarah yang dikenalpasti  mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengaturcaraan perisian . Sesi temubual akan dilakukan unrutk mendapatkan maklumat dan komen mengenai kesesuaian perisian dalam pelbagai aspek .

 

 

 

Peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer dan
Pensyarah / Guru

Pemerhatian

Set senarai semak

Pemerhatian dibuat dibuat ke atas satu sesi  pembelajaran asas perkakasan komputer dan dari pemerhatian tersebut  beberapa maklumat yang diperlukan akan diambil  untuk melihat kekuatan dan kelemahan sistem yang sedia ada dan keberkesanan pebggunaan perisian PPBK dalam pengajaran pembelajaran tajuk berkenaan.

 

 

 

Pakar Pengaturcaraan Perisian PPBK

Temubual

Set  senarai semak

Sesi temubual juga dibuat pada pakar  pengaturcaraan perisian PPBK   untuk mendapatkan maklumat asas tentang keperluan  perisian kursus PPBK dalam proses pengajaran pembelajaran asas perkakasan komputer.

 

 

 

Penulis Perisian

Pemerhatian

Set senarai semak

Dalam proses membangunkan perisian penulis akan  penulis akan memerhatikan supaya reka bentuk perisian PPBK yang dihasilkan akan menepati kehendak-kehandak dan keperluan pembangunan perisian PPBK bertajuk asasa perkakasan komputer berpandukan  senarai semak yang telah di bina.

 

Penilaian Sumatif

Peserta kursus KDP 14 Minggu Komputer

Tinjauan

Soalselidik

Empat puluh orang  pelajar yang sedang mengikuti kursus KDP 14 minggu Komputer dalam pendidikan akan  menjawab soalan yang disediakan  dalam borang soalselidik.

 

 

Pensyarah /Guru

 

Tinjauan 

Soalselidik


Dua orang tenaga pengajar  yang  telibat dalam pengajaran  asas perkakasan komputer akan menjawab soalselidik.

 

 

 

Penulis Perisian

Tinjauan 

Soalselidik


Penulis akan  membuat penilaian  dengan  menjawab soslan-soalan yang   disediakan  dalam borang  soalselidik  .

 

 

 

Pakar Pengaturcaraan Perisian PPBK

Tinjauan

Soalselidik

Pakar pengaturcaraan perisian PPBK  yang telah dikenalpasti diminta untuk  menjawab soalselidik .

 

 

                                                              Jadual 1:          Senarai Semakan Penilaian Perisian PPBK           

 

BORANG PENILAIAN PERISIAN

BAHAGIAN A

Nama Penilai                      :      

Kumpulan Sasar                 :      

Jawatan                               :      

Matapelajaran              :             

Tarikh                             :            

Keperluan Sistem Komputer    : 

Saiz Ingatan                         :            

Sistem Operasi            :              

Strategi Pengajaran          :          

 

     

Perkara 

Ya

Tidak

a)    Adakah objektif perisian jelas dinyatakan dengan jelas pada awal    
        perisian?                   

b)    Adakah objektif relevan dengan peringkat  pembelajaran pelajar?            

c)    Aspek kandungan yang bersesuaian secara bersiri  atau berturutan.                     

d)   Adakah maklumat dalam kandungan kandungan perisian sesuai dan terkini?         

e)   Adakah tahap kesukaran bersesuaian dengan tahap umur dan peringkat   
       pembelajaran?           

f)    Adakah tutor boleh mengubahsuai isi   kandungan?  

g)   Adakah terdapat cadangan aktiviti lain yang  bersesuaian dengan objektif? 

h)   Adakah kandungan dapat ditukar atau  dipindahkan serta kesimpulan yang               
     
  menyeluruh?                     

i)    Adakah perisian menyediakan kepada pengguna panduan penggunaan            

j)    Adakah perisian bebas daripada sterotaip?       

k)   Adakah kandungan pengajaran mengambarkan rangka kurikulum daripada tajuk? 

l)    Adakah aras bahasa bersesuaian dengan aras pelajar?  

m)  Perisian ini menggunakan bahasa Malaysia dan tidak terdapat sebarang kesalahan  
      ejaan?

 

 a) Adakah maklumat  yang  dipersembahkan  ada kaitan dengan pengetahuan  
      lepas?                                                      

b)  Adakah perisian memberi maklumbalas  yang jelas dan bersesuaian dengan pelajar? 

c). Adakah maklumbalas yang diberikan  dapat membantu  pelajar?

d) Adakah perisian ini bersifat user friendly dan mudah dikendalikan oleh pengguna ?

e) Adakah penggunaan paparan, warna,bunyi  yang pelbagai dan mode respon yang        
     bersesuaian?

f)   Adakah bunyi boleh dibuka dan ditutup  serta penggunannya bersesuaian?            

g)  Rekabentuk dan paparan skrin sesuai dan menarik

h)  Integrasi teks dalam perisian ini jelas dan membantu pengguna

i)   Pemilihan fon ,saiz dan warna teks bersesuaian dengan paparan skrin

k) Susunan  tajuk dan sub tajuk mudah dikendalikan pengguna

l)  Adakah perisian ini menyediakan butang bantuan ?

m) Adakah susunan soalan memudahkan pengguna menjalankan aktiviti penulaian?

a)      Adakah pelajar dapat menggunakan perisian secara bebas dan tiada gangguan 
         teknikal?        

 b)     Adakah penggunaan butang bantu(Help) dapat  digunakan dengan  
         berkesan?                

c)     Adakah pelajar dapat  menjelajah ke mana-mana menu tanpa mengikut prosedur   
         tertentu ?     

d)     Adakah  panduan dan arahan penggunaan disediakan dengan jelas.

e)     Adakah gaya persembahan  perisian ini dapat menarik  minat pengguna?     

f)      Ada aktiviti aktiviti pelajar dipelbagai ,sesuai dan menarik minat 
         pengguna?                           

g)     Adakah  dalam perisian terdapat unsur-unsur yang boleh memotivasikan pengguna
         dan memberikan rangsangan untuk terus menggunakan perisian ini.

h)     Adakah perisian ini akan terus dapat meningkatkan motivasi pelajar

i)      Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran kendiri

k)     Adakah perisian ini dapat menyediakan pembelajaran koperatif

l)      Adakah perisian ini dapat menerapkan nilai-nialai yang baik terhadap pengguna

m)    Adakah aktiviti dan latihan yang disediakan relevan dan mudah dilaksanakan

 

Berdasarkan soalan dibawah , sila berikan komen anda .

a)    Adakah  kandungan perisian ini menepati sukatan dan objektif penagajaran dan pembelajaran ?

b)    Nyatakan beberapa elemen  multimedia yang menarik tentang rekabentuk perisian ini .

 

c)    Adakah  aktiviti dan latihan yang disediakan dalam perisian ini sesuai dengan tahap pelajar dan dapat membantu mengukuhkan pengetahuan pellajar?

 

d)    Berikan beberapa cadangan  anda untuk membantu meningkatkan mutu persembahan perisian ini

 

RUJUKAN

Gagne, Briggs and Wager. 1974.  Dalam EdTech'98 Proceedings:Dalgarno

.

Mohd Nasarruddin Ahmad. 1990. Penghasilan dan penilaian satu perisian penjana ujian: satu kajian. Universiti Sains Malaysia.

 

 

Norhashimah  Abu Samah.1996. Pengajaran Bantuan Komputer.DBP.Kuala Lumpur

 


Reeves, Thomas C. 1991. Ten commandments for the evaluation of interactive multimedia in higher education. Journal of  Computing in Higher Education Vol. 2: 84-113.

 


Rozinah Jamaluddin.2000. Asas Asas Multimedia Dalam Pendidikan. Siri pengajian Dan Pendidikan Utusan. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

 


Yusup Hashim. 1998. Teknologi Pengajaran.Siri Pendidikan Fajar Bakti.Shah Alam

 


http://www.informatics.edu.my

 

http://www.jaring.my/msia/rnd/msc.html