TUGASAN 2 GE 6663 (PPBK)
PEMBINAAN  PERISIAN KURSUS PPBK

 

1.0       Pendahuluan

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Ini bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan  Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju,keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dan cemerlang dalam bidang pendidikan

 

            Teknologi maklumat semakin berkembang pesat di Malaysia. Sektor-sektor kritikal seperti perindustrian,perbankan , komunikasi serta pendidikan turut menggunakan Teknologi Maklumat  dalam pengurusan dan pentadbiran organisasinya. Kehadiran era ledakan maklumat serta anjakan yang di bawa olehnya telah membawa perubahan dalam persekitaran sektor pendidikan di negara kita.

Namun  begitu,  negara  kita  agak  terkebelakang  dari  segi  penggunaan  komputer,  berbanding  dengan  negara-negara  barat  dan  negara-negara  maju  yang  lain.  Kerana  itu  masih  terdapat  segolongan  ahli  masyarakat  kita  yang  ragu-ragu  tentang  penggunaan  komputer,  dan  masih  banyak  juga  tidak  tahu  langsung  menggunakannya. Oleh kerana penggunaan teknologi maklumat agak meluas maka para pengeluar perisian komputer telah mengambil kesempatan mencipta perisian canggih untuk memudahkan  kerja-kerja dalam pelbagai sektor.

Di antara jenis perisian yang popular di Malaysia dalam bidang  pendidikan ialah ‘educational software’ ataupun di namakan perisian kursus pendidikan.Perisian  kursus  adalah pakej perisian yang disediakan menggunakan teknologi komputer. Ia mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota, soalan , ulangkaji dan sebagainya. Namun ada  guru-guru  yang  tidak  mengetahui  kemampuan  serta  kebolehan  komputer  untuk  membantu  mereka  dalam  menguruskan  dan  menyampaikan  pengajaran.    Pengajaran  Pembelajaran Bantuan  Komputer   ( PPBK )  yang  telah  lama  dimulakan  di  negara  barat,  tetapi  masih  belum  dilaksanakan  sepenuhnya  di  negara  ini.

 

 1.1      Pengajaran   Pembelajaran Berbantukan   Komputer 

 

Pengajaran  Pembelajaran Berbantukan  Komputer  merujuk kepada  penggunaan  komputer  dalam  membantu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Di  Amerika  ini  dikenali  sebagai  Computer  Assisted  Instuction  ( CAI )  manakala  di  United  Kingdom  pula  dikenali  sebagai  Computer  Aided  Learning  ( CAL ).  Walau  apa  pun  namanya  PBK  merupakan  satu  sistem  yang  melibatkan  interaksi  di  antara  komputer  dengan  pelajar  dengan  guru  dengan  perisian  komputer.

            Menurut  Jerry  W. Willis  dan  rakan-rakannya,  PBK  ialah  keadaan  di  mana  komputer  itu  sendiri  mengambil  alih  sebahagian  daripada  tanggung  jawab  untuk  mengajar  murid-murid,  dan  PBK  juga  merupakan  satu  kategori  umum  yang  mengandungi  tiga  bentuk  pengajaran  iaitu  latih  tubi,  tutorial  dan  simulasi,  dan  setiapnya  mempunyai  ciri-ciri  dan  format  yang  unik.

Banyak  lagi  definisi  yang  telah  diberikan  oleh  pakar-pakar  tentang  PBK yang    asasnya    ialah   penggunaan    komputer    dengan    satu   atur    cara   atau  program  yang  sistematik  dan  teratur  oleh  pelajar  den  guru  untuk  sesuatu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Cara  ini  memerlukan  satu  interaksi  yang  aktif  di  antara  pelajar  dengan  komputer.    Ini  dapat  memastikan  bahawa  proses  pembelajaran  berlaku.

 

2.0       Matlamat  Pengajaran Perisian  

 

Matlamat utama pengajaran  perisian  Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer bertajuk  Asas Perkakasan Komputer ialah memberikan pengetahuan dan membantu  dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek  komputer bagi   memudahkan pelajar mempelajari serta mendapat pengetahuan dan kemahiran serta mengetahui fungsi-fungsi   komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer

 

3.0    Objektif  Pembelajaran  Perisian Kursus PPBK

 

Ojektif utama pembelajaran  perisian kursus PPBK ialah

i.                    pelajar  dapat  mengenalpasti serta mnyebut secara lisan jenis-jenis komponen-komponen utama yang terdapat dalam sesuatu sistem komputer.

ii.                  menyenaraikan  dan membezakan jenis komponen serta fungsi bagi setiap komponen yang terdapat pada sistem komputer secara lisan dan bertulis.

iii.                dapat melabelkan komponen-komponen perkakasan yang terdapat pada sesebuah papan induk

iv.                 mengetahui beberapa masalah biasa yang sering berlaku kepada komputer dan boleh membuat jangkaan masalah untuk  membaikpulih komputer.

 

4.0    Kumpulan Sasaran Perisian Kursus

 

Kumpulan sasaran  perisian ini ialah :

 

1)                 Pengguna utama guru-guru  pelatih di maktab perguruan yang mengambil mata pelajaran asas komputer

2)                 Pengguna sekunder ialah pelajar-pelajar sekolah di tingktan 4 KBSM dan juga pihak lain yang  yang sedang mempelajari  tajuk   yang berkaitan dengan perkakasan komputer.

 

5.0    Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

 

Dalam perisian kursus ini unsur unsur utama KBKK yang diterapkan ialah:

 

 

6.0       Nilai Nilai Murni

 

Penerapan nilai-nilai murni sepertimana yang terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bersifat sarwajagat serta selaras dengan agama,budaya dan norma masyarakat Malaysia. Di antaranya ialah menerapkan sifat yang positif terhadap ilmu pengetahuan, sentiasa berfikir, berusaha ,mempunyai kesabaran yang tinggi, tabah menghadapi masalah serta sentiasa ada perasaan ingin mencuba tanpa putus asa,berhemah tinggi ,kerjasama,kejujuran ,rasional,baik hati ,keadilan dan sebagainya.

 

            Perisian kursus PPBK ini  akan menerapkan nilai murni seperti berikut.

 

 

 

7.0       Komponen Kandungan Perisian Kursus PPBK

 

Secara umumnya sesuatu perisian kursus  mengandungi komponen-komponen asas dan tambahan yang boleh disampaikan secara tepat dan berkesan.

 

i.                    Pengenalan perisian bertajuk  Asas Perkakasan Komputer.

ii.                  Menu Utama yang memaparkan kandungan keseluruhan tajuk dan aktiviti yang terdapat dalam perisian

iii.                Komponen –Komponen Utama Sistem Komputer

iv.                 Jenis Dan Fungsi Komponen Perkakasan Komputer

v.                   Panduan Baikpulih Sistem Komputer

vi.                 Latihan berkaitan dengan tajuk dan sub tajuk

 

8.0    Komponen Pedagogi


Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer yang akan digunakan dalam perisian ini ialah jenis tutorial.  

Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer yang menggunakan pendekatan tutorial ini  menekankan kepada aspek berikut;

§         isi kandungan pembelajaran disampaikan dari peringkat  mudah ke peringkat kompleks

§         digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan

PPBK  tutorial  ini digunakan untuk mengajar  sesuatu   atau  menjelaskan  sesuatu  konsep.  Ia membolehkan   memberi  contoh  yang  berlainan  tetapi  sesuai.  Ini  kemudian  diikuti  dengan  soalan  yang  sesuai.  Pelajar  akan  memberi  jawapan  dan  sejauh  mana  pelajar  telah  belajar  atau  memahami  konsep  tersebut  akan  dinilai.

 

Dalam  PPBK tutorial  yang  baik,  komputer  akan  menganalisis  tahap  pencapaian  pelajar.  Ini  diikuti  dengan  beberapa  pilihan.  Jika  pelajar  mencapai  tahap  yang  dikehendaki,  pelajar  boleh  meneruskan  pembelajarannya  kepada  bahan  yang  lebih  susah.  Sebaliknya,  komputer  mengesyorkan  supaya  pelajar  mengulangi  bahan  tutorial  dan  soalan  sehinggalah  ia  mencapai  tahap  yang  diperlukan.

 

b)   Pendekatan Latih Tubi

 

Latih  tubi  merupakan  jenis  PPBK  yang  paling  popular  dan  biasa  digunakan oleh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Ia  seperti  buku  kerja  elektronik.  Pelajar  diberi  soalan  secara berurutan untuk  melatih  kemahirannya  dalam  sesuatu  konsep.  Latih  tubi  sesuai  untuk  ulangkaji  atau  bagi  pelajar  lemah  yang  perlukan  latihan. Pelajar  diberi  soalan  dan  memberi  jawapan.  Komputer  kemudian  akan  memberi  maklum  balas  kepada  setiap  jawapan  pelajar.  Oleh  itu  pelajar  dengan  serta-merta  dapat  tahu  sama  ada  jawapannya  betul  atau  salah. Pendekatan PPBK  latih  tubi  digunakan  selepas  guru  mengajar  sesuatu  konsep  atau  topik.  Ia  juga  sesuai  digunakan  untuk  mengulangkaji.  Latih  tubi  yang  bermutu  tinggi  adalah  yang  menepati  objektif  pembelajaran.  Selain  itu,  susunan  pada  skrin  harus  kemas  dan  menarik,  komputer  memberi  maklum  balas  yang  sesuai  kepada  jawapan  pelajar  dan  komputer  dapat  menilai  pencapaian  pelajar.

Kesimpulannya  Pendekatan Perisian PPBK ini menekankan aspek berikut .

 

i.                    Perisian ini dapat  menjalinkan persembahan maklumat dan kemahiran  serta memaparkan fakta maklumat, arahan dan panduan pembelajaran serta penyelesaian masalah .

ii.                  Segmen pembelajaran mengandungi objektif tersendiri yang mudah dicapai dan dinilai.

iii.                Maklum balas segera.

iv.                 Aktiviti pemulihan disediakan.

v.                   Boleh digunakan dalam jangkasmasa yang lama

vi.                 Suasana pembelajaran yang selamat  dan berkesan.

 

9.0       Tajuk Perisian Kursus PPBK

            Tajuk perisian PPBK ini ialah   Asas Perkakasan Komputer.

 

10.0    Strategi Penggunaan Perisian Kursus PPBK

 

i.          Pengajaran diindividukan  ,melalui kaedah ini pelajar akan  belajar secara individu menggunakan perisian yang diberikan. Melalui pendekatan ini  pelajar dapat mengawal kecepatan  pelajaran  . Jika dibandingkan dengan dahulu , gurulah yang mengawal kecepatan pelajaran dan pelajar - pelajar yang lambat terpaksa mengejar pelajar - pelajar yang cepat atau terus berhenti sahaja . Tetapi dengan cara ini , pelajar tersebut tidak perlulah tergesa-gesa untuk mempercepatkan pelajarannya selagi dia tidak dapat menguasai sesuatu  kemahiran

 

ii.                  Pelajar akan diberikan kebebasan sepenuhnya dan akan berinteraksi dengan komputer . Keadaan ini mewujudkan keselesaan dan pelajar merasa tidak terancam dan merasai puas di atas tumpuan yang diberikan oleh komputer . Pada masa kini , seorang guru mungkin perlu melayan 40 hingga 50 orang murid dalam waktu pengajarannya , maka tidak hairanlah jika guru tersebut tidak dapat menumpukan perhatian serta memenuhi keperluan setiap pelajar .

 

iii.                Pelajar menerima peneguhan melalui maklum balas yang serta - merta . Pelajar tidak mungkin dapat peneguhan seperti itu jika dia bergantung kepada guru yang berkemampuan terhad .

 

iv.                 Aktiviti dan latihan yang disediakan  dapat  membantu mengingati sesesuatu pelajaran  . Pelajar cepat berasa jemu kalau hanya menggunakan kaedah dengar dan menyalin nota sahaja .

 

v.         Nota dan juga maklumat yang disediakan dalam perisian ini  juga  membantu pelajar mengingati fakta - fakta dengan mudah .Disamping itu  memudahkan pelajar yang kurang berpengalaman mengikuti sesuatu pembelajaran dengan senang  serta membantu pelajar mengulangi pembelajaran konsep dan proses yang komplek.

 

vi.        Maklumat prestasi  latihan dan aktiviti  yang  diikuti  pelajar akan disimpan  dalam komputer . Diakhir pembelajaran , pelajar dapat  menganalis kepintaran dan kelemahan  masing-masing  . Komputer akan menilai pencapaian pelajar secara spontan .Memaparkan kemajuan pelajar pada akhir sesi . Ini  dapat membantu guru  yang mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana beban guru yang semakin berat serta proses ini memerlukan masa yang panjang dan lama .

 

vii.       Maklum balas serta - merta  akan diberikan berdasarkan respon pelajar .

 

viii.      Guru  agak bebas dari membuat pengajaran secara rutin atau berulangkali      bagi sesuatu kelas . Dengan ini guru dapat meluangkan masa untuk   membuat tugas - tugas yang lebih kreatif untuk meningkatkan motivasi dan  pencapaian pelajar . Guru tidak akan sebebas ini jika mereka  menggunakan cara lain .

 

 11.0   Antara Muka Pengguna

 

Rupa bentuk antara muka atau paparan pada skrin memainkan peranan yang penting . Skrin yang menarik akan membuat seseorang ingin menggunakan perisian atau bahan kursus tersebut.  Ciri-ciri  paparan skrin ini termasuklah  susunan teks,grafik,penggunaan warna, animasi,video dan sebagainya.  Skrin yang cantik,menarik, sesuai dan senang difahami dapat menarik minat pengguna dan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Di antara ciri-ciri antaramuka pengguna  yang akan dibangunkan dalam perisian kursus ini ialah.

 

i.          Interaktif

Perisian ini mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan pengguna dan komputer saling berhubungan antara satu sama lain. Interaktif yang disediakan sesuai dengan objektif pengajaran. Terdapat tiga jenis maklumbalas yang boleh digunakan

 

ii.         Ramah Pengguna ( user friendly)

            Perisian senang dipelajari dan digunakan. Ini adalah disebabkan  
            ianya mempunyai ciri-ciri seperti berikut.

     a)          Penggunaan gambar yang intuitif bagi kebanyakan ikon

            b)         Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas padat dan 
                        teratur  juga akan dipaparkan pada skrin.

.           c)         Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk    

                        membantu pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep
            tentang isi kandungan perisian .

.           d)         Latarbelakang yang sesuai dan menarik.  

e)           Penggunaan video  yang relevan dengan tema perisian

f)              Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan 

            perisian kursus.

 

v.                   Navigasi

Merupakan kaedah yang digunakan dalam perisian bagi pengguna menjelajah program secara berkesan. Semasa menggunakan perisian kursus ini pengguna sentiasa tahu di mana ia sedang berada. Contoh penggunaan navigasi ialah:

·        Pendekatan metafora dinamik ,menggunakan perpetual unique navigation ,misalnya menu utama menggunakan topik sebenar dalam sub menu,subtopik.

·        Pendekatan satu submenu unik bagi setiap submenu.

·        Butang yang digunakan tidak menyerupai widgets komputer

·        Butang menu utama,sub menu dan sub menu unik akan sentiasa wujud pada setiap skrin dan hanya butang topik dan sub topik serta sub menu unuk yang sedang dijelajah sahaja akan aktif supaya pengguna sentiasa tahu di mana dia berada dalam program.

 

vi.                 Kualiti media

Imej statik digunakan bertujuan untuk memberikan gambaran tentang sesuatu objek,fakta atau konsep.

 

vii.               Audio merupakan kesan bunyi ,muzik dan suara yang digunakan dengan baik,jelas,tajam dan boleh dikawal .

 

viii.             Aspek  teknikal perisian kursus meliputi aspek-aspek berikut

·        Tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama oleh ramai pengguna serta tidak mengalami sebarang kerosakan atau system crash.

·        Perisian dapat berfungsi seperti yang dikehendaki dan mengeluarkana output atau maklumbalas yang betul

·        Masa yang diambil dalam penukaran skrin dan tindakbalas kepada input pengguna adalah pantas dan segera.

 

12.0    Komponen Pengkomputeran Perisian PPBK

 

12.1    Pelantar ( platform)

 

Pelantar atau platform yang akan digunakan oleh perisian yang akan dibangunkan ini ialah Microsoft  Window 98 . Namun begitu ianya boleh diaplikasikan secara bersendirian ( standalone), networking ataupun intranet.

 

12.2Keperluan  Perkakasan

 

Untuk membolehkan perisian PPBK ini diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran , spesifikasi perkakasan komputer yang diperlukan adalah seperti berikut,

Intel Pentium III  500 Mhz

32 MB AGP NVDIA  Card

3D PCI Sound card

64 MB SDRAM

250 MB Hard Disk ( sekurang-kurangnya)

52 x CD ROM

600 watt speaker

Mouse/Pad

Keyboard

15 “ SVGA Monitor

 

12.3    Perisian Membangunkan Perisian Kursus

 

Perisian yang digunakan untuk membangunkan perisian kursus ini ialah

 

 

12.3       Perisian Sokongan

·        Perisian Pemprosesan Perkataan Microsoft Word

·        Perisian Grafik Photo Editor

·        Perisian Pengimbas ( Scanner) Text Bridge

·        Audio Software Sound Blaster

·        Perisian Video  Power VCD atau Power DVD

 

 

13.       Penutup

 

                Di   Malaysia,  walaupun  PPBK  sedang   berkembang  dengan  meluas,  Ianya perlulah  diberi  perhatian  yang  mendalam  dan  dikawal.  Walaupun  komputer  mempunyai  potensi  untuk  memberkesankan  pembelajaran,  kita  perlu  sediakan  perisian  kursus  PPBK  yang  bermutu  untuk  mencapai  objektif  pembelajaran  yang  ditetapkan.

           

Perisian kursus yang baik perlu memenuhi parameter-parameter yang ditetapkan. Pembinaan  perisian kursus yang hanya mementingkan persembahan semata-mata tidak menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penglibatan pihak-pihak tertentu amat diperlukan untuk menentukan criteria dan garis panduan kepada pengeluar-pengeluar perisian kursus. Sejajar dengan pembangunan pesat teknologi maklumat, nilai-nilai murni dan budaya juga perlulah diambil kira dalam pembinaan perisian kursus  PPBK ini.

           

Menurut  kajian,  PPBK  memanfaatkan   pelajar  kerana  pelajar  dapat  mempelajari  sesuatu  dengan  cepat,  mempunyai  daya  ingatan  yang  lebih  baik,  memperolehi  sikap  positif  terhadap  komputer,  berinteraksi  dengan  komputer  secara  aktif,  dan  dapat  menentukan  cara  mereka  belajar  dengan  perisian  kursus  Pengajaran  Berbantukan  Komputer.

 

 

           

RUJUKAN

 

Goh  Kek  Seng  .1990.   Aktiviti  Mengenal  Komputer.  Kuala  Lumpur :  Federal  Publication.

 

Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On Attitude Towards Computers. Journal of Educational Computing Research.  (1), 69-88

 

Mohd.  Ridzwan  bin  Haji  Hashim .  1992 Pengajaran  Berbantukan  Komputer.  Wawasan  September 

 

Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan Penilaian Perisian . Media ComiL.

 

Shaharudin  Salleh  1986.  Pengenalan  Kepada  Komputer.  Petaling  Jaya : Federal  Publications.

 

Yong  Soe  Han  (1993).  Literasi  Komputer.  Kuala  Lumpur .Penerbit  Fajar  Bakti  Sdn.  Bhd.

 

Zoraini  Wati  Abas  (1992).  Komputer  Dalam  Pendidikan.  Kuala  Lumpur :  Penerbit  Fajar  Bakti  Sdn. Bhd.