Laporan Bengkel Asas Penyelenggaraan Komputer
SM Teknik Jalan Cator,Ipoh,Perak.



1.         Pengenalan

 

Pendidikan Komputer di Sekolah (GE6653) adalah salah satu mata pelajaran wajib oleh pelajar Sarjana Pendidikan Komputer di UKM.  Salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan di dalam modul GE6653 adalah merancang dan melaksanakan kursus kemahiran komputer. Untuk memenuhi keperluan ini , satu kursus /bengkel  asas penyelenggaraan perkakasan komputer diadakan kepada 20 orang guru sekolah menengah sekitar Ipoh,Perak.

 

 

2.         Tempat / Masa Kursus

 

a)     Tempat : Sekolah Menengah Teknik, Jalan Cator ,Ipoh,Perak

b)   Tarikh :  17 – 19 Ogos 2001

c)   Fasilitator :      En. Zarul Akmar dan En. Ishak Othman
 

 

3.         Objektif Kursus/ Bengkel

 

      a)      Memberikan pengetahuan tentang jenis dan fungsi komponen-komponen komputer
      b)     Dapat membuka dan memasang semula komponen perkakasan komputer
      c)     Mengetahui dan dapat menggunakan disket sistem dan memformat hard disk
      d)     Pengalaman installasi  perisian komputer
      e)     Mengenalpasti jenis-jenis kerosakan pada komputer dan melakukan pembaikan.
       f)     Mengetahui keperluan meningkatkan keupayaan sistem komputer
 
3.      Peserta Kursus/Bengkel ( gambar)

Peserta terdiri dari 20 orang  guru , 14 lelaki dan 6 orang perempuan  dari beberapa buah sekolah di sekitar Ipoh yang mempunyai pengetahuan asas tentang komputer dan terlibat  dengan kerja-kerja penyenggaraan komputer di sekolah masing-masing.

 

4.          Prosedur Kursus

 

        1          Penghasilan Modul – Perbincangan telah dibuat terlebih dahulu di antara  
    pelajar(fasilitator) dengan penyelia kursus Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin
    bagi menentukan tajuk dan skop kandungan kursus yang akan diadakan.

        2          Perbincangan tajuk dan pembahagian tugas telah dijalankan diantara pelajar( fasilitator)

        3          Penyediaan modul dan perlaksanaan bengkel dalaman ( bengkel 1 )  diadakan di UKM.

        4          Permohonan untuk mendapatkan tempat dan tarikh kursus kepada Pengetua  SM  Teknik Jalan Cator  
     dibuat melalui penyelia kursus.

   5.    Proses terakhir menyiapkan modul latihan dan sijil

 

 

 5.       Perlaksanaan Kursus

 

           a.     Kandungan
 

                                         1          Aspek Keselamatan Penguna dan Komputer

                                         2          Pengenalan

                                         3          Komponen Komputer/ Membuka komponen pada sistem komputer

                                         4          Mengenali Komponen Pada papan induk

                                         5          Memasang Komponen Perkakasan Komputer

                                         6          Pengurusan cakera Keras
     a.     Menyediakan Start Up Disk/ Disket Sistem
     b.     Penyediaan Partition /
     c.     Format Aras Tinggi
     d.     Memasukkan driver CD ROM

e.       Installasi  windows 98 ke dalam cakera.

    7.    Masalah biasa Komputer dan Trouble shooting

    8.    Strategi meningkatkan keupayaan komputer

    9.    Latihan dan Penilaian

 

 

  1. Penceramah Dan Fasilitator

 

Penceramah yang telah mengendalikan kursus
i. Ishak Othman
ii.        Zarul Akmar

 Penceramah dibantu oleh dua orang fasilitator dari SM Teknik Jalan Cator dengan kebenaran pengetua. Fasilitator terdiri daripada Pembantu Am Rendah SM Teknik Jalan Cator.

 

      c)   Bahan-Bahan Kursus/Bengkel

i.             Modul Pengajaran ( Format Ms Word)


Modul pembelaran telah disediakan dan diagihkan kepada semua peserta semasa pendaftaran.
Modul pembelajaran ini dibahagikan kepada kepada 10 aktiviti seperti berikut

a)               Aspek Keselamatan Penguna dan Komputer

b)               Pengenalan komponen pada sistem komputer

c)               Membuka dan Mengenali Komponen Pada papan induk

d)               Memasang Komponen Perkakasan Komputer

e)               Pengurusan cakera Keras

f)                Menyediakan Start Up Disk/ Disket Sistem
g)               Penyediaan Partition / Format Cakera Keras
h)               Memasukkan driver CD ROM Installasi  windows 98 .

               i)             Masalah biasa Komputer dan Trouble shooting

               j)             Strategi meningkatkan keupayaan komputer

               k)            Latihan dan Penilaian

 

 

ii.                Bilik dan Peralatan

Kursus ini dijalankan di sebuah makmal elektronik diSMT Jalan Cator . Terdapat ruang kerja yang begitu luas dan selesa. Meja dan kerusi disediakan. Komputer dan perlatan toolkit dibawa sendiri peserta .



               iii.  Penilaian Kursus ( Format Word)


Satu set borang penilaian diedarkan kepada peserta untuk  menilai bengkel yang diadakan.  Penilaian ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan perlaksanaan kursus dari perspektif peserta. 

 

           

Keputusan Penilaian Kursus = Bengkel II

 

Item

Peratus

  1. Kandungan Kursus

 

 

1.  Kandungan kursus bersesuaian dan menepati objektif kursus

98.6

2.  Tajuk tajuk yang disediakan mudah difahami dan diikuti

93.3

3.  Aktiviti dan latihan disediakan

80.0

4.  Tajuk dan panduan melaksanakan aktiviti dan latihan mudah difahami

 

5.  Agihan masa bagi setiap aktiviti adalah bersesuaian

75.0

 

  1. Perlaksanaan Kursus

 

 

1. Taklimat dan penerangan bagi setiap aktiviti dinyatakan dengan jelas

86.7

2. Jadual waktu kursus adalah bersesuaian

73.3

3. Agihan masa untuk melaksanakan setiap aktiviti adalah baik

80.0

4. Panduan dan arahan melaksanakan aktiviti jelas

75.6

5. Bahan-bahan kursus disediakan dengan baik dan mencukupi

79.5

6.  Jangkamasa kursus adalah mencukupi dan bersesuaian

26.7

7.  Setiap peserta dapat melakukan aktiviti dengan selesa dan lancar

73.5

8.  Fasilitator sentiasa memberikan bantuan kepada peserta

95.0

 

C. Penguasaan Pengetahuan dan kemahiran penyenggaraan  
     perkakasan komputer

 

 

1. Saya telah mengetahui dan memahami  beberapa aspek mengenai  
       penyenggaraan komputer

85.7

2. Saya telah mengetahui jenis dan fungsi komponen perkakasan yang
       terdapat pada sistem komputer

77.8

3. Saya  merasa yakin untuk melaksanakan penyenggaraan komputer
       satelah mengikuti kursus ini

60.0

4.    Kursus penyenggaraan komputer ini amat perlu kepada setiap pendidik.

78.9

5.   Kursus ini telah meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran saya 
       dalam penyenggaraan perkakasan komputer

87.0

 


a)            Kekuatan Kursus

 

i.        Menepati Objektif.  Semua peserta menyatakan bahawa mereka telah memperolehi pengetahuan dan kemahiran tentang perkakasan komputer.  Pengetahuan dan kemahiran mereka meningkat setelah mengikuti kursus.

 

ii.  Keyakinan.  Kursus yang telah dijalankan berjaya membina keyakinan peserta kursus untuk
     melakukan pemasangan  dan membaiki kerosakan  pada sistem komputer.

 

iii.                Pengajaran yang dijalankan mudah difahami oleh para peserta. Fasilitator sentiasa  
        memberikan penerangan dan bimbingan sepanjang masa kursus dijalankan

iv.    Bahan Bantu Mengajar.  Penceramah menggunakan nota dan juga CD ROM
         untuk  membantu peserta memahami sesuatu aktiviti yang dijalankan. Contohnya Perisian  
         bantuan komputer mengenai teknik dan panduan  pemasangan komponen komputer.

 

 

 

b)      Kelemahan Kursus

 

i.     Tempoh kursus adalah terlalu singkat.  Tempoh kursus perlu dilanjutkan kepada lima hari 
       kerana peserta peserta merasakan banyak  perkara yang perlu dipraktikkan .Walau
       bagaimana pun, penceramah berpendapat bahawa kandungan aktiviti perlu di kurangkan
       untuk    disesuaikan dengan tempuh kursus selama tiga hari .

 

ii.    Tahap penguasaan peserta berbeza dan ada peserta terlalu ghairah untuk melakukan aktiviti  
    sehingga mengabaikan arahan yang disediakan dalam modul


iii.   Jumlah fasilitator perlu ditambah kepada empat orang. Oleh kerana bengkel ini
       mengutamakan amali ( hand on) , proses membimbing  peserta diutamakan dalam setiap
       aktiviti. Oleh sebab itu dua  fasilitator Tidak mencukupi untuk menjayakan bengkel ini.

5.      Kos

 

Jumlah perbelanjaan yang telah digunakan  dalam bengkel ini:

 

Cetakan Modul dan nota

      RM   85.00

Perjalanan & Makan

      RM 200.00

Fail Kursus & alatulis

      RM   20.50

Kamera Filem

      RM   10.00

Disket dan CD

      RM   90.00

Lain-lain perbelanjaan

      RM   20.00

Jumlah keseluruhan

      RM   425.50

 

 

 

6.      Cadangan Dan Penutup

 

Kursus ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama yang baik daripada Pengetua, Penolong Kanan  fasilitator dan semua peserta . 

 

Walau bagaimana pun, kerja kursus ini telah memberikan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar .  Ia memberi pendedahan kepada penceramah untuk merancang dan mengendalikan kursus kemahiran komputer pada masa akan datang

 

Beberapa cadangan berikut perlu diambil kira untuk memperbaiki kursus atau bengkel pada masa akan datang

1.            Tempoh Kursus : Perlu dilanjutkan supaya sesuai dengan kandungan aktiviti atau diadakan secara
                                               bersiri untuk memastikan peserta boleh mengikuti aktiviti dan dapat menguasaio
                                               dengan mantap .

2.            Peralatan    : Penganjur perlu menyediakan perlatan yang mencukupi seperti perkakasan  
                                                komputer, peralatan untuk membaiki komputer (toolkit) dan sebagainya

 

3.            Bahan Bantu Mengajar  bantuan komputer yang sesuai perlu disediakan untuk membantu peserta  
                                                memahami sesuatu aktiviti dengan lebih mudah dan cepat.
4.            Yuran Pendaftaran minimum perlu dikenakan kepada semua peserta.




LAMPIRAN

 

               A)           Jadual Kursus

 

 

JADUAL KURSUS ASAS PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Tarikh : 17 – 19 Ogos 2001

Tempat : SM Teknik Lebuh Cator, Ipoh,Perak.

 

Tarikh/Masa

8.00

9.00

10.00

11.00

12.30

2.00

3.00

4.00

5.00

 


Jumaat

17 Jul 2001

 

Pendaftaran peserta / Perasmian dan TaklimatKursus

Aktiviti 1

Aspek Keselamatan Penguna dan Komputer
 


Sabtu

18 Jul 2001

Aktiviti 2

Pengenalan

Komponen Komputer/ Membuka komponen pada sistem komputer

 

Aktiviti 3

Mengenali Komponen Pada papan induk


Rehat/
Makan tengahari/
Solat

Aktiviti 4

Memasang Komponen Perkakasan Komputer

Aktiviti 5

Pengurusan cakera Keras

Menyediakan Start Up Disk/ Disket Sistem

Aktiviti 6

Penyediaan Partition /

Aktiviti 7

Format Aras Tinggi


Ahad

19 Jul 2001

Aktiviti 8

Memasukkan driver CD ROM dan installasi  fail windows 98 ke dalam cakera.

 

 

Aktiviti 9


Masalah komputer & Trouble shooting

 

 

Aktiviti 10

 

Strategi meningkatkan keupayaan komputer






Rehat/
Makan tengahari/
Solat



Latihan dan Penilaian

 

Bersurai

 

 

b)            Senarai nama peserta


Nama Peserta Bengkel Penyelenggaraan Kompoter

Bil.

Nama Guru

No. K/P

Institusi/Sekolah

1.

Bukhari Bin Taib

690110-02-5921

SMT Lebuh Cator Ipoh

2.

Aman Bin Hassan

580803-08-5743

SMT Lebuh Cator Ipoh

3.

Kamarudin Bin Mohamad Isa

520622-08-5889

SMT Lebuh Cator Ipoh

4.

Khairul Naim Bin Abdul Samad

650111-08-5663

SMT Lebuh Cator Ipoh

5.

Mohamad Bin Hj Dahlan

140767-10-6265

SMT Lebuh Cator Ipoh

6.

Mohd Suzli Bin Abdullah

670212-03-6279

SMT Lebuh Cator Ipoh

7.

Norainyi Bt Ahmad

560601-07-5530

SMT Lebuh Cator Ipoh

8.

Raja Ahmad Bin Raja Mohd Nor

561102-08-6053

SMT Lebuh Cator Ipoh

9.

Suzana Bt Ahmad

680421-08-5164

SMT Lebuh Cator Ipoh

10.

Roslan B. Ahmad

580820-02-5355

SMT Lebuh Cator Ipoh

11.

Noraizan Bt Labib

571026-10-5806

SM Megat Khas Ipoh

12.

Mustafa B Saidon

580920-08-5005

SM Megat Khas Ipoh

13.

Kamaruzaman B Jaaffar

740102-11-5911

SMT Psrn. Brash Ipoh

14.

Norhayati Bt Yarib

771011-08-6766

SMT Psrn. Brash Ipoh

15.

Azhar B Mohd Rodzi

610823-08-5059

SMT Psrn. Brash Ipoh

16.

Nor Azizah Bt Zakaria

560601-08-5616

SMK Convent Teluk Intan

17.

Rafiza Bt Abd Razak

740124-08-5426

SMK Convent Teluk Intan

18.

Hafizi B. Alias

760705-08-5991

Institut Teknologi Perak

19.

Zaidi Bin Nadzri

701116-08-5547

Usahawan Bumiputera

20.

Mohd Faris B Othman

730501-07-5575

Usahawan Bumiputera