Tugasan 3: GE 6353 Asas Pendidikan Komputer

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Komputer Dan Teknologi Maklumat

1.0 Pengenalan

Perlaksanaan kurikulum komputer dan teknologi maklumat  memerlukan satu pendekatan baru yang lebih inovatif bagi menampung pelbagai kehendak dan cabaran kemahiran teknologi maklumat masa kini. Pendekatan yang lebih sistematik dalam melaksanakan kurikulum teknologi maklumat ini disamping tidak mengongkong pelajar dengan kekangan waktu sebaliknya juga akan memberikan ruang belajar dengan selesa kepada tenaga pengajar dan juga pelajar. Menurut Mohammed Sani (1998) sukatan matapelajaran Teknologi Maklumat kini sudahpun mula masuk ke dalam sekolah-sekolah di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga giat secara beransur-ansur membekalkan prasarana berbentuk persekitaran teknologi maklumat di sekolah-sekolah seluruh negara, bermula dengan rancangan sekolah-sekolah . Modul subjek komputer dan teknologi maklumat yang dibina  ini  hanyalah  merangkumi sebahagian tajuk asas sistem komputer yang terdapat dalam sukatan pelajaran teknologi maklumat di maktab perguruan .Perlaksanaan  pengajaran dan pembelajaran berasaskan modul  dalam menyampaikan tajuk perkakasan komputer memerlukan  pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tertentu . Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan bahawa pelajar dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat memanfaatkan selari dengan  kemajuan teknologi komputer dan berkebolehan menggunakan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka dan juga perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan negara masa depan yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat. Prinsip pembelajaran berasaskan komputer berlaku apabila pembelajaran dilaksanakan melalui penggunaan  komputer. Alat elektronik seperti komputer boleh digunakan dalam bilik darjah untuk membantu kaedah pengajaran tradisional. Komputer adalah satu alat elektronik yang boleh menyimpan arahan dan data dalam  memorinya dan melaksanakan arahan dalam susunan yang lojik. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran mencakupi teknologi sebagai alat dan bahan pembelajaran seperti komputer, dan teknologi sebagai proses pembelajaran seperti pembinaan bahan dan sistem pembelajaran. 

2.0 Matlamat Dan Objektif Modul

Matlamat pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran asas perkakasan komputer berasaskan kepada perkara berikut.

1. menyediakan satu panduan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mengenai perkakasan
    komputer yang mudah serta dapat mengoptimumkan masa guru dan pelajar.
2. memberikan keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran
    mengenai komponen perkakasan komputer berdasarkan kadar keupayaan masing-masing
3. Memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas,konsep,prinsip dan fakta mengenai komponen
     perkakasan koomputer berdasarkan kandungan modul
4. membolehkan pelajar berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk memenuhi aktiviti modul
5. Mencetuskan perbincangan dikalangan pelajar dan guru

Penggunaan modul ini diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut.
1.    Dapat memberi pengetahuan dan kemahiran kepentingan pengetahuan dan komponen sistem komputer dalam teknologi 
       maklumat. 
2.    Dapat menjana kefahaman mengenai jenis dan fungsi komponen perkakasan komputer dan yang berkaitan dengannya 
      dalam menjayakan matlamat pengajaran dan pembelajaran matapelajaran teknologi maklumat
3.    Dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang kepentingan menjaga dan baikpulih sistem 
      komputer masing-masing 

3.0 Kandungan Modul

Perkembangan pendidikan di negara ini sentiasa dibayangi dengan kewujudan teknologi baru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik sentiasa digalakkan bersikap pro-aktif  khususnya dalam pengajaran mereka supaya dapat memupuk minat pelajar tentang sesuatu tajuk. Dalam pembinaan modul ini, pengkaji akan mengambil kira beberapa kriteria berkaitan konsep pendidikan komputer agar dapat dijadikan sebagai satu panduan dalam pembinaan modul.  Peluang pembelajaran melalui komputer lebih bersifat terbuka dan luas serta ia menjurus kepada kelompok
sasarannya sendiri seperti pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi
(Harun, 1998). Kemudahan Internet yang ada dalam komputer telah memperkayakan lagi sumber-sumber
maklumat berbanding dalam bentuk konvensional sebelum ini seperti buku, majalah, jurnal dan buletin penyelidikan. 

Isi kandungan modul pengajaran dan pembelajaran komputer dan teknologi maklumat bertajuk asas sistem
komputer ini terbahagi kepada 3 bahagian modul utama iaitu:

i. Modul 1 –   Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran subjek komputer mengenai Asas Perkakasan Sistem Komputer 
ii. Modul 2 –  Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran komputer Asas Perkakasan  Komputer yang disepadukan   
                     dengan mata   pelajaran Bahasa Malaysia. 
iii. Modul 3 – Pengendalian Projek-Projek Pelajar 


4.0     Modul 1 : Pengajaran Subjek Teknologi Maklumat 

Kandungan bahagian ini dibahagikan kepada 5 unit yang akan memberikan fokus terhadap beberapa bahagian tajuk yang terdapat dalam subjek komponen asas sistem komputer.

Unit 1. Konsep Asas Sistem Komputer

1.1 Isi kandungan 
· Definisi Komputer
· Perkakasan Sistem Komputer
· Unit pemprosesan Pusat 
Bahagian ini merangkumi penjelasan makna sistem komputer , penjelasan aliran sistem kerja yang terdiri daripada input, proses, output dan storan , penjelasan fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sebagai komponen utama dalam Aliran Sistem Kerja , penerangan tentang keupayaan komputer dalam menyimpan , menyusun , memilih dan mendapatkan data serta mengaitkan komponen aliran sistem kerja bagi input dan output dengan peranti-peranti yang bersesuaian . Bahagian ini juga membolehkan pelajar mengetahui dan memahami makna system komputer , pelajar dapat mengetahui fungsi Unit
Pemprosesan Pusat (CPU) , pelajar dapat mengetahui keupayaan komputer dalam menyimpan maklumat , komponen aliran system kerja bagi komputer dan sebagainya . 

Objektif pengajaran dan pembelajaran unit 1 adalah seperti berikut .
Melalui perlaksanaan bahagian ini pelajar akan dapat
1 Menjelaskan makna sistem komputer 
2 Menjelaskan aliran sistem kerja yang terdiri daripada input, proses, output dan storan 
3 Menjelaskan fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sebagai komponen utama dalam Aliran Sistem Kerja 
4 Menerangkan keupayaan komputer dalam menyimpan, menyusun, memilih dan mendapatkan data 
5 Mengaitkan komponen aliran sistem kerja bagi input dan output dengan peranti-peranti yang bersesuaian 

Unit 2: Perkembangan Teknologi Perkakasan 
2.1 Kandungan 

1. Definisi dan Sejarah Perkembangan Komputer
2. Makna Perkakasan dan komponen papan induk
3. Perkembangan perkakasan dan fungsinya
Dalam unit ini pelajar akan mempelajari tentang sejarah dan perkembangan komputer bermula daripada tiub vakum , penjelasan tentang makna perkakasan , memperihalkan tentang perkembangan perkakasan komputer dan idea/keadaan yang mencetuskan penciptaannya dan mencadangkan tentang idea-idea baru bagi memajukan perkakasan yang sedia ada . Topik ini amat sesuai kerana ianya  meliputi tentang sejarah bermulanya penggunaan komputer , menggalakkan pelajar berfikir berdasarkan topik mencadangkan idea-idea baru bagi memajukan perisian komputer yang sedia ada . 

Objektif pengajaran dan pembelajaran unit 2 adalah seperti berikut
1. Memperihalkan sejarah dan perkembangan komputer bermula daripada tiub vakum 
2 Menjelaskan makna perkakasan 
3 Memperihalkan perkembangan perkakasan komputer dan idea/keadaan yang mencetuskan penciptaannya 
4 Mencadangkan idea-idea baru bagi memajukan perkakasan yang sedia ada 

Unit 3. Fungsi Komponen Asas Sistem Komputer
3.0 Kandungan 

1. Fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU)
2. Papan Induk Dan Komponen 
3. Nombor Asas Penduaan dan Perenam belas
4. Operasi Logik dan Aritmetik Komputer
Topik ini memperkenalkan tentang perkakasan yang terdapat di dalam sesebuah sistem komputer .Selain dari itu membangkitkan minat untuk mengetahui dan sifat berani untuk melakukan sesuatu .Selain dari itu, ianya juga memberikan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengalaman dari aktiviti yang dilakukan. 

Objektif pengajaran dan pembelajaran 

1 Memperlihatkan bagaimana CPU memproses data.
2 Mengetahui dan memahami fungsi CPU sebagai komponen utama dalam sistem kerja
3 Mengetahui keupayaan komputer dalam menyimpan,menyusun  ,memilih dan mendapatkan data
4 Mengetahui dan memahami peranti output serta contoh jenis peranti input dan output

Unit 4 : Membuka Dan Memasang Komponen Unit Sistem

4.0 Kandungan 
1. Mengenalpasti komponen-komponen pada papan induk berikut: mikropemproses, RAM, BIOS,expansion slot, kad, 
    jumper.
2. Memasang peralatan komputer dan komponen-komponen seperti kad dan RAM pada papan induk. 
3. Ciri-Ciri RAM, ROM dan EPROM serta fungsi masing-masing dalam suatu sistem komputer. 
4. Ciri –Ciri Storan Primer
Bahagian ini akan memfokuskan kepada beberapa aktiviti pelajar yang melibatkan interaksi pelajardengan komponen-komponen pada papan induk disamping melakar dan melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk. Pelajar juga akan melakukan beberapa aktiviti menanggalkan sistem komputer dan komponen-komonen pada papan induk ,memasang semula sistemkomputer dan komponen-komponen pada papan induk serta dapat menjelaskan fungsi perkakasan yang dipasang. 

Objektif pengajaran dan pembelajaran
1. Dapat melakar/melabel kedudukan komponen- komponen pada papan induk. 
2 Dapat menjelaskan fungsi komponen-komponen pada papan induk. 
3 Dapat menanggal dan memasang semula sistem komputer dan komponen- komponen pada papan induk .
4 Dapat menjelaskan ciri-ciri RAM, ROM dan EPROM. 
5 Dapat menjelaskan fungsi-fungsi RAM, ROM dan EPROM.
6. Dapat menyatakan keupayaan sesuatu storan primer di dalam sesebuah komputer
7. Dapat membandingkan sesuatu keupayaan storan primer. 

Unit 5 : Pengurusan Cakera Keras Dan Perisian sistem

5.0 Kandungan

1. Penyediaan Disket Sistem atau Start Disk Dan Fail Utama
2. Proses membina pembahagian pada cakera keras
3. Memformat Cakera Keras
4. Melakukan Instalasi Sistem Operasi Windows

Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran

1. Dapat menghasilkan satu disket sistem atau startup disk
2. Mengenalpasrti fail-fail utama dalam disket sistem dan dapat menggunakannya
3. Menggunakan disket sistem untuk melakukan pembahagian (partition hard disk)
4. Dapat membuat format pada cakera keras
5. Memasukkan sistem operasi dalam sistem komputer

4.0 Strategi Penggunaan Modul 

Penggunaan modul digunakan melalui beberapa strategi . Ianya terbagai kepada 

a) Bila Modul Digunakan 
i). Modul ini boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Teknologi Maklumat bertajuk dalam tajuk ‘Asas Perkakasan Komputer’. 
ii. Modul ini boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran asas perkakasan komputer sedang dijalankan. 

b) Di mana Modul ini Digunakan 
i. Modul ini boleh digunakan ketika berlakunya sesi pengajaran dan pembelajaran samada di maktab ataupun di sekolah. 
ii. Modul ini boleh digunakan di rumah ketika pelajar ingin mengulangkaji. 

c) Sistem Komputer dan Peralatan yang Digunakan 
i. Komputer yang digunakan ialah komputer di maktab atau sekolah dimana terdapat bilik yang menempatkan sekurang-kurangnya 20 buah komputer. 
ii. Jika pelajar-pelajar mempunyai komputer dirumah, pelajar masih lagi boleh menggunakan modul ini sebagai latihan tambahan atau kerja rumah. 

4.1 Sumber Sokongan 

Sumber sokongan ketika menggunakan dan melaksanakan modul adalah seperti berikut tersebut ialah: 
i) Perkakasan Komputer yang mengandungi komponen-komponen utama sistem komputer yang melibatkan storan sekunder,primer,alat input dan output
ii) CD-ROM – pelajar-pelajar boleh menggunakan CD-ROM untuk mempelari tajuk ini melalui perisian PPBK bertajuk asas perkakasan komputer.
iii) Internet - pelajar-pelajar dapat menggunakan internet untuk mencari laman-laman Web yang berkaitan dengan penyenggaraan perkakasan komputer.

iv) Peralatan lain 
i. OHP (overhead projector) - memudahkan pengajaran dan pembelajaran 
ii. Komputer multimedia untuk guru dan pelajar 
iii. LCD panel 
iv. krin paparan 

5.0 Penerapan Unsur Unsur KBKK

Komponen kemahiran berfikir yang hendak diterapkan dalam modul ini ialah

a. Kebolehan untuk mengenalpasti dan menyelesai masalah berkaitan perkakasan atau perisian komputer
b. Keupayaan berinteraksi secara verbal untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara
c. Kebolehan memasang,menyusun dan menyenggara sistem komputer serta menggunakannya untuk berkomunikasi dan 
   menyelesaikan masalah.
d. Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut perancangan yang dibuat dengan bantuan .
e. meneliti bahagian kecil dari sebahagian.
f. kemahiran belajar. 
g. membuat perbandingan dan perbezaan. 
h. kemahiran menerokai pelbagai kemungkinan bagi menghasilkan sesuatu yang baru apabila membuat keputusan.
i. kemahiran menyelesaikan masalah. 

6.0 Penerapan Nilai Murni

Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam modul ini ialah:
i. Menyedari dan mengikuti perkembangan teknologi maklumat dan kesannya terhadap masyarakat dan kehidupan harian
ii. Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam memajukan masyarakat
iii. Akauntabel dan kebolehjawapan dalam mengendalikan perkakasan komputer
iv. memahami bahawa segala ciptaan manusia adalah untuk kebaikan mahluk sejagat.
v. Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja berkumpulan.

8.0 Kaedah Pengajaran 

a) Kaedah tinjauan semula. 
b) Kaedah penyelesaian masalah
c) Kaedah kuliah. 
d) Kaedah menyoal atau latih tubi. 
e) Kaedah Memberi Arahan. 
f) Kaedah Demonstrasi. 
g) Kaedah Simulasi. 
h) Kaedah perbincangan. 
I) Kaedah inkuari. 

7.0 Strategi Penyampaian Modul

Dalam perenggan ini, kita akan melihat sejauh mana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan modul asas perkakasan sistem komputer. 
Dalam teori tingkahlaku , tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran atau sistem pengajaran seperti komputer yang digunakan. Dalam modul ini , aras penggunaan yang sesuai ialah hanya pada peringkat kefahaman dan pengetahuan. Teori ini akan berpegang kepada anggapan bahawa pengajaran dan pembelajaran modul merupakan tanggungjawab guru,dan dikawal sepenuhnya oleh pereka bentuk pengajaran atau sistem pengajaran iaitu guru. 
Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerakbalas, ia akan mengulangi respons tersebut setiap kali rangsangan yang serupa ditemui. 

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan modul pengajaran dan pembelajaran asas perkakasan komputer yang disepadukan matapelajaran bahasa Malaysia. Pembinaan modul ini adalah memerlukan pelajar yang aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan
pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari
pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja memasang dan menbuka komponen perkakasan komputer . Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat dalam modul ini.  Teori kognitif, menjelaskan pemindahan pembelajaran adalah petunjuk ke arah pembelajaran aktif dimana pelajar bertindak secara aktif memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan untuk menjadikannya bermakna. Dalam modul pengajaran dan pembelajaran asas perkakasan komputer ini , pelajar memerlukan kepada pemindahan pembelajaran. Maksudnya, pelajar memerlukan pengetahuan berkaitan menggunakan modul tersebut. Teori ini lebih menekan kepada pengetahuan kini dan pengetahuan yang lepas. 

7.1      Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Modul
Penggunaan komputer juga merupakan salah satu alat dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini memandangkan komputer yang berInternet menawarkan komponen-komponen seperti laman-laman web yang menyediakan sumber pendidikan berbentuk hiperteks, yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi, audio dan visual. Konsep tersebut bukan sahaja sesuai menyampaikan sumber-sumber maklumat berbentuk pendidikan, malah ianya sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan dan perkhidmatan pendidikan.  Penggunaan modul berasaskan asas perkakasan komputer dapat mengurangkan sebahagian besar masalah yang dihadapi oleh pelajar Menurut (Hannaford, 1993) dengan menggunakan modul dalam pengajaran pembelajaran : 
i) Pelajar mengambil masa yang kurang untuk mempelajari sesuatu. 
ii) Menambahkan tumpuan perhatian kepada tugas dan motivasi. 
iii) Pelajar mempunyai sikap positif terhadap penggunaan komputer di kelas. 
iv) Komputer tidak menyekat kreativiti pelajar. 
v) Faedah penggunaan komputer bergantung kepada persekitaran dan cara komputer digunakan. 
vi) Komputer berjaya mengajar pelajar yang terdahulunya tidak boleh diajar dan tidak berminat untuk belajar. 

Penggunaan modul ini juga berasaskan kepada prinsip pembelajaran berasaskan komputer akan memberi
tumpuan kepada proses pembelajaran dalam persekitaran pendidikan seperti berikut (Yusup & Razmah,1999). 
a)   menggalakkan pelajar mencari, mengakses, mengguna dan menilai maklumat menggunakan teknologi multimedia. 
b)  menggalakkan pelajar menggunakan jaringan maklumat seperti Internet 
c)  menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif 
d) memupuk perkembangan pelajar ke arah pemikiran analitik dan kreatif, berkebolehan membuat keputusan dan 
    menyelesaikan masalah. 
e) menggalakkan pembelajaran arah kendiri 
f) mewujudkan amalan belajar mengikut kadar kebolehan masing-masing. 

Pengajaran dan pembelajaran diuruskan komputer menggunakan sistem komputer dan multimedia untuk mendapatkan maklumat .Modul ini menyediakan pembelajaran dan sumber-sumber pembelajaran bagi menyediakan pengajaran individu yang lebih baik (Faridah, 1998). Penggunaan modul pengajaran dan pembelajaran perkakasan komputer yang disepadukan dengan bahasa Malaysia ini memerlukan strategi yang tertentu dan pendekatan yang boleh diterapkan dan digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran  agar matlamat dan objektif pengajaran boleh dicapai. 

Antara strategi pengajaran pembelajaran modul ini ialah: 
a) Penerapan Nilai-nilai murni. 
b) Kemahiran Berfikir 
c) pembelajaran Aktif 
d) Pembelajaran Koperatif 
e) Pembelajaran Kolaboratif 
·f) pembelajaran Anjal 
g) Pembelajaran Bersepadu 

i)     Penerapan Nilai-Nilai Murni 
Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek. Sehubungan itu, penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan walau dengan apa kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Pembinaan modul yang asas perkakasan komputer ini akan diterapkan dengan nilai-nilai murni agar pelajar-pelajar dapat dibentuk ke arah yang positif. Nilai-nilai murni yang akan diterapkan adalah seperti: 
a) Berdikari 
b) Bekerjasama 
c) Tepati masa 
d) Sabar 
Sebagai seorang pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan walaupun proses pengajaran dan pembelajaran berlaku tanpa menemukan pengajar dan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: 
a) Tepati masa 
b) Lemah Lembut 
c) Peka terhadap masalah pelajar 
d) Ada objektif pengajaran 
e) Kaedah Pengajaran dipelbagaikan 
f) Menyediakan ruang untuk perbincangan 
g) Memberi dorongan pada pelajar walaupun jawapannya salah. 
h) Bersedia membuat temujanji dengan pelajar. 
i) Sabar. 

ii)    Kemahiran Berfikir 

Kemahiran berfikir secara kritis ialah proses menggunakan minda untuk menilai, meneliti dan membuat pertimbangan mengenai sesuatu idea, isu, masalah atau fenomena berdasarkan bukti-bukti yang ada. Pengajar hendaklah memasukkan aspek-aspek kemahiran berfikir dalam modul yang dibina. Ia akan menyebabkan pelajar-pelajar terangsang dengan pengajaran dan pembelajaran agar objektif perisian boleh dicapai. Dalam kemahiran berfikir, antara perkara-perkara yang ditekankan ialah seperti membanding dan membeza, membuat kategori, meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan, menerangkan sebab, menyusun mengikut urutan, menyusul periksa andaian dan membuat ramalan. 

iii)     Pembelajaran Aktif 
Dalam strategi pembelajaran aktif, pelajar bukan sahaja belajar dari dari guru malah pelajar boleh mendapatkan maklumat menggunakan kemudahan teknologi maklumat. Pelajar akan mendapatkan maklumat yang diperlukan secara sendiri yang dikatakan akses kendiri. Pelajar digalak untuk meneroka dan mendalami bidang ilmu tertentu supaya mendapat tahap pencapaian yang cemerlang. 

iv. Pembelajaran Koperatif 
Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan.strategi aktiviti amali untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut Steven et al. (1991) mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. 

v. Pembelajaran Kolaboratif 
Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran kolaboratif berjalan, interaksi berlaku di antara pelajar dengan
bahan pengajaran, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan
pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan
hasil yang didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara kolaboratif
dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran
secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar. 

vi. Pembelajaran Anjal 
Pengajaran dan pembelajaran modul tidak semestinya dijalankan pada jadual waktu rasmi. Pembelajaran anjal
melibatkan masa pelajar belajar dan kurikulum harus dirancang dengan sebaiknya disamping mewujudkan jadual waktu anjal. Dalam kaedah pengajaran pendidik guru harus diambil kira perbezaan pelajar itu sendiri.  Maka pembelajaran anjal harus dilaksanakan diluar waktu pembelajaran kelas biasa. 

viii. Pembelajaran Bersepadu 
Strategi pembelajaran Bersepadu ialah pendekatan pembelajaran yang menggunakan rangkaian komputer,
bahan yang berasaskan komputer dan media sokongan, bagi memenuhi keperluan pembelajaran individu
mengikut sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam pembelajaran ini, sistem instruksi, pembelajaran dan
pengurusan, dikendalikan oleh komputer menggunakan rangkaian komputer (Yusup & Razmah, 1999) 

xi. Pembelajaran Penemuan Berpandu 

Pembelajaran Penemuan Berpandu merupakan pendekatan inovatif yang menggunakan teknologi baru untuk
meningkatkan proses instruksi dan pembelajaran tetapi masih mengekalkan peranan tradisi guru sebagai
penentu arah pembelajaran pelajar. (Yusup & Razmah, 1999). Guru menggunakan pendekatan sistem dalam
merancang dan melaksanakan stategi instruksi tetapi penggunaan multimedia menjadi tumpuan utama dalam
mengawal proses pembelajaran. 

 

8.0    Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran komputer  yang disepadukan dengan mata pelajaran  Bahasa 
          Malaysia

Tajuk Asas Perkakasan Komputer ini boleh disepadukan dengan   mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia

Mata pelajaran Bahasa Malaysia yang disepadukan ialah penulisan karangan  bertajuk Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam Kehidupan Manusia..

a)     Objektif   

Di akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat

a)   Membaca dan menaakul maklumat daripada petikan   tentang Teknologi Maklumat  dan menyatakan secara lisan  ciri dan fungsi setiap komponen perkakasan komputer dengan tepat.

b)  Membaca dengan sebutan, intonasi dan gaya yang betul.

c)  Menyenaraikan kelebihan kegunaan komputer dalam kehidupan manusia

c)  Menulis sebuah karangan bertajuk  bertajuk Kepentingan Teknologi Maklumat Dalam    
    Kehidupan Manusia.

                       b)            Penyerapan:

Aspek Bahasa ( Morfologi) :

Membina ayat yang gramatis  
Ayat penyata  
Ayat aktif

Ilmu:

·           Teknologi Maklumat

·           Moral

Nilai:

·           Kerjasama  
·           Menghargai pendapat rakan  

·           Amanah  
·           Sederhana

Bahan Sumber:

·           Bahan Prosa – petikan rencana

·           Gambar grafik

 

 c)    Kemahiran Berfikir secara kreatif dan kritis:

·         Menyusun atur

·         Menentukan kriteria

·         Membanding membeza

·         Memilih altenatif terbaik

·         Membuat kesimpulan

·         Menilai dan Menaksir

                
             d)            Pengetahuan sedia ada:

·         Pelajar pernah mendengar  dan melihat  beberapa  komponen perkakasan komputer

·         Pelajar  pernah dan boleh menggunakan perisian komputer untuk melakukan beberapa tugasan

·         Pelajar dapat membina ayat mudah daripada beberapa perkataan berkaitan dengan Teknologi Maklumat.  


9.0     Penilaian Modul 

Modul yang dibina mestilah memenuhi kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran. Untuk membina sebuah modul yang baik , modul tersebut hendaklah bertindak sebagai tutor peribadi dalam pengajaran dan pembelajaran dan dapat menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan supaya pelajar boleh memahami semua konsep yang diajar dengan mudah.  Oleh kerana modul ini adalah berasaskan kepada perkakasan komputer pemilihan program perisian yang berdasarkan pengetahuan dan kemahiran manusia mengenali,memahami dan menyenggarakan perkakasan komputer (Jay, 1983). Program perisian tersebut mestilah menumpukan kepada perkara-perkara berikut: 
a) Membolehkan pelajar mengingati maklumat dan menumpukan perhatian. 
b) Menggunakan bahasa dan ciri-ciri teks yang sesuai dengan peringkat pencapaian pelajar. 
c) Memudahkan pelajar memproses grafik dan maklumat visual. 
d) Mengambil kira ciri-ciri pengguna. 
e) Memberi maklumbalas kepada pelajar. 

Menurut Jay lagi, sebuah perisian yang baik mempunyai ciri-ciri berikut: 
a) Berupaya mengekal minat pelajar 
b) Memberi peluang kepada pelajar untuk mengimbas kembali dan mengulangkaji maklumat latarbelakang supaya kemajuan  dalam pelajaran tidak terganggu 
c) Menggunakan strategi pengajaran seperti penerangan, grafik dan simulasi   supaya pengajaran berjaya 
d) Menunjukkan contoh-contoh penyelesaian kepada soalan-soalan yang hendak diselesaikan oleh pelajar. 
e) Memberi latihan percubaan. 
f) Menyemak dan memberi maklumbalas yang sesuai tentang setiap jawapan pelajar. Jika jawapan betul, peneguhan seperti  
   bagus diberikan. 
g) Merekod dan menilai pencapaian pelajar berdasarkan ukuran-ukuran yang sesuai. 

10.0 Pengendalian Projek-Projek Pelajar

Penilaian yang dijalankan dalam bentuk aktiviti latihan amali . Ojektif utama penilaian ini ialah supaya pencapaian pelajar dapat direkodkan secara sah untuk memastikan objektif pelajaran tercapai. Perlaksanaan latihan dan aktiviti pelajar adalah untuk memenuhi kriteria seperti berikut.
1. Dapat menjelaskan dengan betul makna komputer .
2. Mengetahui keupayaan sistem komputer untuk menyimpan,menyusun,memilih dan 
3. Mendapatkan data.Dapat menyatakan aliran sistem komputer yang terdiri daripada input, proses, output dan storan
4. Melihat dan mengenalpasti jenis komponen-komponen pada papan induk. 
5. Melakar dan melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk. 
6. Menanggalkan sistem komputer dan komponen-komonen pada papan induk  (RAM, Kad, jumper, dll). 
7. Memasang semula sistem komputer dan komponen-komponen pada papan  induk (RAM, Kad, jumper, dll). 
8. Menjelaskan fungsi perkakasan yang dipasang. 
9. Menjelaskan ciri-ciri RAM, ROM, dan EPROM. 
10. Menjalankan proses menguruskan cakera keras dengan melakukan aktiviti membahagikan (partition) dan format dan serta dapat memasukkan sistem operasi


10.1     Kriteria Penilaian

 

Tajuk / Latihan

Aspek Penilaian

Kriteria Penilaian

Pemberatan Markah

 

Unit 1.

Konsep Asas Sistem Komputer

 

 

 

1.      Definisi Komputer
Perkakasan Sistem Komputer

2.    Unit pemprosesan Pusat

 

 

·  Dapat menjelaskan dengan betul makna komputer .

  • Mengetahui keupayaan sistem  komputer untuk menyimpan,menyusun,memilih dan
    mendapatkan data.

·    Dapat menyatakan aliran sistem  komputer  yang terdiri daripada input, proses,  output    dan  storan

·    Mengetahui dan memahami  dengan  jelas  fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) sebagai komponen utama dalam Aliran  sistem Kerja .

  • Membincangkan dan mengaitkan
    komponen aliran sistem kerja bagi input dan output dengan peranti-peranti yang bersesuaian



 

 


15

 

Unit 2:

Perkembangan Teknologi Perkakasan

 

  ·        Definisi dan sejarah perkembangan Komputer

·        Makna Perkakasan dan   komponen papan induk.

·        Perkembangan  perkakasan dan fungsinya

 

  ·        Dapat  memahami dan memperihalkan sejarah perkembangan komputer bermula daripada tiub vakum  hingga kini

·        Dapat mengetahui  dan menjelaskan makna perkakasan .

·        Mengetahui dan memahami  jenis-jenis perkakasan komputer serta dapat  menjelaskan  perkembangan perkakasan komputer dan idea/keadaan yang mencetuskan penciptaannya

·        Menunjukkan kefahaman  mengenai mengenai  peranti output serta dapat memberikan beberapa contoh yang membezakan jenis peranti input dan output

·        Dapat memberikan beberapa cadangan idea-idea baru bagi memajukan perkakasan yang sedia ada

 

 

 

 

15

 

Unit 3:

 

 

·        Fungsi Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

·        Papan Induk Dan Komponen Nombor Asas Penduaan dan Perenam belas Operasi Logik dan Aritmetik Komputer

 

 

·        Dapat menjelas dan  menerangkan bagaimana CPU memproses data.

·        Dapat menghuraikan  serta menunjukkan kefahaman terhadap  fungsi CPU sebagai komponen utama dalam aliran sistem kerja

·        Dapat  menjelaskan dengan betul serta membuat perkaitan antara nombor asas penduaan dan perenam belas dengan operasi logik dan aritmetik komputer
.

 

 

 

 

20

 

Unit 4:

Membuka Dan Memasang Komponen Unit Sistem

 

 

 

 

Mengenalpasti  komponen-komponen pada papan induk berikut:  
mikropemproses, RAM, BIOS, expansion slot, kad, jumper.

Memasang peralatan komputer dan komponen-komponen seperti  kad dan RAM pada papan induk.

·        Ciri-Ciri RAM, ROM dan EPROM serta fungsi masing-masing dalam suatu sistem komputer.

Ciri –Ciri Storan Primer dan Sekunder

 

 

 

  ·        Dapat mengenalpasti dengan tepat dan dapat memperihalkan fungsi komponen pada papan induk

·        Dapat melakar / melabel kedudukan komponen-komponen pada papan induk.

·        Dapat memperihalkan dengan betul storan primer dan sekunder

·        Menunjukkan kefahaman terhadap ciri dan fungsi RAM,ROM dan EPROM.

·        Dapat  melaksanakan aktiviti menanggal dan memasang semula sistem komputer dan komponen- komponen pada papan induk  mengikut urutan yang betul.

·        Kebolehan memasang dengan betul peralatan komputer dan komponen seperti kad dan RAM pada papan induk

·        Menyenggara perkakasan  komputer dan mempastikan sistem komputer dalam keadaan terbaik

·        Menunjukkan kefahaman terhadap  keupayaan sesuatu storan primer di dalam sesebuah PC.

·        Dapat  menyatakan dengan betul perbezaan antara keupayaan storan primer dan storan sekunder dari segi ciri dan fungsi.

 

 

 

 

20

 

Unit 5:

Pengurusan Cakera Keras Dan Perisian sistem

 

 

 

·        Penyediaan Disket Sistem atau Start   Disk Dan Fail Utama

·        Proses membina pembahagian pada  cakera keras

·        Memformat Cakera Keras

·        Melakukan Instalasi Sistem Operasi  Windows

 

 

·        Menunjukkan pengetahuan tentang beberapa sistem pengendalian yang boleh digunakan pada komputer

·        Dapat menghasilkan satu disket sistem atau startup disk mengikut prosdur yang betul

·        Mengenalpasti fail-fail utama dalam disket sistem dan dapat menggunakannya

·        Dapat menggunakan disket sistem secara berkesan untuk melakukan pembahagian (partition hard disk)

·        Dapat membuat format pada cakera keras mengikut langkah dan urutan yang betul..

·        Berjaya memasukkan sistem operasi  dalam sistem komputer



 

 

 

 

 

 

20

 

Sahsiah

 

 

 

·        Tanggungjawab

·        Minat

·        Kerajinan Dan Kesungguhan

·        Kehadiran

·        Ketepatan Masa

·        Kerjasama

 

 

10

 

JUMLAH

100

 

   

10.2   Penilaian untuk Modul Penyepaduan

Penulisan karangan bertajuk Kepentingan Komputer Dalam kehidupan Manusia

Penilaian akan mengikut kriteria yang disediakan dalam penulisan iaitu  

Komponen

Kriteria

Markah

Isi karangan

Penggunaan  istilah untuk setiap komponen dan fungsinya.
Membina ayat yang gramatis

60

Tatabahasa

Ayat penyata

Ayat aktif

Ejaan

Imbuhan

Struktur ayat

Perbendaharaan kata

Tanda bacaan

 

 

 

 40

Jumlah  

 

100

10.3    Contoh Rancangan Pelajaran Harian

Tingkatan / Kelas

Peserta Kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan

Hari

Isnin

Masa

8.30 – 11.30 pagi

Mata Pelajaran

Komputer Dalam Pendidikan (KDP)

Tajuk Utama

Asas Perkakasan Komputer

Sub Tajuk

Mengenali komponen komputer dan fungsinya

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat,

a.      Mengenalpasti dan dapat menamakan sekurang-kurangnya 10 jenis komponen perkakasan komputer secara lisan dengan betul,

  1. Mengklasifikasi  , menyenaraikan dan melabelkan  komponen utama perkakasan komputer .
  2. Menerangkan fungsi peranti yang disambungkan pada komputer
  3. Membuka dan memasang semula komputer dengan cara betul

Nilai Murni

·        Menyedari dan mengikuti perkembangan teknologi maklumat dan kesannya terhadap masyarakat dan kehidupan harian

·        Mengambil bahagian dan bertolak ansur dalam kerja berkumpulan.

·        Menghargai kepentingan dan sumbangan teknologi maklumat dalam memajukan masyarakat

KBKK

  • Kebolehan memasang,menyusun dan menyenggara sistem komputer serta menggunakannya untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
  • Kebolehan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah mengikut perancangan yang dibuat dengan bantuan .
  • Meneliti bahagian kecil dari sebahagian.
  • Kemahiran belajar, dan membuat perbandingan dan perbezaan.

Kaedah dan Strategi Pengajaran

Pengajaran dan pembelajaran tutorial  ,  tunjuk cara  dan amali  dengan serta menggunakan perisian PPBK

Bahan Bantu Pengajaran

      a.   Set komputer multimedia   terkini  yang lengkap

b.      perisian PPBK

c.      peralatan lain seperti screw driver , label .

Isi Pengajaran

a)      Komponen Perkakasan Komputer.
Pelajar-pelajar akan ditunjukkan dengan beberapa contoh  perkakasan komputer  meliputi
i.  Unit sistem
ii. Storan Sekunder
iii. Storan Primer
iv. Alat Input dan Output

b)   Fungsi setiap komponen perkakasan akan diterangkan dengan bantuan nota ataupun hand out yang disediakan dan persembahan powerpoint

c)  Membuka komponen komputer dan melabelkan setiap komponen yang ada dalam sesebuah sistem komputer melalui teknik tunjuk cara dan latihan amali secara berkumpulan.

d)  Penilaian aktiviti

Bahan Rujukan

  1. Huraian Sukatan Pelajaran KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan. BPG.

b.      Bahan dari laman web- http://www.mahirit.com.my

Pengetahuan lepas

  1. Pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai komponen-komponen perkakasan komputer 
  2. Pelajar telah pun  belajar mengenai  komputer dan jenis-jenis komputer sebelum ini serta telah diterangkan tentang aspek-aspek keselamatan penggunaan makmal komputer.

 

10.4            Contoh  Aktiviti pengajaran Pembelajaran

 Langkah Pengajaran

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan / Bahan Bantu Mengajar


Permulaan Pengajaran

(15 minit)

 

 

 

 

  1. Perbincangan  dan soaljawab mengenai komputer  dan jenis-jenis komputer yang ada di pasaran.
  2. Pelajar  menyampaikan pengalaman masing-masing khususnya berkaitan dengan pengetahuan mengenai perkakasan perkakasan komputer serta bagaimana dengan penggunaan komputer dapat membantu manusia melakukan tugas dengan lebih cepat dan berkesan.

 

 

 

a) Satu set  komputer

b) komponen perkakasan komputer


b) Langkah Pengajaran

  (60  minit)

 

Komponen Asas Perkakasan Komputer
a) Unit Sistem
b)  Unit Output
c) Unit Input
d) Unit Ingatan

  1. Pengenalan kepada tajuk asasa perkakasan komputer kepada pelajar dengan menunjukkan  satu set  komputer multimedia terkini .
  2. Guru menunjukkan beberapa jenis komponen yang ada serta bersoaljawab mengenai kegunaan dan fungsi setiap komponen yang ditunjukkan.
  3. Guru  meminta dilakukan perbincangan berpasangan di antara pelajar mengenai komponen  yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer  dengan menggunakan satu perisian PPBK  yang bertajuk Asas Perkakasan Komputer yang menyediakan maklumat mengenai apa yang dipelajari.
  4. Setiap kumpulan pelajar diberi satu lembaran aktiviti mengenai komponen komputer  dan dikehendaki mencatatkan ciri-ciri fizikal persamaan dan perbezaan setiap komponen serta fungsinya .
  5. Setiap kumpulan akan membuat laporkan mereka secara lisan.
  6. Guru membuat rumusan aktiviti dengan menggunakan powerpoint yang bertajuk fungsi komponen komputer dengan.
  7. Guru meminta pelajar mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai perkakasan komputer melalui laman web  http://www.mahirit.com/ untuk pengukuhan tajuk di atas.

 

 

a) Set komputer

b) perisian PPBK bertajuk asas perkakasan komputer

c) komponen perkakasan komputer


d)  lembaran aktiviti amali

b) Pengembangan
( 60 minit)



  1. Guru memberikan panduan dan langkah keselamatan membuka dan memasang sesebuah sistem komputer kepada pelajar
  2. Guru menunjukkan secara amali prosedur dan langkah membuka komponen-komponen yang terdapat dalam sesebuah sistem komputer. Pelajar memerhatikan aktiviti guru sambil membuat catatan.
  3. Guru  dan pelajar bersoaljawab mengenai proses membuka dan memasang komponen –komputer
  4. Beberapa pelajar diminta mencuba melakukan aktiviti yang telah ditunjukkan
  5. Pelajar dibahagiakan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi empat orang setiap kumpulan dan setiap kumpulan disediakan dengan satu set komputer .
  6. Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi soalan dan panduan aktiviti , peralatan toolkit  serta label kepada pelajar
  7. Pelajar menjalankan aktiviti membuka komponen perkakasan komputer dan meletakkan label pada setiap komponen.
  8. Guru membuat pemantauan aktiviti pelajar.
  9. Pelajar melengkapkan aktiviti yang diberikan .
  10. Guru dan pelajar bersoaljawab mengenai aktiviti yang telah dijalankan .


a) Set komputer

b) perisian PPBK bertajuk asas perkakasan komputer.

c)  lembaran aktiviti amali
d) peralatan toolkit

e) label dan kanta

 

Langkah Pengajaran

(30 minit)

 


1.  Pelajar menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan

2.   Guru mengedarkan soalan dan pelajar menjawab soalan mengenai komponen komputer  pada kertas jawapan.

3.               Guru meminta pelajar menjawab soalan-soalan objektif yang disediakan dalam perisian PPBK bertajuk asas perkakasan komputer.

 

 

Penutup

(15 minit)

 

 

1.   Guru membuat beberapa kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan

2.        Pelajar  memberikan maklumbalas mengenai aktiviti membuka dan memasang komponen komputer

3.        Guru dan pelajar berbincang dan bersoal jawab mengenai komponen perkakasan komputer.

 

 


Tugasan Lanjutan

 

Pelajar diminta mencari maklumat tambahan Perkakasan Komputer  melalui laman web.

 


Catatan

 

 

 

 

 

10.5            Contoh Rancangan Pelajaran Penyepaduan Subjek Teknologi Maklumat

 

Tingkatan

3  Bestari

Hari

Khamis

Masa

10.00 – 11.40 pagi

Mata Pelajaran

Komputer Dalam Pendidikan

Tajuk Utama

Komponen Perkakasan Komputer

Tajuk Kecil

Jenis Jenis Komponen Komputer dan Fungsinya

Penyepaduan pelajaran

Bahasa Malaysia

Objektif Pengajaran

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:,

a)  membaca dan menaakul maklumat daripada prosa  tentang Teknologi Maklumat  dan
    
menyatakan secara lisan  ciri dan fungsi setiap komponen perkakasan komputer
     dengan tepat.
b)  m
embaca dengan sebutan, intonasi dan gaya yang betul.
c) 
menyenaraikan kelebihan kegunaan komputer dalam kehidupan manusi
a
d)  menulis sebuah karangan bertajuk  bertajuk Kepentingan Teknologi Maklumat
     Dalam Kehidupan Manusia.

Nilai Murni

·        Kerjasama

·        Menghargai pendapat rakan

·        Amanah

·        Sederhana

KBKK

a)                 menyusun mengikut keutamaan

b)                 membuat gambaran

c)                  Membanding membeza

d)                 Memilih altenatif terbaik

e)                 Membuat kesimpulan

f)                    Menilai dan Menaksir

 

Kaedah dan Strategi Pengajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tutorial dan  kolaboratif  serta perbincangan dalam kumpulan.

Bahan Bantu Pengajaran

  1. satu set komputer
  2. komponen-komponen perkakasan komputer
  3. perisian  kursus PPBK

Isi Pengajaran


a) Perkakasan komputer  seperti ialah Cakera Keras, Ingatan (RAM) , monitor, papan 
    kekunci, tetikus dan pencetak.

b) Fungsi Komponen perkakasan komputer 

c) Beberapa peranti lain yang disambungkan kepada unit komputer seperti modem,
     pengimbas, pembesar suara dan kabel-kabel akan ditunjukkan

Bahan Rujukan

a)    Huraian Sukatan Pelajaran Komputer DalamPendidikan.

     b)    Perisian mengenai Perkakasan Komputer bertajuk “ How To Built Your Own PC”

Pengetahuan  sedia ada pelajar

  • Pelajar pernah mendengar  dan melihat  beberapa  komponen perkakasan komputer
  • Pelajar  pernah dan boleh menggunakan perisian komputer untuk melakukan beberapa tugasan
  • Pelajar dapat membina ayat mudah daripada beberapa perkataan berkaitan dengan Teknologi Maklumat.

 

Langkah-langkah Pengajaran

a)  Permulaan  
     Pengajaran
    (10 minit)

1.  Guru dan pelajar bersoaljawab  mengenai kebaikan menggunakan komputer dalam
     pelbagai bidang.
2. Guru mendapatkan beberapa maklumat mengenai komputer daripada pelajar 
     khususnya tentang jenis-jenis komputer dan komponen yang berkaitan dengannya.

 

 

b)  Perkembangan
      Pengajaran
       (35 minit)

1.      Guru  mengedarkan nota atau kertas edaran yang  bertajuk  Perkakasan Komputer kepada pelajar .

2.      Guru meminta pelajar membaca petikan secara senyap  untuk memahami petikan

3.      Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan perbincangan dan pelajar dikehendaki mencatatkan ciri-ciri penting setiap komponen untuk melihat perbezaan fungsi setiap komponen.

4.      Guru dan pelajar bersoaljawab mengenai  kepentingan komputer  dalam kehidupan manusia .

5.      Pelajar membuat catatan sendiri semasa  hasil perbincangan dibentangkan.

6.      Guru meminta pelajar menyenaraikan beberapa kebaikan menggunakan komputer dalam kehidupan manusia.

c)  Langkah   
     pengajaran
    (30 minit)

 

Berdasarkan maklumat  yang diperolehi guru meminta pelajar  menulis sebuah karangan  bertajuk Kepentingan Komputer Kepada Manusia dalam Bahasa Malaysia.

 

Pengayaan

Pelajar yang mempunyai kemudahan Internet diminta mencari maklumat tambahan  mengenai kepentingan komputer  melalui laman web  di rumah.

 


Rujukan: 


Abdul Razak Hamdan . 1996. Nota Teknologi Maklumat, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat , UKM. 

Jack B. Rochester. 1996.Using Computer & Information, Macmillan Computer Publications ,
Indianapolis.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Huraian Sukatan Pelajaran Teknologi Maklumat, Bahagian
Pendidikan Guru

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib.1988. Pengajaran Dalam Bilik Darjah : Kaedah dan Strategi, Masa
Enterprise Kajang. 

Ross, T. & Bailey, G. (1997). Technology-based learning: A handbook for teachers and technology into
teaching. New Jersey:Merill 

Simken Dependahi. 1988. Microcomputer:Principles & Applications, C Brown Publications,Wisconsins.