Teori,Strategi dan Perkaedahan Dalam Pendidikan Komputer.

 

 

 

PENDAHULUAN

 

Teknologi maklumat merujuk kepada semua aspek teknologi yang meliputi penciptaan ,storan,paparan,pertukaran dan pengurusan maklumat bagi tujuan perdagangan ,seni, saintifik,rekreasi atau kegunaan peribadi. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun terdapat pelbagai jenis barangan dan jenama komputer di negara ini.  Pelbagai saiz dan keupayaan dapat dikeluarkan di pasaran. Perkembangan ini menunjukkan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pelbagai bidang dan urusan semakin berkembang dan ini menunjukkan  bahawa rakyat negara ini sedang menuju ke era masyarakat bermaklumat.

 

         Winston Churcil menyatakan “ empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda” Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya , pendekatan pengajaran dan epembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan ,mengunpul maklumat , menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya di kikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.

 

2.0     KOMPONEN  TOPIK ASAS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

·       Konsep Asas Sistem

·       Perkakasan Komputer

·       Perisian Komputer

·       Sistem Pengendalian

·       Rangkaian Komputer

 

 

Melalui komponen  peserta kursus atau pelajar  dapat mengetahui dan memahami

 

·       Perkakasan dan perisian sistem rangkaian.

 

 

 

3.0     KONSEP PEMBELAJARAN

 

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia .  Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar  supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.

        

Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran.

         Kamus Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar  untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan.  Menurut pandangan  ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal.  Manakala aliran behavioris pula  berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu  cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.

 

Terdapat  beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap teori  mempunyai  konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran  tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian .

 

a)      Teori Tingkahlaku

        

Teori ini diperkenalkan oleh aliran pandangan mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan Di antara pandangan atau pun definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan.  

         Perubahan pembelajaran berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.  Melalui  teori ini guru boleh malaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada beberapa elemen yang telah digariskan untuk sesuatu pengajaran tertentu,

 

b)      Teori Kognitif

 

Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman  yang sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran.

 

c)      Teori  Konstruktivisime

 

 Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran                   dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak   ditekankan.

 

                  Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan  itu mengikut                  pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan guru tidak   boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan  ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan                   pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran.

Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran  mereka.

             Untuk membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur  kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk                  dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

                  Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada pelajar.  Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir  semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan salah konsep ini  diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh    guru.

                  John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap  harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman

secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

                  Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru akan berubah.  Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara                   melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan  oleh guru kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina  skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep   daripada kaca mata pelajar.

 

 

d)             Teori andragogi

 

Teori Andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah diri dan  dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa seharusnya    menampung aspek asas ini.

                 Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang corak pembelajaran:

·       Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu

·       Orang dewasa perlu belajar secara eksperimen,

·       Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian  masalah.

·       Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai segera.

                

 Secara praktiknya, andragogi bermakna pembelajaran untuk orang dewasa perlu berfokuskan lebih kepada  proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti kajian kes, main peranan, simulasi,   dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar memainkan peranan sebagai fasilitator .

Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa dan telah digunakan dengan meluasnya dalam program latihan organisasi (pembangunan pengurusan).

 

4.0     KONSEP PENGAJARAN

 

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ia meliputi  perkara-perkara seperti aktiviti perancangan ,pengelolaan ,penyampaian ,bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara yang berkesan. Perkembangan pendidikan dari masa ke semasa telah membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah.

         Mengikut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah untuk menukar tingkahlaku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengatahuan atau kepercayaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan usaha untuk menukarkan tingkah laku pelajar,manakala teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.

 

 

5.0     KONSEP PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 

Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi  mempunyai kaitan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai beberapa ciri tertentu.

 

a)     Konsep Pendekatan

 

Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi perkara berikut:

 

b)      KONSEP KAEDAH

 

Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M.Anthony(1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

 

 

c)    KONSEP TEKNIK

 

Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah    teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi,  latih tubi   , penyoalan,sumbangsaran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat  pelajar.

 

c)      KONSEP STRATEGI

 

Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah;

 

 

6.0     KAEDAH DAN  STRATEGI  PENGAJARAN TOPIK ASAS KOMPUTER  DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

a)      Perbincangan

 

Perbincangan  ialah kaedah dan strategi yang melibatkan  aktiviti  perbualan di antara guru dengan pelajar di dalam kelas. Melalui kaedah ini pelajar dan guru  bertukar-tukar fikiran mengenai tajuk yang terkandung dalam komponen asas komputer dan teknologi maklumat . Perkongsian dan pertukaran idea dan maklumat mengenai asas komputer dan teknologi maklumat dapat dilaksanakan. Guru hanya menjadi penyelia kepada sesi perbincangan yang diadakan. Sebelum sesi perbincangan ini dijalankan  guru menjelaskan tujuan diadakan perbincangan  , ini bagi membolehkan pelajar membuat persediaan  mengenai topik yang akan dibincangkan.

Pelajar memainkan peranan dengan aktif  memberikan pandangan masing-masing mengenai tajuk. Pelajar akan mencatatkan idea-idea yang dibentangkan  dan  pada peringkat akhir rumusan  dibuat oleh pelajar dengan bimbingan daripada guru . Perbincangan dijalankan  secara keseluruhan kelas.        

Melalui perbincangan secara kelas ini, beberapa perkara telah dapat dimanafaatkan oleh guru dan pelajar,antaranya;

·       Pelajar dapat melatih diri  berfikir dengan teliti, berbual dan mengemukakan soalan dan pandangan  mereka mengenai tajuk dengan jelas.

 

d)      Sumbangsaran

 

Sumbangsaran atau percambahan fikiran juga digunakan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui aktiviti ini satu sesi perbincangan dilaksanakan yang membolehkan setiap pelajar mengemukakan pendapat dan idea terhadap satu tajuk .

         Melalui sumbangsaran ini ,pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mengandungi di antara empat hingga lima orang setiap kumpulan . bagi setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan dan ahli kumpulan akan menyumbangkan idea dan pandangan  yang dicatat oleh seorang pelapor setiap kumpulan yang dibentuk.

Topik-topik yang dipilih adalah yang terkandung dalam  sukatan  iaitu asas komputer dan teknologi maklumat da ianya sesuai  dengan kebolehan pelajar . Sebelum menjalani sesi ini pelajar terlebih dahulu diberikan panduan oleh guru. 

         Melalui kaedah pengajaran  ini, pelajar dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis. Di samping itu juga dapat memupuk semangat kerjasama berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar juga dilatih supaya berusaha menyelesaikan masalah penting sesama mereka.

 

e)      Tunjukcara

 

Tunjukcara merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran asas komputer dan teknologi maklumat.  Teknik ini juga dikenali  sebagai demonstrasi. Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang disampaikan .

         Kebiasaannya  teknik tunjukcara ini dilaksanakan bagi tajuk perkakasan komputer dimana guru terlebih dahulu menentukan tajuk,objektif dan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. Alatan turut disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah tertentu .

         Semasa melakukan demonstrasi   beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar untuk menarik perhatian mereka terhadap isi pelajaran. Beberapa bahagian utama  dan penting akan dibincangkan dengan pelajar selepas tunjukcara, ini adalah untuk memastikan pelajar mengikuti setiap langkah yang diterangkan semasa demonstrasi tadi. Pelajar juga diberikan peluang untuk melakukan aktiviti demonstrasi seperti mana yang ditunjukkan oleh guru sebelum itu.

         Teknik demonstrasi atau tunjukcara ini telah memberikan beberapa kebaikan dan kesan kepada pelajar,antaranya;

 

f)       Projek

 

Tujuan kaedah ini ialah untuk meningkatkan penglibatan pelajar dengan idea-idea konseptual dan mengembangkan kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran lain.

Guru menyediakan tajuk projek  dan pelajar akan memilihnya mengikut kesesuaian.  Garis panduan disediakan dan merangkumi maklumat tentang :

 

Kebiasaannya aktiviti ini dijalankan selepas pelajar menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.  Kerja projek ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar telah menjalankan beberapa kaji selidik mengenai penggunaan komputer oleh guru sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ,pengetahuan guru-guru sekolah tentang jenis-jenis komputer dan perbandingan harga setiap komponen-komponen utama sistem komputer .     Melalui projek ini pelajar telah membuat pemerhatian,mengumpul maklumat,menganalisis data serta membuat rumusan. Sebelum dilaksanakan projek ini, topik kajian telah ditentukan terlebih oleh guru. Tujuan dan langkah menjalankan kaji selidik telah ditentukan terlebih dahulu untuk memudahkan mereka membuat kajian. Bimbingan diberikan oleh guru dan hasil kaji selidik dibincangkan  dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian selesai dijalankan.

         Kaedah projek yang dilaksanakan ini telah memberikan kelebihan kepada pelajar,antaranya:

 

 

g)             Pembelajaran koperatif

 

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai  kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama .

           Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk  rakan-rakan yang lain.

Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

 

 

         Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan  dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir.                  Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

Pengajaran rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting. Dalam kaedah ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan pelajar dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan  pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap pelajar diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, pelajar akan mengajar rakan-rakan lain dalam  kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan  yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan pelajar. Kemungkinan besar bahan baru   dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

                       Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam,                   sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

 

h)     Kaedah Menyoal

 

 Kaedah menyoal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui kaedah ini pemikiran pelajar dirangsangkan dengan beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar. Melalui penyoalan  ini pelajar perlu melaksanakan perkara-perkara berikut :

 

 

 

 

RUJUKAN

 

Arbak Othman .1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

 

Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

 

Kamarudin Husin .1988.Pedagogi Bahasa. Longman (M), Kuala Lumpur.

 

Kaye, Barrington .1970. Participation In Learning. London.

 

Kemp, Jennold E .1987. Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk menggubal Unit Dan Kursus.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

 

Knowles, M. 1975. Self-Directed Learning. Chicago: Follet.

 

Knowles.1984. Andragogy in Action. San Francisco.

 

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .1995. Pengajaran Dalam Bilik Darjah

Kaedah Dan Strategi. Masa Enterprise,Kajang.

 

Tang, Chee Yee .1988.Panduan Latihan Mengaja. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

 

Thompson, Brenda .1974. Learning To Teach. London.