Make your own free website on Tripod.com

                                            

 

GE 6663 : TUGASAN 2    PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS PPBK                       

 

1.       PENDAHULUAN

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Ini bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan  Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju,keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dan cemerlang dalam bidang pendidikan

 

         Teknologi maklumat semakin berkembang pesat di Malaysia. Sektor-sektor kritikal seperti perindustrian,perbankan , komunikasi serta pendidikan turut menggunakan Teknologi Maklumat  dalam pengurusan dan pentadbiran organisasinya. Kehadiran era ledakan maklumat serta anjakan yang di bawa olehnya telah membawa perubahan dalam persekitaran sektor pendidikan di negara kita.

 

Namun  begitu,  negara  kita  agak  terkebelakang  dari  segi  penggunaan  komputer,  berbanding  dengan  negara-negara  barat  dan  negara-negara  maju  yang  lain.  Kerana  itu  masih  terdapat  segolongan  ahli  masyarakat  kita  yang  ragu-ragu  tentang  penggunaan  komputer,  dan  masih  banyak  juga  tidak  tahu  langsung  menggunakannya.

 

Oleh kerana penggunaan teknologi maklumat agak meluas maka para pengeluar perisian komputer telah mengambil kesempatan mencipta perisian canggih untuk memudahkan  kerja-kerja dalam pelbagai sektor.

 

Antara jenis perisian yang popular di Malaysia dalam bidang  pendidikan ialah ‘educational software’ ataupun di namakan perisian kursus pendidikan.Perisian  kursus  adalah pakej perisian yang disediakan menggunakan teknologi komputer. Ia mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran seperti nota, soalan ulangkaji dan sebagainya.

 

Namun ada  guru-guru  yang  tidak  mengetahui  kemampuan  serta  kebolehan  komputer  untuk  membantu  mereka  dalam  menguruskan  dan  menyampaikan  pengajaran.    Pengajaran  Pembelajaran Bantuan  Komputer   ( PPBK )  yang  telah  lama  dimulakan  di  negara  barat,  tetapi  masih  belum  dilaksanakan  sepenuhnya  di  negara  ini.

 

 2.      SEJARAH  PENGAJARAN  PEMBELAJARAN BANTUAN  KOMPUTER

 

Komputer  juga  boleh  menjadi  ‘tutor’ yang  berkesan.  Keadaan  ini  dinamai  Pembelajaran  Berbantukan  Komputer  ( PBK ).  PBK  telah  mula  diperkenalkan  kira-kira  40  tahun  yang  lalu.  Pakar  sains  di  Massachusetts  Institute  of  Technology,  Amerika  Syarikat,  telah  menggunakan  simulasi  penerbangan  pesawat  untuk  melatih  juruterbang.

 

Pada  tahun  1959,  IBM  telah  memperkenalkan  penggunaan  PBK  di  kalangan  pelajar  sekolah  di  New  York.  Kemudian,  University  of  Illinois  telah  memperkenalkan  projek  PLATO  ( Programmed  Logic  for  Automatic  Teaching  Operation )  di  kalangan  institusi  pengajian  tinggi.

 

Ada  beberapa  projek  PBK  lain  yang  terkenal  seperti  WICAT,  CONDUTT,  NDPCAL,  TICCIT  dan  lain-lain  yang  telah  dijalankan.  Projek  ini  telah  membuktikan  keupayaan  PBK  dan  kejayaan  yang  boleh  dicapai  dalam  situasi  pengajaran  dan  pembelajaran.  Kini,  dengan  terciptanya  mikrokomputer,  lebih  banyak  projek  PBK  boleh  didapati  di  seluruh  dunia.

 

3.       PENGAJARAN   PEMBELAJARAN BERBANTUKAN   KOMPUTER 

 

Pengajaran  Pembelajaran Berbantukan  Komputer  merujuk kepada  penggunaan  komputer  dalam  membantu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Di  Amerika  ini  dikenali  sebagai  Computer  Assisted  Instuction  ( CAI )  manakala  di  United  Kingdom  pula  dikenali  sebagai  Computer  Aided  Learning  ( CAL ).  Walau  apa  pun  namanya  PBK  merupakan  satu  sistem  yang  melibatkan  interaksi  di  antara  komputer  dengan  pelajar  dengan  guru  dengan  perisian  komputer.

 

         Menurut  Jerry  W. Willis  dan  rakan-rakannya,  PBK  ialah  keadaan  di  mana  komputer  itu  sendiri  mengambil  alih  sebahagian  daripada  tanggung  jawab  untuk  mengajar  murid-murid,  dan  PBK  juga  merupakan  satu  kategori  umum  yang  mengandungi  tiga  bentuk  pengajaran  iaitu  latih  tubi,  tutorial  dan  simulasi,  dan  setiapnya  mempunyai  ciri-ciri  dan  format  yang  unik.

 

         Banyak  lagi  definisi  yang  telah  diberikan  oleh  pakar-pakar  tentang  PBK yang    asasnya    ialah   penggunaan    komputer    dengan    satu   atur    cara   atau  program  yang  sistematik  dan  teratur  oleh  pelajar  den  guru  untuk  sesuatu  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.  Cara  ini  memerlukan  satu  interaksi  yang  aktif  di  antara  pelajar  dengan  komputer.    Ini  dapat  memastikan  bahawa  proses  pembelajaran  berlaku.

 

4.       MATLAMAT  PERISIAN  KURSUS PPBK

 

Di antara matlamat utama pembinaan perisian  Pengajaran Pembelajaran Bantuan Komputer ialah

        

Komputer  mampu  menyampaikan  isi  pelajaran  seperti  seorang  guru,  malah  dalam  beberapa  keadaan  tertentu  boleh  mengatasi  guru  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran.

 

5.       OBJEKTIF PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS PPBK

 

Ojektif utama membangunkan perisian kursus PPBK ialah untuk

 

 

6.        KUMPULAN SASARAN PERISIAN KURSUS

 

Kumpulan sasaran  utama adalah  pelajar  sekolah  dan guru pelatih di maktab perguruan yang mengambil mata pelajaran Asas Komputer  . Di samping itu juga ianya boleh digunakan  untuk rujukan oleh pelbagai pihak, khususnya mengenai tajuk  yang berkaitan dengan Asas Perkakasan Komputer.

 

7.      KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

 

Tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar:

 

 

Dalam perisian kursus ini unsur unsur utama KBKK yang diterapkan ialah:

 

 

8.       NILAI NILAI MURNI

 

Penerapan nilai-nilai murni sepertimana yang terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah . Di antaranya ialah menerapkan sifat yang positif terhadap ilmu pengetahuan, sentiasa berfikir, berusaha ,mempunyai kesabaran yang tinggi, tabah menghadapi masalah serta sentiasa ada perasaan ingin mencuba tanpa putus asa.

 

9.       KANDUNGAN PERISIAN KURSUS PPBK

 

Kandungan perisian kursus PPBK adalah sesuai dengan kurikulum dan bertepatan dengan sukatan pelajaran teknologi maklumat., antaranya  cirri-cirinya ialah  

 

 

10.     PROSES PENGAJARAN

    

Dalam membangunkan perisian kursus ini   beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesanan penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran Terdapat empat  fasa penting yang perlu ada :

      1..Menyampaikan maklumat (Presenting the information)

      2. Membantu pelajar (Guiding the students)

      3.Latihan oleh pelajar

      4. Mengukur pencapaian pelajar

 

Proses pengajaran  dan pembelajaran  yang boleh diaplikasikan kepada Pembelajaran Berbantukan Komputer   bukanlah untuk semua fasa  “Computers are but one element in an instructional environment, along with teachers and other media ( Alessi & Trollip, 1991 ) The computer may serve one or a  combination of the four phases. It may present initial information after which the student receives guidance from an instructor and practises using  a workbook. The student may learn initial information from a lecturer, after which the computer is used to practice some parts of the material to  fluency.

 

The computer may be used for the first three phases, with testing being   done in the traditional way.    In all cases, the four phases of instruction should be present, possibly  using a combination of media.

 

Terdapat  beberapa jenis perisian PPBK , antara yang popular ialah :

      1. Tutorial

      2. Latih-tubi

      3. Permainan

      4. Ujian

      5. Simulasi

 

Walaupun  kita cuba  membezakan  jenis  PPBK ini ,  kadangkala  ia  tidak  dapat  dibezakan  dengan  jelas  kerana  ada  ciri  yang  serupa  antara  satu  sama  lain.

 

10.1   Pendekatan  PPBK Tutorial 

Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer yang menggunakan jenis tuturial ini  menekankan kepada aspek berikut;

§       isi kandungan pembelajaran disampaikan dari peringkat  mudah ke peringkat kompleks

§       digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan

PPBK  tutorial  digunakan untuk mengajar  sesuatu   atau  menjelaskan  sesuatu  konsep.  Ia membolehkan   memberi  contoh  yang  berlainan  tetapi  sesuai.  Ini  kemudian  diikuti  dengan  soalan  yang  sesuai.  Pelajar  akan  memberi  jawapan  dan  sejauh  mana  pelajar  telah  belajar  atau  memahami  konsep  tersebut  akan  dinilai.

 

Dalam  tutorial  yang  baik,  komputer  akan  menganalisis  tahap  pencapaian  pelajar.  Ini  diikuti  dengan  beberapa  pilihan.  Jika  pelajar  mencapai  tahap  yang  dikehendaki,  pelajar  boleh  meneruskan  pembelajarannya  kepada  bahan  yang  lebih  susah.  Sebaliknya,  komputer  mengesyorkan  supaya  pelajar  mengulangi  bahan  tutorial  dan  soalan  sehinggalah  ia  mencapai  tahap  yang  diperlukan.

 

10.2   Ciri-Ciri  PPBK Tutorial

i.               Ia menjalinkan persembahan maklumat dan kemahiran memaparkan persembahan fakta maklumat, arahan dan panduan pembelajaran serta penyelesaian masalah .

ii.              Segmen pembelajaran mengandungi objektif tersendiri yang mudah dicapai dan dinilai.

iii.            Maklum balas segera.

iv.             Aktiviti pemulihan disediakan.

v.              Boleh digunakan dalam jangkasmasa yang lama

vi.             Suasana pembelajaran yang selamat  dan berkesan.

 

10.3   Pertimbangan  Membangunkan  Perisian PPBK Tutorial

 

i.   Pengenalan

·       Tajuk muka yang ringkas

·       objektif jelas dan tepat

·       arahan dan panduan secara ringkas dan mudah

·       menghubungkan pengetahuan sedia ada  dengan yang baru

 

      ii.  Kawalan Pelajar

·       Membenarkan pelajar mengendali sepenuhnya proses yang melibatkan arahan, haluan dan sebagainya

·       membenarkan penggunaan arahan  dibawah kawalan pelajar 

·       Membenarkan penggunaan arahan “ EXIT /TAMAT “ di bawah kawalan pelajar

·       Menggalakkan penggunaan “ MOUSE /TETIKUS”.

 

iii.  Motivasi

·       penghargaan bercirikan motivasi perlu diberikan sekerap mungkin

·       Istilah-istilah motivasi berdasarkan tahap kesukaran

·       menggalakkan  perkembangan idea dan imaginatif 

·       hubungkait pelajar dan isi kandungan hendaklah jelas  .

·       Motivasi  bercirikan pendidikan, keharmonian dan mempunyai  nilai moral

 

      iv.  Persembahan Maklumat

·       Sebaiknya ringkas dan jelas

·        “Layout”; perlulah menarik dan teratur

·       menggunakan grafik yang menarik bagi maklumat penting

·       menggunakan warna yang menarik bagi maklumat penting dan tajuk

·       penggunaan ayat hendaklah ringkas, tepat, jelas dan mempunyai “FONT’  yang menarik

·       pengasingan di antara tajuk ke tajuk dibezakan bagi mengelakkan kekeliruan

·       menggunakan kaedah yang berbeza bagi maklumat konsep dan kemahiran

·       mengujudkan menu “HELP” atau bantuan bagi membantu sebarang

           kesukaran

 

   v.    Soalan Dan Jawapan/Maklum Balas (Responses)

·       mengunakan soalan yang membina dan berulang-ulang bagi memantapkan  pengetahuan pelajar

·       membanyakkan soalan berbentuk kefahaman

·       membanyakkan soalan melibatkan maklumat penting

·       butang jawapan terletak di bawah soalan dan di sudut kiri paparan

·       menggunakan tetikus dan papan kekunci bagi memberi tindak

                 balas

·       benarkan pelajar menjawab lebih dari sekali bagi setiap soalan

·       tidak memberi tekanan kepada pelajar bagi memberikan jawapan yang betul  tanpa sebarang bantuan

·       format soalan memudahkan pelajar membuat tekaan dan memberi

keputusan

·       soalan berbentuk  Isi Tempat Kosong, petak jawapan terletak di

penghujung soalan

·       bentuk-bentuk soalan kefahaman  dipelbagaikan

·       tahap kesukaran pembelajaran berdasarkan pelajar

·       paparan soalan perlu jelas di dalam skrin

 

vi.     Penilaian Terhadap Jawapan/Maklum Balas (Responses)

·       bentuk penilaian dan keputusan dibuat secara bijak dan meliputi  arahan perkataan, sinonim, ejaan dan tambahan perkataan

·       membenarkan masa yang panjang diambil oleh pelajar untuk menjawab

·       membenarkan pelajar mendapat bantuan HELP dan EXIT.

 

vii.    Maklumbalas terhadap Jawapan

·       sekiranya jawapan yang diberikan betul, berikan pengesahan

·       sekiranya salah  berikan peluang menjawab

 

viii.            Pemulihan

§       memberikan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang lemah

·       memberikan aktiviti pengayaan bagi pelajar yang berprestasi

                    memberangsangkan

 

ix.    Urutan Pembelajaran

·       Hiraki urutan berdasarkan tahap kesukaran

·       Rangkaian tutorial berdasarkan prestasi

·       Setiap perkembangan dikawal oleh pelajar

·       Pemilihan epembelajaran dibuat oleh pelajar

·       Penamatan berdasarkan prestasi pelajar

 

io. Penutup

§       Semua data disimpan bagi memudahkan sebarang bentuk permulaan

§       Skrin dipastikan terang dan jelas

§       Situasi pelajar akan dikembalikan ke peringkat sebelum tutorial bagi mendapatkan perbezaannya

§       Bahagian penamat akan dimasukkan pesanan-pesanan yang ringkas dan baik.

 

11.     TAJUK PERISIAN KURSUS PPBK

 

Tajuk perisian hendaklah menarik ,ringkas dan menggambarkan  kandungan perisian yang dibangunkan. Dalam kes ini untuk membangunkan perisian yang berkaitan dengan Asas Perkaksan Komputer. Tajuk yang dipilih  ialah “ Pengenalan Asas Perkakasan Komputer “

 

 

12.     STRATEGI PENGGUNAAN PERISIAN KURSUS PPBK

 

i.        Pengajaran diindividukan  ,melalui kaedah ini pelajar akan  belajar secara individu menggunakan perisian yang diberikan. Melalui pendekatan ini  pelajar dapat mengawal kecepatan  pelajaran  . Jika dibandingkan dengan dahulu , gurulah yang mengawal kecepatan pelajaran dan pelajar - pelajar yang lambat terpaksa mengejar pelajar - pelajar yang cepat atau terus berhenti sahaja . Tetapi dengan cara ini , pelajar tersebut tidak perlulah tergesa-gesa untuk mempercepatkan pelajarannya selagi dia tidak dapat menguasai sesuatu  kemahiran

 

ii.              Pelajar akan diberikan kebebasan sepenuhnya dan akan berinteraksi dengan komputer . Keadaan ini mewujudkan keselesaan dan pelajar merasa tidak terancam dan merasai puas di atas tumpuan yang diberikan oleh komputer . Pada masa kini , seorang guru mungkin perlu melayan 40 hingga 50 orang murid dalam waktu pengajarannya , maka tidak hairanlah jika guru tersebut tidak dapat menumpukan perhatian serta memenuhi keperluan setiap pelajar .

 

iii.            Pelajar menerima peneguhan melalui maklum balas yang serta - merta . Pelajar tidak mungkin dapat peneguhan seperti itu jika dia bergantung kepada guru yang berkemampuan terhad .

 

iv.             Aktiviti dan latihan yang disediakan  dapat  membantu mengingati sesesuatu pelajaran  . Pelajar cepat berasa jemu kalau hanya menggunakan kaedah dengar dan menyalin nota sahaja .

 

v.       Nota dan juga maklumat yang disediakan dalam perisian ini  juga  membantu pelajar mengingati fakta - fakta dengan mudah .Disamping itu  memudahkan pelajar yang kurang berpengalaman mengikuti sesuatu pembelajaran dengan senang  serta membantu pelajar mengulangi pembelajaran konsep dan proses yang kompleks.

 

vi.      Maklumat prestasi  latihan dan aktiviti  yang  diikuti  pelajar akan disimpan  dalam komputer . Diakhir pembelajaran , pelajar dapat  menganalis kepintaran dan kelemahan  masing-masing  . Komputer dapat menilai pencapaian pelajar secara spontan .Memaparkan kemajuan pelajar pada akhir sesi . Ini  dapat membantu guru  yang mungkin tidak dapat berbuat demikian kerana beban guru yang semakin berat serta proses ini memerlukan masa yang panjang dan lama .

 

vii.      Maklum balas serta - merta  akan diberikan berdasarkan respon pelajar .

 

vii.                  Guru  agak bebas dari membuat pengajaran secara rutin atau berulangkali  

          bagi sesuatu kelas . Dengan ini guru dapat meluangkan masa untuk  

          membuat tugas - tugas yang lebih kreatif untuk meningkatkan motivasi dan

          pencapaian pelajar . Guru tidak akan sebebas ini jika mereka

          menggunakan cara lain .

 

 

13        ANTARA MUKA PENGGUNA

 

Rupa bentuk antara muka atau paparan pada skrin memainkan peranan yang penting . Skrin yang menarik akan membuat seseorang ingin menggunakan perisian atau bahan kursus tersebut.  Ciri-ciri  paparan skrin ini termasuklah  susunan teks,grafik,penggunaan warna, animasi,video dan sebagainya.  Skrin yang cantik,menarik, sesuai dan senang difahami dapat menarik minat pengguna dan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Di antara cirri-ciri skrin paparan yang akan dibangunkan dalam perisian kursus ini ialah.

i.        Interaktif

Perisian ini mempunyai unsur-unsur yang akan saling bertindak atau maklumbalas bukannya page turners. Ini adalah untuk memastikan pengguna dan komputer saling berhubungan antara satu sama lain.

Interaktif yang disediakan sesuai dengan objektif pengajaran. Terdapat tiga jenis maklumbalas yang boleh digunakan

·       Maklumbalas bermaklumat

·       Maklumbalas motivasi

·       Maklumbalas pengesahan

 

Ciri-ciri interaktif ini akan dapat dilihat melalui

§       Respon kepada jawapan yang diberikan oleh pelajar

§       Memberikan pujian dan galakkan

 

ii.       Unsur-unsur teks , arahan dan naratif yang jelas ,padat dan teratur juga akan dipaparkan pada skrin.

 

iii.      Penggunaan visual dan animasi yang berkeupayaan untuk membantu pelajar memahami tajuk, menjelaskan konsep tentang isi kandungan perisian komputer.

 

§       Latarbelakang yang sesuai penting dalam menghasilkan perisian multimedia. PemilIhan corak latarbelakang  mengambilkira perkara berikut.
             

§       Kapastiti paparan warna pada monitor

§       Jumlah teks yang digunakan pada latarbelakang tidak terlalu banyak  sehingga menyukarkan pembacaan pelajar.

§       Penggunaan gambar imbasan yang berkualiti dan menarik.

§       Teks yang berkaitan dan jelas .Warna ,saiz font  kontras dengan latarbelakang disamping saiz huruf yang sesuai untuk dilihat dan dibaca dengan jelas.

§       Penggunaan video  yang relevan dengan tema perisian

§       Format layout skrin adalah consistent dalam keseluruhan perisian kursus.

 

14.     KOMPONEN PENGKOMPUTERAN PERISIAN PPBK

 

14.1   Pelantar ( platform)

 

Pelantar atau platform yang akan digunakan oleh perisian yang akan dibangunkan ini ialah Microsoft  Window 98 . namun begitu ianya boleh diaplikasikan secara bersendirian ( standalone), networking ataupun intranet.

 

14.2    Keperluan  Perkakasan

Untuk membolehkan perisian ini diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran , spesifikasi perkakasan komputer yang diperlukan adalah seperti berikut,

Intel Pentium III  500 Mhz

32 MB AGP NVDIA  Card

3D PCI Sound card

64 MB SDRAM

250 MB Hard Disk ( sekurang-kurangnya)

52 x CD ROM

600 watt speaker

Mouse/Pad

Keyboard

15 “ SVGA Monitor

 

14.3   Perisian Pembangunan Perisian Kursus

 

Perisian yang digunakan untuk membangunkan perisian kursus ini ialah

 

 

15.0.  PENUTUP

 

         Di   Malaysia,  walaupun  PPBK  sedang   berkembang  dengan  meluas,  Ianya perlulah  diberi  perhatian  yang  mendalam  dan  dikawal.  Walaupun  komputer  mempunyai  potensi  untuk  memberkesankan  pembelajaran,  kita  perlu  sediakan  perisian  kursus  PPBK  yang  bermutu  untuk  mencapai  objektif  pembelajaran  yang  ditetapkan.

         Perisian kursus yang baik perlu memenuhi parameter-parameter yang ditetapkan. Pembinaan  perisian kursus yang hanya mementingkan persembahan semata-mata tidak menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penglibatan pihak-pihak tertentu amat diperlukan untuk menentukan criteria dan garis panduan kepada pengeluar-pengeluar perisian kursus. Sejajar dengan pembangunan pesat teknologi maklumat, nilai-nilai murni dan budaya juga perlulah diambil kira dalam pembinaan perisian kursus  PPBK ini.

         Menurut  kajian,  PPBK  memafaatkan   pelajar  kerana  pelajar  dapat  mempelajari  sesuatu  dengan  cepat,  mempunyai  daya  ingatan  yang  lebih  baik,  memperolehi  sikap  positif  terhadap  komputer,  berinteraksi  dengan  komputer  secara  aktif,  dan  dapat  menentukan  cara  mereka  belajar  dengan  perisian  kursus  Pengajaran  Berbantukan  Komputer.

 

 

RUJUKAN

 

Goh  Kek  Seng  (1990).  1001  Aktiviti  Mengenal  Komputer.  Kuala  Lumpur :  Federal  Publication.

 

Mohd.  Ridzwan  bin  Haji  Hashim .  Wawasan  September  1992 -  Pengajaran  Berbantukan  Komputer. 

 

Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin ( Jun 1993) Pengujian dan Penilaian Perisian . Media ComiL.

 

Shaharudin  Salleh  (1986).  Pengenalan  Kepada  Komputer.  Petaling  Jaya : Federal  Publications.

 

Yong  Soe  Han  (1993).  Literasi  Komputer.  Kuala  Lumpur :  Penerbit  Fajar  Bakti  Sdn.  Bhd.

 

Zoraini  Wati  Abas  (1992).  Komputer  Dalam  Pendidikan.  Kuala  Lumpur :  Penerbit  Fajar  Bakti  Sdn. Bhd.