1.  Pendahuluan

Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja.  Hjetland (1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas  serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan  teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran.  Maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang.

        Pendidikan pada hari ini juga perlu menyediakan manusia untuk berkhidmat dalam masyarakat di hari esok. Perkembangan canggih komputer dan telekomunikasi telah  menjadi pemangkin ledakan maklumat  dalam kehidupan manusia.

        Perkembangan pendidikan masa kini sedang menuju ke arah penggunaan komputer  sebagai alat pengurusan  pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu didedahkan dengan ilmu dan kemahiran  menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Dengan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  kualiti dan hasil dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah  dan bilik-bilik darjah dapat ditingkatkan.
 

2.  Latarbelakang Sistem Sekarang

Teknologi maklumat yang diperkenalkan kepada pelajar di maktab perguruan bermatlamatkan untuk melahirkan pendidik yang mempunyai sikap professional, beriltizam dan berketrampilan dalam pengajaran Teknologi Maklumat .

2.1 Objektif

Di samping itu  mata pelajaran teknologi maklumat  juga  mempunyai beberapa objektif utama , antaranya ialah
 

· Melengkapkan pelajar dengan ilmu teknologi maklumat yang terkini bagi membolehkan mereka menjadi pendidik yang berketrampilan.

· Melahirkan pelajar yang berkebolehan menyebarkan pengetahuan teknologi maklumat dan kemahiran teknologi maklumat ke arah melahirkan masyarakat yang inovatif,kreatif  dan produktif.

· Memupuk sikap positif terhadap teknologi maklumat dalam profesiaon keguruan dan peranannya dalam mencapai wawasan negara.

2.2 Kandungan Kursus

a.      Asas  Komputer
 

· Kemahiran Teknologi Maklumat
· Kemahiran secara kritis dan kreatif
· Kemahiran Belajar
· Kemahiran Mentaksir dan Menilai
· Pengurusan Pembelajaran Bestari


b. Komputer Dalam Pendidikan
 

· Perkembangan  Komputer Dan   Teknologi Maklumat
· Komputer Dalam Pendidikan
· Pekakasan Dan Perisian Komputert
 
c.     Pengenalan kepada komponen komputer dan  fungsinya .
 
· Menanggal dan memasang semula komponen komputer .
· Mengesan kerosakan dan pengunaan   perisian ultiliti.
· Kongfigurasi sistem komputer.
· Penyediaan perisian
· Pengurusan fail .
· PenyediaanSistem rangkaian.
· Pengurusan dan penyenggaraan  perkakasan.


d.   Pengurusan komputer di sekolah
 

· Merancang,menyelaras dan melaksana aktiviti TM di sekolah.
· Menyediakan makmal komputer.
· Aspek keselamatan makmal komputer.
 
e.    Pengenalan kepada alat pengarangan dan pengaturcaraan BASIC.
 
· Kitaran pembangunan perisian.
· Pembangunan perisian pendidikan
· Bahasa pengaturcaraan komputer.
· Pengertian algoritma dan carta alir
· Penggunaan bahasa BASIC
· Penulisan aturcara mudah.


    f.  Penggunaan internet dalam pendidikan
 

· Kegunaan internet.
· Keperluan perkakasan dan perisian dalam internet
· Penggunaan internet dalam pendidikan
· Kemahiran mencari dan menyimpan  maklumat dalam internet.
· Isu-isu semasa berkaiatan dengan internet.


g.   Pembinaan laman web
 

· Mengenal contoh-contoh Laman Web
· Mengenalpasti contoh-contoh perisian yang  berkaitan.
· Pemilihan grafik dan muzik
 
h. Kemahiran asas aplikasi komputer
 
· Pemprosesan kata
· Hamparan elektronik
· Pangkalan data
· Persembahan elektronik


3.       Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran
 

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan merangkumi empat ciri penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada , kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang dilakukan.

        Aktiviti pengajaran yang dijalankan meliputi beberapa aspek iaitu membuat perancangan, mendiagnos, mengatur aktivtiti-aktiviti tertentu , menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan pengajaran, memotivasikan pelajar,galakan dan peneguhan .

        Proses pengajaran telah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang diinginkan.Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti  Internet , multimedia atau  hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

        Kemahiran  teknologi maklumat telah dapat memudahkan proses  berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih banyak data dan maklumat
Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu.

Kemahiran lain yang dilaksanakan  meliputi

· Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
· Kemahiran Belajar
· Kemahiran Mentaksir dan Menilai
· Pengurusan Pembelajaran Bestari
· Pengenalan kepada sistem rangkaian dan rangkaian komputer
· Penyenggaraan sistem komputer dan pengurusan teknologi maklumat di sekolah
· Pengenalan kepada Alat Pengarangan
· Pengenalan kepada Alat Pengaturcaraan BASIC
· Pengenalan kepada Internet dan Pembinaan Laman Web


4. Penyampaian

Dari aspek pengajaran pelbagai strategi yang  telah  digunakan bagi membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan,menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai-nilai murni, antaranya ialah

a. Pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif

Melalui  pendekatan pengajaran ini pelajar digalakkan memperolehi pelbagai kemahiran untuk  berinteraksi sesama sendiri  dan dengan bimbingan pansyarah untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran

b. Sumbangsaran

Kaedah  ini sentiasa diamalkan di kalangan pelajar bagi membolehkan mereka mengeluarkan pendapat secara terbuka dan berbincang dalam menentukan sesuatu keputusan.
 

c. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran  juga  telah banyak membantu pelajar mengikuti sesuatu tajuk
yang disampaikan. Bahan bantu mengajar yang sesuai  dengan tahap dan isi kandungan tajuk yang diajar telah memudahkan pelajar cepat memahami isi pelajaran di samping menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

5.    Penilaian Kursus

Penilaian kursus dibahagikan kepada  empat bahagian
 

a. Peperiksaan = 40 %
b. Kerja Kursus  = 40 %
c. Praktikum  = 10  %
d. Projek Khas  = 10 %


        Peperiksaan dijalankan pada akhir semester dan dikendalikan secara berpusat. Kerja kursus dilaksanakan secara individu dan berpasangan . Penilaian merujuk kepada bagaimana pelajar  melakukan proses   untuk menghasilkan bahaan kursus. Pelajar juga diwajibkan mengikut praktikum dan penilaian dibuat berdasarkan kepada penyediaan bahan pengajaran praktikum dan kajian kes yang dilakukan semasa praktikum di sekolah.
 

6.      Kekuatan Sistem Sekarang

6.1 Tajuk

Diantara topik penting yang terdapat  dalam sukatan pelajaran Teknologi Maklumat ialah  Perkakasan  Komputer. Dalam topik ini pelajar akan mempelajari tentang konsep asas perkakasan dan konfigurasi komputer .Tumpuan diberikan kepada guru-guru agar dapat mengenal komponen utama komputer dan fungsinya.

Diantara sub topik ialah

a. Pengenalan kepada komponen utama komputer dan spesifikasi

· Unit Pemprosesan Pusat
· Bahagian Ingatan Primer
· Bahagian ingatan Sekunder
· Peranti Input
· Peranti Output


b. Menanggal dan memasang komponen komputer
c. Konfigurasi sistem komputer
 
 

6.2 Teknik Pengajaran

a. Perbincangan

Pendekatan teori dan amali digunakan dalam menyampaikan topik ini .  Pada  topik pengenalan kepada perkakasan penyampaian hanyalah dilaksanakan secara kelas dan  menggunakan teknik  perbincangan. Beberapa soalan mengenai tajuk akan diberikan kepada pelajar dan perbincangan dilakukan berdasarkan kepada urutan tajuk yang diberikan. Pengajar  hanyalah menjadi pemimpin dan pembimbing kepada perbincangan yang dilakukan itu. Masa yang secukupnya diberikan kepada satu-satu perbincangan. Melalui cara ini  pelajar bebas mengeluarkan pandangan,idea mengenai tajuk yang dibincangkan. Ini akan memudahkan mereka memahami topik yang dipelajari.

b. Tunjuk cara

Tunjuk cara juga digunakan dalam melaksanakan pengajaran bagi tajuk Perkakasan Komputer khususnya pada bahagian menanggal dan memasang komponen komputer   Beberapa langkah ditentukan  bagi memberi pelajar peluang untuk memahami apa yang disampaikan.

· Beberapa soalan tugasan diberikan kepada pelajar  untuk menguji pengetahuan dan memahamkan mereka tentang  komponen-komponen yang terdapat pada sesebuah komputer
· Membuat tinjauan secara  secara rawak di kalangan pelajar untuk memastikan mereka mengikuti langkah yang betul.
· Pelajar diberikan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Melalui pendekatan ini pelajar akan lebih mudah memahami apa yang perlu dilakukan dan dapat melaksanakan latihan secara bersendiri dengan lebih baik.

c. Kuliah

Kaedah kuliah adalah salah satu bentuk pengajaran yang digunakan dalam menyampaikan  tajuk ini Perkakasan komputer . Melalui kuliah,  huraian  dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih ,tersusun ,jelas dan berkesan.  Pengajar  akan memilih bahan pembelajaran yang sesuai dengan tajuk dan memberikan penekanan  kepada perkara-perkara tertentu yang diperlukan oleh pelajar. Ini akan meningkatkan pembelajaran dan membawa perubahan pada sikap dan nilai pelajar.
 

7. Kelemahan Sistem  Sekarang

Dalam proses melaksanakan kurikulum ini terdapat beberapa kelemahan  pada sistem sekarang , antaranya

a. Kekurangan kepakaran dan kemahiran di kalangan pensyarah/fasilitator yang terlibat mengendalikan kelas ini.  Untuk menyampaikan tajuk perkakasan komputer  seseorang pengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang  baik. Disamping itu bilangan  tenaga pengajar yang berkebolehan  dalam bidang ini tidak  mencukupi. Akibatnya pelajar terpaksa belajar dan merujuk dari sumber lain untuk lebih memahaminya.

b. Kekurangan komputer untuk aktiviti amali membuka dan memasang komponen komputer.  Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tajuk ini pelajar tidak dibenarkan untuk membuka atau menggunakan  komputer yang terdapat dalam makmal komputer.  Untuk mengatasinya , digunakan tunjuk cara atau demonstrasi proses memasang dan menaggalkan komponen komputer kepada pelajar.  Ini sudah tentu kurang berkesan kerana pelajar tidak mendapat pengalaman melakukan secara sendiri.

c. Kekangan masa juga antara yang menjadi faktor utama yang menghalang penguasaan pelajar terhadap kemahiran membuka dan memasang komponen komputer ini. Jumlah masa  dalam satu sesi
pengajaran  hanyalah 2 jam. Ini sudah pasti tidak memberikan ruang yang cukup kepada pelajar untuk mencuba kerana aktiviti amali ini memerlukan masa yang  panjang. Kadangkala menimbulkan rasa jemu dan bosan dikalangan pelajar untu terus mengikuti sesuatu topik yang disampaikan  Adakalanya sesuatu topik terpaksa diulang beberap kali bagi mempastikan setiap pelajar dapat menguasainya dengan sebaik mungkin.

        Walaupun pelajar menggunakan  komputer sebagai alat untuk belajar dan menguasai kemahiran tertentu, namun guru terpaksa menyediakan beberapa panduan dan bimbingan secara berterusan untuk membantu setiap pelajar menguasai kemahiran yang tertertu. Keadaan ini bukan sahaja menjemukan malah akan menyebabkan wujudnya pembaziran masa yang agak panjang.

d. Terdapat juga kekurangan dan kesukaran mendapatkan buku-buku dan bahan bahan rujukan lain bagi Teknologi Maklumat dalam Bahasa Malaysia. Kebanyakannya disediakan dalam Bahasa Inggeris Keadaan ini sedikit sebanyak membataskan pembacaan dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran Teknologi Maklumat di kalangan pelajar.
 

8. Peluang

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan banyak membantu guru-guru dalam tugas pengajaran, pentadbiran dan pengurusan. Perkembangan ini  berpotensi untuk menggunakan komputer sebagai  alat untuk mengayakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.

         Aspek teknologi komputer ini telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya di ubah menjadi sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini
 

8.1 Persoalan Kajian

.Sejauhmanakah  perlunya kepada  perisian kursus  untuk menjadi bahan  membantu guru dan pelajar dalam memahami topik  Perkakasan Komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
 

8.2 Tujuan  Kajian

 Tujuan kajian ialah untuk membangunkan  satu perisian kursus  Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer  mengenai  perkakasan komputer .

8.3 Objektif  Kajian
 

a. Melihat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar  dalam mempelajari dan            memahami tajuk Perkakasan Komputer
b. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar  dalam menyampaikan tajuk perkakasan komputer .
c. Membangunkan  satu perisian kursus pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer  yang bersifat mesra mengenai  perkakasan komputer yang sesuai digunakan  oleh  pelajar yang mengikuti kursus Asas Komputer di maktab perguruan.
d. Menguji dan menilai keberkesanan perisian kursus Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer .


9. Ancaman ( Batas kajian)

Tumpuan kajian  ialah untuk melihat sejauhmanakah  keperluan terhadap perisian kursus pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Perkakasan Komputer.

    Di samping itu  ditumpukan kepada proses membangunkan  perisian kursus PPBK  bagi tajuk Perkakasan Komputer.
 

10. Penutup

Sebagai satu teknologi yang masih baru di Malaysia, kos untuk membiayai teknologi ini agak tinggi dari segi perkakasan dan juga perisian PPBK itu sendiri. Bahan kursus yang berkurangan  serta  kurang bermutu di pasaran menyebabkan situasi ini menjadi lebih buruk. Kurang kemahiran komputer dan kekurangan kepakaran membangunkan perisian PPBK di kalangan guru menyebabkan bahan kursus tidak dapat dikeluarkan secara kormesial.

         Komputer juga masih lagi dianggap sebagai barang mewah yang hanya mampu dimiliki oleh orang-orang kaya. Pelajar-pelajar dari dari keluarga kurang mampu terpaksa berkongsi dengan rakan-rakan di sekolah untuk belajar komputer. Akibat dari terlalu asyik berinteraksi dengan komputer, pelajar-pelajar akan hilang sifat-sifat kemanusiaan yang tinggi seperti interaksi dengan guru dan rakan-rakan.
 
 
 

RUJUKAN
 

Kementerian Pendidikan Malaysia(1996) Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia: Bahagian Teknologi Pendidikan,Kuala Lumpur:KPM

Norhashima Abu Samah,Mazenah Yeop & Rose Alinda Alias (1996) Pengajaran Bantuan Komputer.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka& UTM

Rahil Mahyuddin, Habibah Elias ( 1997) Perlaksanaan Pengajaran, Pedagogi 2, Kuala Lumpur. Siri Penerbitan Longman.

Zoraini Wati Abas (1994) Pengenalan Kepada Komputer. Kuala Lumpur: Federal Publication.