Make your own free website on Tripod.com

 

 

1.         Pendahuluan

 

Perkembangan Teknologi Maklumat mempunyai impak yang menyeluruh terhadap semua aspek kehidupan manusia termasuk bidang pendidikan. Selaras dengan wawasan 2020 dan projek msc untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat maklumat terkemuka,maka bidang pendidikan tidak ketinggalan turut sama menjayakan wawasan ini melalui peningkatan penerapan budaya Teknologi Maklumat

 

         Untuk meningkatkan taraf dan mutu pendidikan pelbagai usaha telah dilakukan supaya pelajar dan pendidik celik Teknologi Maklumat  serta mahir menggunakan komputer. Di antara usaha ini ialah melaksanakan aktiviti Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer.(PPBK) di peringkat sekolah . kejayaan dan keberkesanan aktiviti – aktiviti ini  bergantung kepada kemampuan guru pelatih menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

 

           Bahagian Pendidikan Guru telah diberi tanggungjawab  melatih gurur-guru sekolah supaya mereka berkebolehan mengendalikan aktiviti-aktiviti PPBK di sekolah dalam  usaha  memberi sumbangan ke arah peningkatan kualiti pendidikan negara .

2.                  Kurikulum

 

2.1      Konsep Kurikulum

 

Kurikulum adalah ‘core’ kepada ‘business’ pendidikan. Ia merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan engara. Dalam Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) kedua-dua keperluan dihuraikan seperti berikut :

 " Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum itu juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mweujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. "

[ Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) ]

 

Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.

Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat  pada alaf baru tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor-sektor perindustrian dan perdagangan sahaja. Y.A.B. Perdana Menteri telah menghuraikan bentuk, corak dan tumpuan yang perlu dilakukan.

 "Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya dari segi ketrampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan".

[ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]

                                                                     

  "Kita mestilah memastikan bahawa terdapat satu adunan yang seimbang antara golongan profesional, separa-profesional dan ahli ketukangan, selain terdapatnya imbangan yang wajar antara orang-orang mempunyai kemahiran dalam bidang sains dan teknologi, sastera dan ilmu-ilmu sosial".

 [ Malaysia Melangkah Ke Hadapan, hal. 21 ]

 

 

2.2       Kandungan Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan.

 

Kandungan kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP)14 minggu  Perkomputeran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan  Malaysia,   di maktab –maktab perguruan dirangka dengan tujuan untuk :

 

 

Perlaksanaan kursus KDP 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan  ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

 

Secara keseluruhannya struktur kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 minggu komputer  menekankan topik pengajaran dan pembelajaran  seperti berikut :

 

 

2.3       Kandungan Kursus

           

a.  Asas  Komputer

 

Kandungan  kursus mengutamakan  strategi pengajaran dan pembelajaran bestari  .Para pelajar akan  mempelajari topik-topik yang berkaitan dengan

 

 

Disamping itu pelajar Kursus Dalam perkhidmatan Komputer Dalam Perkhidmatan dilatih untuk  menguasai pengetahuan dan keterampilan pengkhususan Teknologi  Maklumat.  Beberapa topik  penting berkaitan dengan pengetahuan dan kebolehan menguasai teknologi maklumat telah disediakan dalam kurikulum ini, antaranya.  

 

b.         Komputer Dalam Pendidikan

        

       Melalui topik ini pelajar kursus  belajar dan mendapat   pengetahuan   perkara asas  yang memberikan penumpuan kepada  sistem komputer secara umum dan asas rangkaian   komputer. Di antara topik penting yang dipelajari ialah

 

 

Pelajar kursus juga didedahkan kepada tajuk pengenalan kepada komunikasi data dan rangkaian komputer. Di   antara perkara asas yang dipelajari ialah  sistem rangkaian setempat (Local Area Networking) Ini adalah untuk membolehkan  pelajar mendapat gambaran yang jelas tentang jenis sistem rangkaian dan juga keperluan perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk menghasilkan sistem rangkaian di sekolah.

 

Kurikulum Kursus Dalam perkhiomatan 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan ini didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran  asas penyenggaraan sistem komputer dan pengurusan Teknologi Maklumat   di  sekolah.  Pelajar dapat mengenalpasti komponen-komponen utama sistem komputer dan fungsinya. Aktiviti amalai menyenggara sistem komputer dan rangkaian komputer juga memberikan pengalaman secara langsung kepada pelajar kursus. Di antara  kandungan  tajuk  ialah ,

      

 

Kandungan tajuk ini juga memberikan kesempatan kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran menguruskan Komputer di sekolah , topik pengurusan Teknologi Maklumat di sekolah telah mendedahkan para pelajar kursus dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan komputer di sekolah yang merangkumi perkara berikut,

 

 

Panduan dan bimbingan diberikan untuk  menghasilkan perisian kursus melalui topik alat pengarangan dan pengaturcaraan BASIC. Melalui matapelajaran ini pelajar  telah dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran berikut

 

            Penggunaan internet dalam pendidikan merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer Oleh sebab itulah topik  Internet dalam pendidikan diperkenalkan dalam kurikulum ini. Melalui matapelajaran ini pelajar telah dapat pengetahuan tentang

             

 

Pengetahuan dan kemahiran tentang laman web dan pembinaan laman web peribadi secara professional juga ditekankan dalam kurikulum ini. Melalui topik          Pembinaan laman web, pelajar telah dapat

 

Kemahiran asas komputer khususnya penggunaan perisian aplikasi komputer amat ditekankan dalam kurikulum ini. Setiap pelajar  diwajibkan menguasai dan mahir menggunakan perisian  aplikasi berikut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.       Perlaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran

 

 

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan merangkumi empat ciri penting iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada , kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang dilakukan.

 

Aktiviti pengajaran yang dijalankan meliputi beberapa aspek iaitu membuat perancangan, mendiagnos, mengatur aktivtiti-aktiviti tertentu , menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memilih bahan pengajaran, memotivasikan pelajar,galakan dan peneguhan .  Proses pengajaran telah dirancang dengan teliti untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang diinginkan.

 

Dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan peralatan teknologi komunikasi atau sistem rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan tepat seperti  Internet , multimedia atau  hypermedia untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran  teknologi maklumat telah dapat memudahkan proses  berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan multimedia seperti CD-ROM dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembelajaran. Ini kerana sesebuah CD-ROM mampu menyimpan lebih banyak data dan maklumat Malah penggunaan CD-ROM dalam menggalakkan pelajar lebih berdikari untuk memperolehi ilmu.

Kemahiran  yang  dilaksanakan  meliputi

    (i).  Pemprosesan  Kata (Word Processor)

    (ii).  Hamparan Elektronik (Spreadsheet)

   (iii).  Pangkalan Data (Database)

   (iv).  Persembahan Elektronik (Presentation)

 

Jadual perlaksanaan kursus yang disusun mengikut topik  memudahkan pengendalian pensyarah dan juga pelajar untuk mengikuti setiap aktiviti yang disediakan dengan mudah. Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan di Makmal  Komputer dan di Pusat Sumber secara kuliah dan juga perbincangan  Pelajar kursus akan disediakan dengan nota kuliah  mengikut topik topik tertentu.

 

             Strategi pengajaran pembelajaran fasilitator dalam kursus ini menekankan pembelajaran  kendiri yang bersifat kadar kendiri, akses kendiri dan terarah kendiri. Dalam penyampaian, fasilitator menggunakan pelbagai strategi antaranya syarahan, tunjuk cara, pembelajaran koperatif, perbincangan, sumbang saran, projek, pembelajaran  berbantukan teknologi dan lain-lain. Strategi yang dipilih oleh fasilitator bergantung kepada jenis pengetahuan atau kemahiran yang ingin disampaikan. Topik yang      melibatkan pembelajaran isi kandungan biasanya disampaikan secara syarahan,  perbincangan kumpulan, pembentangan kumpulan dan laina-lain. Topik yang menekankan pembelajaran kemahiran contohnya kemahiran penggunaan komputer biasanya disampaikan secara tunjuk cara, sesi praktik, penerangan atau pembelajaran  modul.

 

Kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran disediakan bersesuaian dengan keperluan pelajar kursus, antaranya ialah

 

·        Bilik sumber teknologi maklumat

·        Makmal Komputer

·        Pusat Sumber

·        Kemudahan internet  dan intranet

 

Di samping itu, 3 buah makmal komputer dibuka untuk penggunaan peserta kursus. Makmal pertama mempunyai 25 buah komputer, 1 skrin dan 1 projektor. Makmal kedua menyediakan kemudahan internet dan makmal ketiga dilengkapkan dengan kemudahan intranet. Selain dari itu, modul pembelajaran kemahiran generik termasuk kemahiran teknologi  maklumat, silabus KDP dan Buku Panduan Pelaksanaan kursus juga disediakan. Peserta kursus juga boleh memperoleh bahan rujukan daripada Pusat Sumber Institut dan internet.

 

Sesi interaksi bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 1.30 tengah hari setiap hari. Setiap pagi, 10 minit diperuntukkan untuk peserta membuat refleksi bersama-sama dengan pensyarah   mereka. Dalam sesi tersebut, peserta diberi peluang untuk menimbulkan pelbagai masalah yang dihadapi serta komen tentang pengendalian kursus. Sesi petang pula bermula pada 2.30  petang dan berakhir pada 3.30 atau 4.30 petang bergantung pada ketetapan jadual.  Bagaimanapun, hanya minggu dan hari tertentu sahaja sesi interaksi petang diadakan  .Berdasarkan jadual waktu KDP tersebut, aktiviti pembinaan pakej pembelajaran bermula pada minggu kedua hingga minggu kelapan; pada minggu kelapan, sesi simulasi pakej pembelajaran bermula sehingga minggu kesepuluh, sementara topik-topik yang lain termasuk kemahiran generik dilaksanakan serentak. 

 

 

 

4.         Tugasan  Dan Projek Khas

 

Setiap pelajar kursus  diwajibkan menyiapkan  beberapa tugasan mengikut mata pelajaran yang di ikuti. Tugasan  dilaksanakan secara individu dan berkumpulan.

Dengan adanya tugasan seperti ini akan memberikan ruang kepada pelajar

kursus untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Teknologi maklumat dan juga meningkatkan kemahiran  Teknologi maklumat yang berkaitan.

 

Projek Khas juga dilaksanakan dan disiapkan oleh pelajar kursus dalam tempoh  sepanjang selama 14 minggu menjalani  kursus. Pelajar kursus perlu memilih satu tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran sebagai tajuk tugasan projek  khas.Berdasarkan tajuk tersebut pelajar akan menyediakan satu pakej pengajaran yang boleh dilaksanakan  dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. dalam mengikut  Melalui tugasan ini pelajar kursus  akan  mempelajari beberapa prosedur menghasilkan  satu bahan  yang boleh digunakan dalam  proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya,

 

·        Mencari,mengumpul ,memilih maklumat

·        Memproses maklumat

·        Menyediakan jurnal

·        Menyediakan potfolio

·        Membina perisian kursus ( Courseware)

·        Menulis laporan ( literature review)

 

Pelajar kursus telah diberikan bimbingan dan tunjukajar oleh penyelia dan fasilitator masing-masing khususnya dalam proses menyiapkan tugasan dan projek khas yang diberikan. Dengan adanya kemudahan makmal komputer dan jumlah komputer yang mencukupi pelajar telah dapat menguasai dengan baik 

 

Pembelajaran kendiri juga telah meningkatkan keyakinan diri dan melahirkan kerjasama yang baik di kalangan pelajar kursus khususnya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.Suasana ini juga membolehkan pelajar berbincang dan bertukar fikiran serta  saling bantu membantu di antara satu sama lain khuisusnya untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu.

 

 

5.         Penilaian

 

Proses penilaian dilakukan sama ada sebelum,semasa atau selepas pengajaran. Tujuannya ialah untuk mengesan atau menyemak sama ada apa yang disampaikan kepada pelajar berkesan atau tidak. Penialain yang dilakukan kepada pelajar bukanlah semata mata untuk menentukan gred bagi setiap topik tetapi  juga memberikan maklumbalas terhadap  proses  pengajaran yang dilakukan oleh guru.

 

Penilaian terhadap pelajar kursus dalam  kurikulum ini di bahagikan kepada empat komponen utama

·        Peperiksaan

·        Kerja Kursus

·        Penghasilan  Perisian Kursus

·        Praktikum

·        Projek Khas

 

Melalui penilaian ini pelajar kursus boleh dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi penguasaan terhadap pengetahuan dan juga kemahiran Teknologi Maklumat yang dipelajari selama 14 mingggu. Melalui peperiksaan pemberatan sebanyak 40% manakala 60% adalah di nilai berdasarkan kemahiran menyediakan tugasan , perlaksanaan praktikum dan dan juga aktiviti projek yang ditentukan.

 

6.         Penutup

 

Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan ini telah disediakan dengan mengambilkira keperluan dan juga persediaan guru di sekolah untuk  melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran  menggunakan  berbantukan komputer.

 

Penguasaan ilmu pengetahuan dan ketrampilan Teknologi Maklumat  yang baik  menyebabkan  proses pengajaran dan pembelajaran akan berubah dan dapat dilaksanakan dalam satu suasana yang lebih baik dan menarik  serta memberikan kesan terhadap pelajar. Penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan juga sebenarnya akan mengubah cara manusia bekerja. 

 

Hjetland(1995) menyatakan bahawa “Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified”. Teknologi dapat mempermudahkan tugas  serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan  teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. 

 

 

 

 

  

             

 

 

 

 

 

 

 

 

RUJUKAN

 

 

Ab. Rahim Selamat .1989. Teknologi Sistem Pengajaran.Petaling Jaya. Fajar Bakti

 

Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Kamariah Abu Bakar, habihah Elias. 1997. Perlaksanaan Pengajaran. Longman.Kuala Lumpur

 

Sukatan  Kurikulum Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Komputer Dalam Pendidikan . Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Zoraini Wati Abas (1999, 6 Jan.) Smart Schools without computers ? New Straits  Times (Life & Times, hal. 8)